Seiring perkembangan trend terkini serta selera pengguna yang rata-rata lebih selesa membeli-belah di atas talian, jenama pakaian kasual terkenal Pull&Bear telah melancarkan gudang di atas talian rasminya di Malaysia.
Pelancaran ‘online store’ tersebut telah mula beroperasi sejak 31 Mei 2022 yang lalu. Menerusi satu kenyataan media daripada mereka, Pull&Bear kini menawarkan pelbagai koleksi eksklusif yang diinspirasikan oleh trend terkini bukan sahaja untuk lelaki malah untuk wanita.
Koleksi-koleksi istimewa dan edisi terhada juga bakal ditawarkan dari semasa ke semasa untuk peminat jenamanya. Malah bersempena pelancaran gudang di atas talian ini, Pull&Bear turut mengumumkan diskaun istimewa sebanyak 15% serta tawaran pos percuma untuk pesanan di atas talian kali pertama.
Anda hanya memasukan kod khas yang ditawarkan iaitu HELLOMALAYSIA15. Selain itu, Pull&Bear turut menampilkan pelbagai variasi dan koleksi menarik bersempena Spring/Summer 2022. Di antaranya koleksi pakaian yang bertemakan warna putih dan bersifat cukup ‘timeless’.
Selain itu gabungan pakaian dari material selesa dan lebih loose sesuai dan melengkapkan gaya dengan corak belang atau jalur. Bagi menyemarakkan lagi sensasi musim panas, corak flora bersama warna yang lebih terang memberikan kesegaran kepada pemakainya.
Tidak lupa juga dengan seleksi denim dari Pull&Bear yang sentiasa relevan dengan gaya semasa. Buat anda yang ingin dapatkan koleksi dengan tawaran menarik dari Pull&Bear boleh layari laman sesawang mereka di www.Pull&Bear.com.