Bagi ramai orang bila sebut sahaja tentang seluar jean dan denim pasti akan terbayangkan jenama popular dari Amerika Syarikat atau Eropah. Tapi bagi yang benar-benar mendalami dan menjadi penggemar jeans sejati pasti tahu bahawa Jepun merupakan antara negara terbaik mengeluarkan pakaian ini.
Tapi mungkin anda sendiri tertanya-tanya mengapa jenama jean dari Jepun cukup dihormati dan digemari oleh kaki denim seluruh dunia.
KENAPA JEANS JEPUN DIANGGAP TERBAIK?
Beberapa dekad selepas Perang Dunia Kedua hampir kesemua jeans di negara Jepun berasal dari Amerika Syarikat. Namun tidak lama selepas itu sebuah syarikat di sebuah pekan kecil Kojima, Kurabo Mills mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri fabrik denim.
Kojima kemudian berkembang menjadi sebuah pusat penghasilan atau hub denim terbaik dengan kawasan sekitar Okayama turut menyaksikan pelbagai jenama tumbuh dengan banyak.
Selepas melakukan beberapa trial dan error, Kurabo Mills akhirnya menghasilkan sejenis kain denim dikenali sebagai KD-8 pada tahun 1972. Nama ‘KD’ tersebut diambil bersempena gabungan nama kilangnya ‘Kurabo’ dan juga nombor ‘8’ pula mewakili jumlah percubaan dilakukan untuk menghasilkan denim tersebut.
Bagi peminat denim era tersebut mereka terus kagum dan perasan akan perbezaan ketaera di antara denim dari Kurabo Mills dan pengeluar lain. Pertama sekali ia menggunkan pewarna semula jadi dan menggunakan mesin tenun lama untuk menghasilkan fabrik selvedge.
BACA: Sebelum Pilih Seluar Jean, Ikuti Tip Ini Agar Ia Sesuai Dengan Gaya Penampilan
Jenama Big John antara yang paling awal menggunakan denim tersebut dan menghasilkan seleksi seluar denim siri ‘M’. Bermula dari situ industri baru telah bermula di Kojima dan berkembang terkenal ke seluruh dunia hingga ke hari ini.
JENAMA JEANS JEPUN YANG HARUS ANDA TAHU
Jenama jenas handmade dari Kojima yang menggunakan material unik seperti kain kapas dari Zimbabwe. Ia juga terkenal dengan proses pewarnaan indigo semula jadi.
Antara jenama denim Jepun terbaik dan cukup popular. Sehingga kini Oni tidak mendedahkan teknik sulaman denim yang digunakan kepada umum. Lenurut legenda setiap pasang jeans mereka disulam tangan dengan menggunakan mesin tenunan dihasilkan pakar tenun bersama Oishi.
Mengeluarkan jeans yang seimbang dari segi kualiti dan juga harga. Japan Blue menawarkan denim selvedge pada harga lebih murah daripada pesaingnya.
Namanya seakan Japan Blue Jeans tetapi ia merupakan jenama yang berbeza. Jenama ini menggunakan teknik tradisional untuk mewarnakan denim mereka. Setiap pasang jean dihasilkan Blue Blue Japan mempunyai karakter tersendiri.
Antara jenama yang mungkin dikenali di negara kita. Malah terdapat lambakan seluar Evisu tiruan dijual dek kerana popularitinya. Dilancarkan pada era 90-an, Evisu pada mulanya hanya menghasilkan 14 paang seluar denim dalam masa sehari bagi menjamin kualiti.
Bagi mereka yang ingin sepasang denim yang berkualiti dan tahan lasak, Iron Heart adalah jenama Jepun yang paling sesuai buat anda. Diinspirasikan dari komuniti motosikal ia menggunakan denim tahan lasak atau heavyweight.
Pernah tular suatu ketika dahulu pengumpul jenama Samurai Jeans berkongsi foto seluar mereka boleh ‘berdiri sendiri’. Ia dikenali sebagai raw denim terbaik dihasilkan di Jepun.
Dihasilkan menggunakan inspirasi vintaj workwear Amerika, Sugar Kane & Co. telah menghasilkan denim tahan lasak sejak era tahun 1970-an lagi. Ia terkenal sebagai jenama yang sering menggunakan bahan fiber mesra alam ke dalam fabriknya lalu menghasilkan tekstur unik tidak sekata.
Ikuti perkembangan gaya dan fesyen terkini lelaki menerusi IG Maskulin. Jangan lupa follow!