Siapa tak kenal dengan nama David Beckham, bekas pemain bintang bekas pasukan handalan Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy. Sehingga ke hari ini nilai komersial yang dibawa olehnya masih lagi tinggi dan disebut-sebut bukan sahaja oleh peminat bola sepak tetapi peminat fesyen serta gaya hidup moden.

Sepanjang kariernya, David Beckham dikenali sebagai bintang bole sepak yang paling bergaya dan menjadi ikon ikutan ramai pemain-pemain muda.

Kini David Beckham memperkenalkan pula siri minyak wanginya ke pasaran Malaysia. Direka khas oleh syarikat pereka minyak wangi mewah Coty International (pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss) serta David Beckham sendiri.

Jenama Perfume David Beckham Kini Memasuki Pasaran Malaysia

BACA: Tip Beli & Memilih Perfume Yang Sesuai Untuk Jejaka Tampan

Ads

Wangian David Beckham membuat kemunculan sulungnya di Malaysia hadir dengan empat aroma yang berbeza untuk disesuaikan dengan kepelbagaian aspek peribadi David Beckham.

Ia sama ada ketika dirinya bersama keluarga, bergaul dengan rakan-rakan, membina empayarnya yang berbilion dolar atau menerusi peranan yang tidak dapat dipisahkan, iaitu sebagai bintang bola sepak handalan. Rangkaian ini terdiri daripada: Instinct, Homme, Respect dan Classic.

Jenama Perfume David Beckham Kini Memasuki Pasaran Malaysia

Ads

Wangian David Beckham direka untuk memberikan inspirasi kepada semua kaum lelaki untuk lebih tekad dalam mengejar cita-cita dan impian, mengubah diri mereka untuk menjadi lebih yakin dengan visi diri mereka yang lebih baik.

Kempen yang bertemakan Suit Up ini dirangka bagi menggalakan semua lelaki di Malaysia untuk melihat ke dalam jiwa mereka, cara untuk meningkatkan keupayaan diri sama ada menerusi kerjaya, gaya, perhubungan mahupun sukan.

Ads

Jenama Perfume David Beckham Kini Memasuki Pasaran Malaysia

 

MASKULIN turut sempat ke majlis pelancaran David Beckham Frangrances yang berlangsung semalam di ibu negara. Pada majlis yang tampil dengan dengan tema Suit Up, beberapa selebriti dan eprsonaliti terkenal turut menjadi udangan istimewa.

Antaranya ialah pelakon Azwan Kombos, Ryzak Jaafar, Ikmal Amry (finalis Hero Remaja 2017) dan Faeez Fadhililah, usahawan serta seorang CEO syarikat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI