Selamat datang ke dunia gimnasium!
Jika anda baru mula menyertai gim atau sudah lama menjadi ahli, pasti anda akan menemui pelbagai jenis pengunjung gim.
Gimnasium atau gim kini sudah menjadi satu perkara biasa dalam kehidupan seharian terutamanya buat warga kota yang sentiasa sibuk dan ingin mencari ruang sesuai untuk bersenam.
Ia kini menjadi satu ruang yang menjadi lokasi bukan sahaja untuk bersenam tetapi untuk berjumpa atau bersosial bersama-sama mereka yang mempunyai minat yang sama iaitu kecergasan.
Tapi pengunjung gim ini ada bermacam jenis dan datang dengan pelbagai fiil masing-masing.
Berikut MASKULIN kongsikan jenis-jenis pengunjung gim yang mungkin anda temui!
Beginner Terlebih Teruja
Mereka baru sahaja mendaftar dan penuh semangat. Selalu datang dengan pakaian sukan yang baru dan sering bertanya tentang cara menggunakan peralatan gim.
Pakar Selfie
Anda akan melihat mereka mengambil selfie di setiap sudut gim. Mereka lebih fokus pada penampilan daripada latihan.
Peminat Kardio
Anda akan menemui mereka di mesin treadmill, mesin basikal, atau eliptikal – berpeluh dan sentiasa fokus pada latihan kardio mereka.
Pengajar Tidak Rasmi
Walaupun mereka bukan jurulatih, mereka suka memberi nasihat kepada orang lain tentang teknik yang betul dan rutin latihan.
Pengunjung Sosial
Bagi mereka, gim adalah tempat sosial. Mereka lebih suka bersembang dengan rakan-rakan daripada berlatih.
Peminat Kelas Berkelompok
Anda akan melihat mereka menghadiri setiap kelas zumba, yoga, atau pilates yang ditawarkan oleh gim.
Pengangkat Berat Veteran
Mereka tahu setiap inci gim dan sering dilihat mengangkat berat yang sangat berat sambil mengeluarkan bunyi yang kuat.
Pengunjung Low Profile
Mereka datang, berlatih dengan fokus, dan pulang tanpa banyak bercakap dengan sesiapa.
Night Owl
Mereka lebih suka berlatih pada waktu malam apabila gim kurang sesak.
Pengunjung Bermusim
Anda hanya akan melihat mereka sekitar bulan Januari atau bila musim cuti sekolah yang panjang.
Setiap pengunjung mempunyai tujuan dan cara mereka sendiri dalam berlatih. Yang penting adalah kita semua berada di sana untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Jadi, jenis pengunjung gim manakah anda?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
@maskulinmy Senada dengan Khairil Aming, pempengaruh yang juga seorang doktor, Dr Say mahu lebih banyak content creator dari latar belakang profesional. Bukan sahaja lebih berilmiah tetapi mampu membantu masyarakat. #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #drsay #khairulaming #inspirasimaskulin #influencer #tiktokawards ♬ VLOG Comfortable relaxing BGM in spring(1385965) – SKUNK
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI