Jenis Buah-Buahan Yang Bermanfaat Untuk ‘Tenaga Ekstra’ Lelaki, Rugi Kalau Tak Amalkan!

Share

Buah-buahan sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat, bahkan ia menjadi pilihan untuk gaya hidup yang sihat.

Khasiat yang tidak ternilai dalam buah-buahan ini jika diamalkan secara konsisten boleh memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan.

Malah menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Centre, Leslie Bonci, buah-buahan mempunyai nutrien yang dapat menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

Jadi, tidak hairanlah jika orang yang mengamalkan buah-buahan akan nampak lebih sihat, cergas dan bertenaga.

Bukan setakat itu sahaja, pengambilan buah-buahan juga bermanfaat untuki membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki.

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan buah-buahan ini dalam pemakanan harian sekali gus membantu memberi anda ‘tenaga ekstra’.

1. Nanas

Foto: unsplash

Selain berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, antioksidan yang ada di dalam nanas bagus untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Antioksidan ini dipercayai dapat membantu menyingkirkan radikal bebas di dalam tubuh dengan cepat. Tubuh yang bebas daripada radikal bebas memiliki sistem reproduksi yang baik. Kandungan mineral yang ada di dalam nanas seperti zink, tembaga, beta-karoten dan folat dapat membantu lelaki memiliki sistem reproduksi yang sihat.

2. Pisang

Foto: unsplash

Selain bermanfaat untuk mencegah disfungsi ereksi, pisang yang kaya dengan vitamin B dan potasium ini boleh memberikan anda tenaga, menambahkan kesuburan dan meningkatkan jumlah sperma. Pisang juga mengandungi sejenis enzim iaitu bromelain yang boleh meningkatkan tenaga batin dan memberikan rangsangan seksual yang tinggi. Jadi, jangan lupa untuk mengambil buah pisang apabila anda ingin bermanja dengan pasangan.

3. Kurma

Foto: unsplash

Tidak hanya popular sebagai buah untuk berbuka puasa, lelaki juga harus memanfaatkan buah kurma kerana khasiat luar biasa dalam menambahkan kesuburan dan meningkatkan kualiti sperma. Jika anda mempunyai masalah dalam hubungan kelamin, pastikan anda mengamalkan buah kurma dalam diet pemakanan harian anda.

4. Limau

Foto: unsplash

Limau mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Selain meningkatkan sistem imunisasi tubuh, ia juga boleh meningkatkan jumlah sperma. Dengan mengamalkan pengambilan buah limau secara rutin setiap hari dapat membuatkan sperma semakin sihat dan menambahkan kelancarannya ke sel telur.

5. Delima

Foto: unsplash

Buah delima berfungsi sebagai perangsang kesuburan disebabkan oleh paras antioksidannya yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai makanan yang kuat untuk meningkatkan jumlah sperma dan kualiti air mani. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan bahawa pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) di dalam badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma.

6. Beri Biru

Foto: unsplash

Buah beri biru cukup terkenal kerana fungsinya untuk menjaga kesihatan organ reproduksi lelaki. Ia mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes.

7. Tembikai

Foto: unsplash

Kepada lelaki di luar sana yang mempunyai masalah kesuburan, amalkan mengambil buah tembikai secara rutin. Kadar zat besi yang terkandung di dalam buah tembikai dapat bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk menyalurkan kesuburan lelaki sekali gus meningkatkan kualiti sperma.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim