Buat penggemar fesyen yang mengikuti perkembangan terkini pastinya sudah tidak asing lagi dengan jenama eyewear popular berasal dari Korea Selatan, Gentle Monster.
Di antara kolaborasinya yang cukup dikenalui ramai adalah bersama Jennie dari grup Blackpink di mana setiap keluarannya laku keras dan sentiasa sold out.
Terbaru, Gentle Monster secara rasminya telah tiba di Malaysia sekali gus menandakan pengembangan globalnya di Asia Tenggara secara amnya.
Ads
Butik pertama Gentle Monster Kuala Lumpur akan membuat penampilan hebatnya di The Exchange TRX pada 29 November 2023 dengan mengetengahkan pengalaman runcit revolusioner yang belum pernah dilihat sebelum ini di pasaran.
Pengenalan butik ini turut mengetengahkan hasil kolaborasi jenama dengan D’heygere dan Maison Margiela, serta dengan Koleksi Optikal terkini mereka untuk tahun 2024.
Ads
Koleksi ini menampilkan barisan cermin mata yang unik, dikenali dengan hiasan logam yang berani dan berkelas. Koleksi Optikal 2024 ini telah menarik perhatian global dengan kempen ‘GENTLE HIGH SCHOOL’ yang menampilkan pelakon Nana Komatsu dan pemuzik Shinichi Osawa.
Ads
Butik eksklussif Gentle Monster Kuala Lumpur akan mula dibuka untuk pertama kalinya pada 29 November 2023, dengan waktu operasi dari 11:00 pagi hingga 8:00 malam. Mulai 30 November, ia akan dibuka dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam di G.12A, Aras Bumi di The Exchange TRX.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gentleman. Barangkali kalau dahulu definisi gaya gentleman ini lebih kepada gaya fesyen yang serba kompleks dalam mempersembahkan gaya fesyen lelaki yang classic. Namun, tidak pada hari ini. Definisi gentleman itu sudah berubah pada masa kini dalam memperkenalkan gaya fesyen yang tidak terlalu sempurna masih masih bisa menghasilkan keseluruhan gaya sempurna dalam tata gaya yang serba ringkas namun sexy! Yes, seksi! Mungkin itu kata kunci tepat dalam memberi gambaran erti gentleman pada masa kini!
Pilihan warna
Pemilihan warna yang tepat dapat memberikan keseluruhan gaya kamu lebih sempurna! Siapa kata warna tidak mampu untuk meningkatkan personaliti diri kamu? Tapi, kamu harus bijak dalam memilih warna baju yang betul mengikut kesesuaian kulit badan kamu. Lazimnya, warna-warna moody seperti biru gelap, coklat, kelabu serba hitam antara menjadi pilihan kaum lelaki untuk tampil ringkas namun masih kekal eksklusif dan tampak mahal. Pun begitu, tidak salah jika kamu mencuba pilihan warna yang sedikit terang dan meriah. Merah, kuning, pink mahupun gold. Apa kata kamu cuba berbelanja sehelai kemeja kuning potongan slim fit serta padankan dengan seluar jeans skinny rona putih?
Corak fabrik
Bukan hanya warna, namun apa yang menampakkan kamu persis gentleman yang sebenar adalah corak pada fabrik yang kamu sarungkan. Seperti biasa, ramai lelaki lebih memilih untuk menggunakan fabrik kosong kerana takut kelihatan terlebih dalam bergaya. Salah belaka! Apabila kamu menyarungkan helaian sut yang bercorak, ia secara tidak langsung menginterpretasi personaliti kamu sebagai seorang yang berpendirian dan unik. Corak petak antara yang menjadi pilihan para pereka untuk mempersembahkan gaya fesyen yang lebih maskulin. Sama ada saiznya kecil mahupun besar, ataupun penggunaan garisannya lebih tebal dan halus, ia terpulang kepada kebijaksanaan kamu dalam memilih padanan aksesori yang sesuai dan menghasilkan gaya fesyen keseluruhan yang menarik!
Potongan
Mungkin kala ini kita tidak tertumpu kepada potongan yang serba normal. Besar dan lebar. Rata-rata lelaki hari ini lebih memilih untuk menunjukkan tubuh mereka. Dengan penggayaan yang serba gentleman, kamu juga boleh kelihatan seksi! Nak pula kaum lelaki hari ini lebih suka untuk membina otot badan. Jadi tidak mengapa! Sarungkan helaian sut mahupun tuxedo yang potongannya lebih slim dan skinny. Kamu bukan sahaja tampak lebih seksi, malah wanita bakal cair melihat kamu kerana gaya fesyen kamu persis lelaki melayu terakhir!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Telah banyak kita saksikan kolaborasi istimewa yang dilakukan oleh Levi’s bersama jenama atau filem terkenal.
Jika sebelum ini Levi’s bekerjasama dengan jenama streetwear popular Supreme, kali ini pembikin denim legenda tersebut bakal memperkenalkan koleksi edisi terhad kolaborasi bersama Star Wars.
Kerjasama yang menyaksikan Levi’s berganding bahu bersama Disney dan Lucasfilm ini adalah bersempena kemunculan filem terbaru ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’.
Ia juga bersempena dengan ulang tahun francais filem sains fiksyen terhebat pernah disaksikan muncul dalam dunia Hollywood.
Difahamkam koleksi Levi’s x Star Wars membariskan seleksi pakaian denim yang diinspirasikan daripada pelbagai karakter, lukisan serta logo berkaitan dengan filem tersebut.
Antara yang paling menarik perhatian ialah trucker jacket, jeans, hooodie dan juga t-shirt. Dan kesemuanya berkisar tentang trilogi terbaru yang diperkenalkan menerusi filem-filem Star Wars.
Malah apa yang menarik qutoe terkenal daripada karakter-karakter seperti “I am your father” (Darth Vadder) dan “GGWWWRGHH!!!” (Chewbacca) turut menghiasi seleksi pakaian koleksinya.
Koleksi edisi terhad ini bakal dipasarkan pada 1 November 2019. Persoalannya sekarang adakah koleksi istimewa ini akan turut didapati di negara kita? Sama-sama kita tunggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepada pencinta fesyen dan juga pengikut jenama gergasi H&M, sudah tiba masanya untuk kamu merasai gaya membeli-belah di lokasi yang sedikit sejuk dan tinggi. H&M bakal dibuka di Genting Highlands, Pahang!
Bakal dibuka pada 5 Oktober 2017, stor terbaru ini bakal memberi anda satu pengalaman membeli-belah yang baru! Mana tidaknya, bukan hanya bisa membeli rekaan mewah dari jenama ini, malah pemandangan serta suasana yang segar buat kamu tidak keluar dari stor baru ini! Seperti biasa, jenama H&M ini memberi anda pelbagai pilihan trend daripada fesyen wanita, lelaki, remaja juga kanak-kanak. Apa yang paling ditunggu-tunggu adalah para pelanggan bakal ‘dihidangkan’ dengan trend fesyen fall yang terbaru! Gabungan workmanship yang lebih mewah, terperinci dan tinggi nilai buatannya menjadi kunci pada produk baharu jenama ini. Termasuklah jaket bulu yang bercorak, perincian seluar serta dress ala glam!
Bagi meraikan pembukaan stor ini, 200 pelanggan pertama akan menerima tote bag dari H&M dan berpeluang untuk memenangi voucher membeli-belah yang bernilai RM500 dalam cabutan bertuah. Bukan itu sahaja, malah, bagi mereka yang datang beratur di hari pembukaan ini, bakal mendapat voucher membeli-belah sebanyak RM50. Hey, apa tunggu lagi?
H&M SkyAvenue berlokasi di Lot 60, Level T2A & Lot 58, Level T2B, SkyAvenue, Resorts World Genting, Genting Highlands, 69000 Pahang. Ia beroperasi dari jam 10 pagi ke 10 malam termasuklah cuti am.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.