Salah satu cabaran paling besar untuk kita semua sepanjang Ramadan sebenarnya bukan menahan lapar. Tetapi lebih kepada menahan rasa dahaga. Apatah lagi negara kita merupakan beriklim tropika yang sering panas.
Disebabkan itulah bila masuk sahaja waktu berbuka ramai yang akan capai gelas untuk terus hilangkan dahaga. Di bulan mulia ini pelbagai jenis aneka minuman dijual untuk berbuka puasa. Tapi apakah minuman yang boleh menghilangkan rasa haus dan dahaga? Dan yang paling menyihatkan untuk kita minum semasa berbuka puasa?
Ingat kalau tersilap minum nanti anda boleh sakit perut dan berulang-alik masuk tanda. Lalu menjejaskan aktiviti ibadah anda pada waktu malam. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 7 jenis minuman terbaik untuk anda berbuka puasa.
AIR PUTIH
Mudah dan ringkas. Ini kerana air putih mempunyai sifat neutral dan mampu menghidrasi tubuh seketika. Apatah lagi kalau bukan bulan puasa pun kita harus minum sebanyak 8 gelas sehari.
AIR KELAPA
Antara minuman yang paling popular sepanjang bulan puasa. Ia kaya dengan zat elektrolit dan mapmu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat. Malah ia boleh menggantikan elektrolit badan yang hilang selepas lebih 12 ham berpuasa. Ia juga mengandungi serat, vitamin C, magnesium dan pelbagai lagi
AIR BARLI
Mengandungi kandungan probiotik dan bakteria baik bagi membantu kesihatan pencernaan anda. Ia juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan mengembalikan tenaga dengan segera.
JUS TEMBIKAI
Tembikai merupakan antara buah yang terbaik dijadikan jus untuk berbuka puasa. Secara semula jadi ia mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Lantas mampu membantu mengembalikan tahap hidrasi badan. Ia juga kaya dengan lycopene, sejenis zat yang berperanan sebagai antioksidan yang kuat.
SUSU KURMA
Jika anda teringin untuk minum susu semasa berbuka puasa, apa kata campurkan dengan kurma untuk hasil yang lebih menakjubkan. Caranya dengan merebus susu bersama buah kurma. Atau anda boleh blend buah kurma dan campurkan dengan susu. Ia boleh mengembalikan tenaga serfta kadar gula dalam badan dengan baik selepas seharian berpuasa.
TEH
Untuk dapatkan kesan yang baik cuba minum teh tanpa gula atau dengan hanya sedikit sahaja gula. Sebahagian orang tak mendapatkan hasil maksima kerana meminum teh dengan cara yang salah.
MINUMAN DETOKS
Bagi anda yang benar-benar ingin buang toksin dalam badan mungkin boleh minum infused water. Dengan potongan buah dan sayuran, air putih akan lebih bernutrisi. Ia juga membantu badan mengembalikan kadar hidrasi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI