Lelaki dan seluar jeans memang tidak boleh dipisahkan. Selain menjadi pakaian mesti ada dalam almari, ia juga tahan lasak, selesa dan sesuai dipadankan dalam apa jua gaya.

Dengan adanya pelbagai jenis potongan seluar jeans, sudah pasti anda rambang mata untuk memilih yang mana satu sesuai dengan bentuk badan.

Jika tersalah memilih potongan, bimbang akan mencacatkan penampilan sekali gus membuatkan gaya anda nampak serba tak kena.

Ini merupakan antara lima jenis potongan jeans yang sesuai untuk penggayaan seorang lelaki.

1. STRAIGHT CUT JEANS

Potongan Seluar Jeans Yang Sesuai Untuk Lelaki PakaiJenis jeans ini mempunyai potongan yang lurus dari bahagian aras pinggang hingga ke hujung kaki. Potongan ini sangat bersesuaian untuk lelaki yang inginkan gaya ringkas namun masih nampak bergaya. Ia sesuai dipakai oleh hampir semua lelaki tanpa mengira jenis kaki dan saiz tubuh si pemakai, selain memudahkan pergerakan. Jeans dengan potongan straight cut ini sesuai dipadankan denagn baju fit berlengan tiga suku ataupun baju berlengan panjang.

Ads

2. SKINNY JEANS

Potongan Seluar Jeans Yang Sesuai Untuk Lelaki Pakai

Potongannya agak ketat dari bahagian paha dan lutut hingga sedikit mengecil di bahagian buku lali. Penggayaan seluar jeans dari jenis ini boleh memberikan ilusi kaki yang tirus. Ia sesuai digayakan oleh lelaki yang menginginkan fesyen moden, malah nampak stylish jika dipadukan dengan t-shirt. Ia sesuai digayakan bagi lelaki yang langsing, kurus dan tidak mempunyai kaki yang besar. Bagi anda yang bersaiz besar, jangan sesekali cuba untuk menggayakan jeans jenis ini kerana ia tidak sesuai dengan tubuh anda.

3. SLIM FIT JEANS

Potongan Seluar Jeans Yang Sesuai Untuk Lelaki PakaiJeans jenis ini tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ia lurus dari bahagian pinggul sehinggalah ke kaki. Potongannya seakan-akan potongan skinny jeans namun tidak menunjukkan bentuk kaki yang terlalu ketat. Potongan jeans jenis slim fit ini sesuai dipadankan dengan kemeja untuk gaya ‘smart’.

4. BOOTCUT JEANS

Potongan Seluar Jeans Yang Sesuai Untuk Lelaki Pakai

Ads

Ia merupakan potongan seluar yang memiliki potongan yang rata dan sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali. Potongan yang sedikit lebar ini akan menampakkan anda lebih kurus dan tinggi. Ia sesuai digayakan oleh semua bentuk badan. Anda akan nampak lebih segak jika menggayakan potongan jeans ini bersama boots.

5. RELAXED CUT

Potongan Seluar Jeans Yang Sesuai Untuk Lelaki Pakai

Potongan jeans ini tidak mencengkam paha dan betis kerana ia longgar dari bahagian pinggang hingga ke bahagian kaki. Potongan jeans ini juga sesuai digayakan oleh mereka yang berbadan gempal kerana potongan jeans ini menyediakan banyak ruang di bahagian paha, kaki dan punggung. Lelaki kurus harus elak menggayakan seluar jeans jenis ini kerana ia akan menampakkan kaki kurus anda kelihatan gemuk.

Ads

Selain memilih potongan, anda juga perlu mempertimbangkan dua perkara penting ini ketika ingin membeli jeans. Dua perkara penting itu ialah:

1. Jenis pinggang seluar jeans

Ukuran yang diambil dari kelangkang ke bahagian atas pinggang. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu high rise, medium/mid rise dan low rise

a. High rise – Seluar jenis ini bagus untuk lelaki yang lebih besar. Elak tuck in kemeja anda dengan seluar jenis ini kerana ia akan tampak lebih buruk. Ini kerana jeans jenis ini mempunyai keluasan seluar sehingga atas pusat.
b. Medium or mid rise – Seluar jenis ini sangat bagus untuk lelaki yang lebih suka memasukkan baju ke dalam seluar.
c. Low rise – Seluar jenis ini biasanya lebih gemar dipakai oleh mereka yang ingin bersantai ataupun bercuti. Biasanya ia mempunyai butang di bawah perut.

2. Saiz seluar 

Ukuran jeans merujuk kepada dua ukuran. Contoh saiz: 27 × 34 (27 merujuk kepada saiz pinggang, manakala 34 merujuk kepada panjang iaitu pengukuran dari kelangkang ke pergelangan kaki).

Follow Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI