
Dunia automotif mewah dan fesyen high wnd streetwear sekali lagi ‘bertembung’ menghasilkan koleksi yang cukup signifikan dan unik. Kali ini menyaksikan dua jenama dari dua dunia berbeza yang mempunyai pengaruh sangat besar.
Jenama kereta mewah, Maserati memperkenalkan kerjasama kolaborasi mereka bersama antara pelopor streetwear berpengaruh, Hirsjo Fujiwara menerusi jenamanya, Fragment.
Ura-ura kerjasama istimewa ini telah pun bertiup kencang sejak akhir bulan Jun lalu dengan pelancaran globalnya di Tokyo menerusi ‘Maserati meets Fragment’. Pada pelancaran tersebut dua model Special Edition of Maserati’s Ghibli menampilkan Operanera dan Operarabianca mendapat sentuhan Pengarah Kreatif Fragment, Hiroshi Fujiwara.
Manakala untuk musim luruh ini pula, tiba giliran Fragment menampilkan koleksi pakaian yang menampilkan elemen seni Fragment serta nilai estetika jenama Maserati. Dua gaya hoodie, t-shirt oversized dan topi besbol menampilkan logo dua jenaman ikonik tersebut.
Koleksi kapsul ini juga menampilkan gaya ‘rebel’ Fujiwara dan semangat membara yang sering dibawakan jenama kereta Maserati. Koleksi ‘Fragement meets Maserati’ ini kini boleh didapati di Maserati Store dan juga platform online Hypebeast.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
KRISIS DUNIA DALAM PENTAS FESYEN LELAKI: SIGNIFIKASI GAYA LELAKI MODEN DALAM TREND SEMASA.

‘Apa yang membelenggu fikiran manusia hari ini? Masa hadapan yang tidak ketentuan, krisis dunia yang tidak berakhir, peperangan tanpa batasan, campur kuasa politik mengugat rakyat sejagat, menyebabkan beberapa implikasi pada dunia, juga ketamadunan manusia hampir musnah dek mengejar kepuasan diri.’
Pentas fesyen lelaki untuk musim Fall/Winter 2017 kali ini membincangkan segala krisis yang berlaku dengan mempersembahkan koleksi rekaan yang berbalik kepada asas. Lebih logik dan relevan dalam penghasilan reka bentuk pakaian, barisan pereka seakan melupakan seketika era rekaan yang glamor dan penuh warna-warni. Kali ini ia lebih bercerita mengenai hati mereka sendiri dan disampaikan dengan gaya artistik melalui penghasilan koleksi mereka.
ELIT
Kesibukan wargakerja di Wall Street menganalisis saham, pengendali pemasaran mengerah idea di Leo Burnett serta kemegahan legasi Trump dalam mengemudi dunia perniagaan menjadi kunci utama barisan pereka menghasilkan rekaan ala business wear ini. Namun, dengan mencedok sedikit elemen moden, mewah persis normcore, workwear yang direka dalam pentas F/W 17 kali ini lebih berbeza dengan siluet kemeja yang lebih besar, jua pemakaian tali leher satin potongan lebih panjang juga berkonsepkan ala misteri dari segi keseluruhan penggayaan. Mungkin tampak sedikit tidak terurus / tidak formal, namun gaya ini adalah gambaran komuniti Wall Street pada hari ini, berbeza dari tahun 1985. Potongan seluar yang sedikit besar dan lebar juga antara percaturan dalam imej business class ini.
NORMCORE – THE SPECIAL NORMAL
Gabungan perkataan ‘normal’ dan ‘hardcore’ ini membawa maksud menjadikan sesuatu yang biasa itu lebih eksklusif. Seiring peredaran dunia fesyen yang kianrancak, permintaan dari masyarakat khususnya yang tidak terlalu mementingkan gaya fesyen inginkan sesuatu yang simple, casual dan clean. Maka lahirlah konsep normcore ini dengan idea menggabungkan ceraian produk dan menjadi satu gaya yang lebih minimal namun tampak mahal. Bukan semua orang ingin kelihatan glamor setiap masa, dan normcore ini adalah idea trend terbaik untuk anda yang mahukan gaya santai tapi eksklusif. Apa yang penting, anda haruslah punya ilmu suai padan yang lebih ekstrem!
