Di era moden ini, keahlian gimnasium bukan lagi sekadar keistimewaan, tetapi sudah menjadi satu kebiasaan—terutamanya bagi lelaki di bandar yang mementingkan gaya hidup aktif. Dengan kemudahan yang lengkap serta peralatan canggih, gimnasium menjadi destinasi pilihan untuk mencapai kecergasan optimum dalam persekitaran yang lebih selesa dan terkawal.
Tidak hairanlah, gimnasium kini bukan sekadar tempat bersenam, malah menjadi sebahagian daripada rutin harian lelaki urban. Ditambah pula dengan pengaruh media sosial, aktiviti di gim semakin meriah—dari perkongsian rutin latihan sehinggalah kepada transformasi tubuh yang mengagumkan.
Namun, tidak semua yang datang ke gimnasium benar-benar fokus pada latihan. Ada yang sekadar ingin menunjuk-nunjuk, ada pula yang hadir demi memastikan diri kekal relevan dengan trend semasa.
Lain orang, lain niatnya. Lagipun, masing-masing punya hak ke atas dompet sendiri. Jadi, jom kita selami beberapa jenis ‘kaki gym’ yang selalu kita jumpa!
Sesetengah orang terlalu ghairah mengejar hasil sehingga menetapkan sasaran yang tidak realistik—seperti mahu menurunkan 10 kilogram dalam seminggu.
Meletakkan matlamat sebegini bukan sahaja membebankan mental, malah boleh memaksa diri untuk bersenam secara berlebihan, meningkatkan risiko kecederaan dan keletihan melampau. Ingat, perubahan tubuh bukan perlumbaan segera, tetapi perjalanan jangka panjang. Berikan masa, kawal rentak, dan nikmati prosesnya. Yang penting, konsisten dan seimbang!
Memfokuskan senaman pada satu bahagian otot sahaja bukanlah strategi terbaik jika anda mahukan tubuh yang seimbang dan sihat secara menyeluruh.
Walaupun tiada salahnya memberi tumpuan kepada otot tertentu, namun jika dilakukan secara berlebihan, ia boleh menyebabkan pembentukan otot yang tidak sekata, malah berat badan mungkin bertambah akibat kekurangan variasi dalam rutin senaman.
Kunci utama adalah keseimbangan. Gabungkan latihan kekuatan, ketahanan, dan kardio untuk memastikan tubuh anda berkembang dengan harmoni. Ingat, tubuh yang sihat bukan hanya tentang otot besar—tetapi juga stamina yang baik dan kecergasan menyeluruh!
Ya, memang anda patut berasa bangga bila merasakan kondisi tubuh semakin baik. Tapi bila perkara ini berlaku ada sesetengah orang mudah berpuas hati lalu mengurangkan aktiviti senaman mereka. Walhal ia perlu diteruskan bagi memastikan kondisi baik itu kekal lama.
BACA: Chee Wai Sedia Hadapi Cabaran Baru Bersama Nad
Setiap orang mempunyai bentuk tubuh, kadar metabolisme, dan pertumbuhan otot yang berbeza. Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda, jadi jangan jadikan pencapaian orang lain sebagai kayu ukur kejayaan sendiri.
Membandingkan diri dengan individu yang lebih maju hanya akan melemahkan semangat, sedangkan apa yang lebih penting adalah fokus kepada progres dan usaha sendiri. Gunakan kejayaan orang lain sebagai inspirasi, bukan tekanan. Ingat, perjalanan kecergasan adalah maraton, bukan pecutan—yang penting, anda terus bergerak ke hadapan!
Inilah antara sebab mengapa ramai wanita lebih selesa menyertai gimnasium eksklusif untuk mereka sahaja. Bukan kerana mereka tidak mahu bersenam bersama lelaki, tetapi kerana segelintir individu yang tidak tahu menghormati ruang dan privasi, hingga mengganggu tumpuan mereka.
Sikap ‘muka tebal’ yang asyik menegur atau mengganggu wanita ketika bersenam bukan sahaja menjengkelkan, malah boleh membuatkan mereka rasa tidak selamat dan akhirnya berhenti ke gim.
Jika anda mengenali seseorang yang berkelakuan begini, tegurlah dengan baik. Jangan biarkan sikap sebegini merosakkan pengalaman orang lain di gimnasium. Hormat itu kunci—datang untuk bersenam, bukan mencari perhatian!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.