MERAH
Merah kali ini bukanlah simbolik kepada percintaan. Malah lebih memfokuskan kepada elemen keberanian juga semangat tegar dalam diri setiap individu. Pastinya rona merah ini menjadi pilihan kaum Adam hari ini untuk tampil lebih berkeyakinan dan segak. Bukan itu sahaja, malah simbol kepada elegance juga dapat dilihat dari pemakaian warna merah ini. Bukankah rona merah ini pelengkap gaya yang terbaik untuk anda? Barisan pereka seperti Dior Homme dan Balenciaga antara yang mempertaruhkan rona merah sebagai elemen bonus dalam rekaan koleksi mereka.
SENI DALAM REKA
Tidak lari elemen seni dalam rekaan yang menarik. Pentas F/W 17 kali ini menyaksikan barisan pereka memfokuskan corak seni dalam menjadikan ia sebagai elemen utama setiap helaian. Warna, simbol, corak geometri avant-garde, serta craftsmanship yang lebih teliti dan kemas antara penyebab utama konsep ini diterima ramai. Biarpun dilihat seperti hasil kerja pelajar, namun ia diadun dengan unsur eksklusif, sekaligus menjadikan ia cebisan idea yang mewah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Edisi Kuala Lumpur Fashion Week 2022 Bakal Raikan Ulang Tahun Ke-10

Menjadi sebahagian daripada elemen penampilan harian fesyen merupakan antara industri cukup penting bukan sahaja di negara kita tetapi di peringkat global.
Meraikan kepelbagaian idea fesyen menerusi ciptaan serta rekaan daripada pereka fesyen, acara fesyen yang cukup berpengaruh mampu memartabatkan industri ini ke peringkat lebih tinggi. Sebagai salah sebuah acara yang cukup dinantikan ramai, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 bakal diadakan di samping meraikan ulang tahunnya yang ke-10.
Selepas tahun lalu menyaksikan ‘comeback’ yang cukup luar biasa disebabkan pandemik, edisi pada tahun ini dijangka meneruskan momentum tersebut dengan cukup gemilang. Edisi Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022) pada tahun ini menyaksikan lebih 40 orang pereka fesyen tempatan tampil dengan koleksi ready-to-wear di pentas peragaan bertempat di Pavilion KL bermula 17 hingga 21 Ogos 2022.
Sejak pengenalannya pada tahun 2013, KLFW telah menjadi salah sebuah platform yang cukup penting dan signifikan kepada sebilangan besar pereka tempatan. Di samping itu KLFW turut menjadi medan buat penggiat fesyen bersama-sama meraikan industri ini dengan pelbagai aktiviti dan kerjasama yang cukup penting.
MERAIKAN BAKAT FESYEN
KLFW juga telah menjadi batu loncatan kepada ramai pereka untuk menembusi bukan sahaja pasaran tempatan malah antarabangsa. Sama ada koleksi pakaian ready-to-wear, avantgarde, couture atau gaya hidup KLFW telah membuktikan bahawa mereka menjadi acara fesyen terulung di Malaysia.
Pada edisi tahun ini, KLFW 2022 turut menampilkan kempen #iAmMalaysia yang diperkenalkan oleh AmBank dan Designer Search & Model Search oleh Samsung di mana mereka menampilkan 10 Designer Search berkolaborasi bersama Mimpikita.
Sementara itu, Vespa pula turut menampilkan Doodle Decal Contest. Manakala Poh Kong mengaktifkan kolaborasi bersama pereka tempatan seperti Jimmy Lim. Isuzu pula menampilkan kolaborasi bersama Super Sunday dan Moccona Coffee bersama Khatreena.

“Ketika saya mula memperkenalkan KLFW pada tahun 2013 yang lalu, saya sedar akan risiko besar dan usaha keras perlu saya lakukan untuk menjayakannya. Sebelum ini saya pernah bekerja bersama penganjur acara berkaitan minggu fesyen dan disebabkan itulah saya mempunyai rasa hormat cukup tinggi kepada industri ini.” jelas Pengasas KLFW, Andrew Tan.
Buat penggemar fesyen tempatan, KLFW 2022 merupakan satu acara cukup dinantikan. Koleksi yang bakal diperagakan di pentas pada tahun ini dijangka turut memberikan impak positif kepada trend serta industri fesyen itu sendiri.
All the best MASKULIN ucapkan kepada KLFW dan juga pereka-pereka yang mengambil bahagian pada tahun ini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Braun Büffel Lancar Koleksi Kapsul 2024 Tribute Buat Jean-Michel Basquiat

Buat peminat fesyen terutamanya pembuatan barangan kulit pasti tidak asing lagi dengan nama Braun Büffel.
Cukup terkenal dengan seleksi aksesori fesyen mewah dan premium, Braun Büffel baru-baru ini melancarkan koleksi kapsul istimewa, BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT 2024. Ia merupakan kapsul koleksi ‘tribute’ buat artis terkenal Jean-Michel Basquiat.
Nama legenda ini dikenali dengan gaya seni yang radikal dan memberontak, menggabungkan elemen kemewahan dengan semangat jalanan yang berani.
Jean-Michel Basquiat, yang mula dikenali pada akhir tahun 1970-an di dunia graffiti New York, telah menjadikan dirinya sebagai salah seorang artis paling berpengaruh pada abad ke-20.
Karya seninya terkenal dengan elemen yang ‘raw’, warna-warna mencolok dan komentar sosial yang cukup mendalam. Hasil-hasil seninya seringkali menggambarkan kehidupan bandar dan perjuangan komuniti yang terpinggir dengan cara yang sangat berkesan.
Seni Basquiat tidak hanya berfungsi sebagai ekspresi seni tinggi tetapi juga sebagai cerminan budaya jalanan yang kuat, yang terus berpengaruh hingga ke hari ini.
PENGARUH KARYA UNGGUL
Koleksi BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT menampilkan pengaruh langsung dari karya beliau. Ia boleh disaksikan dengan seleksi beg koleksi ini yang direka dengan elemen seninya pada segenap sudut.
Keryanya membawa suasana lorong-lorong urban New York ke dalam rekaan koleksi ini. Gabungan di antara kerajinan kemewahan Braun Büffel dan semangat memberontak Basquiat mencipta sebuah koleksi yang unik dan memikat.
Cukup sesuai buat mereka yang menghargai keindahan seni dan fesyen. Pada 2 hingga 4 Ogos 2024 lalu, sebahagian daripada lantai bawah REXKL telah diubah menjadi ‘tuan rumah’ kepada BRAUN BÜFFEL X BASQUIAT Urban Escape.
BACA: Anwar El Ghazi Kini Bersama Cardiff City Selepas Ditamatkan Kontrak Oleh Mainz
Ia merupakan sebuah ‘pop-up’ menawarkan pengalaman imersif yang menghidupkan suasana lorong-lorong New York. Acara ini menyediakan ruang untuk pengunjung merasai atmosfera bandar yang dinamik, sesuai diabadikan untuk foto-foto laman media sosial.
PELBAGAI BARANGAN EKSKLUSIF
MASKULIN sempat mengikuti pelancarannya yang berlangsung dengan cukup meriah. Koleksi kapsul ini merangkumi pelbagai barangan kulit. Di antaranya ialah Crossbody, Tote, Backpack, Waist Pouch dan Cardholder.
Setiap item menampilkan rekaan siluet yang ramping, diperbuat daripada kulit denim, serta dihiasi dengan simbol yang dicetak panas, cetakan digital, dan sulaman yang rumit.
Aksesori ini bukan sahaja menawarkan fungsi yang praktikal tetapi juga menggabungkan elemen fesyen yang bold dan ekspresif, mencerminkan gaya seni Basquiat yang unik.
Koleksi ini melengkapkan sebarang pakaian bandar dengan sentuhan moden, mengingatkan kita akan pendekatan kolaj Basquiat terhadap seni jalanan yang berani.
Braun Büffel mengundang anda untuk meneroka ekspresi diri yang autentik dan merayakan kekuatan individualiti melalui koleksi kapsul ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sertai kejohanan futsal MASKULIN Beat Boot Battle yang bakal berlangsung pada 25 Ogos 2024. Hadiah utama RM2,000 dan tempat kedua RM1,500. Terhad untuk 8 pasukan sahaja! Daftar di sini—> https://kliik.je/product-details/106?title=beat-boot-battle—kejohanan-futsal-maskulin
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI