Jenama COS dilancarkan di London’s Regent Street pada Mac 2007. Menghasilkan pelbagai pilihan rekaan daripada pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, semuanya mempunyai elemen mewah dalam menginovasi definisi klasik dalam siluet yang lebih moden.
Pada 17 September 2017 yang lepas, bertempat di The National Gallery, Trafalgar Square, jenama mewah fesyen melancarkan majlis ulang tahun ke-10 dalam dunia fesyen. Ia juga dilancarkan semasa berlangsungnya London Fashion Week.
Antara tetamu VIP yang turut sama memeriahkan majlis ini termausklah Will Poulter, Tom Daley, Dustin Lance Black, Sam Rollinson, Charlotte Wiggins,
Alexander Groves, Azusa Murakami, Gary Card, Jasmine Hemsley, Dylan Weller, Leah Weller, Greta Bellamancina, Jasmine Guinness, Agathe Chapman, Tiphaine De Lussy, Naomi Shimada, Patrick Gibson, Charlie Barker, Siobhan Bell, Richard Biedul, Sascha Bailey, Clara Amfo, Grace Chatto, Connie Constance, Eve Delf, Roger Frampton, Bella Howard, Ella Hunt, Iskra Lawrence, Joel Mignott dan Ben Nordberg.
Ads
“Ia adalah sebuah penghormatan untuk meraikan ulang tahun yang ke 10 jenama COS ini. Apa yang lebih bermakna apabila ia dikelilingi oleh hasil kerja ikonik dari The National Gallery ini serta pemandangan yang bermakna, Trafalgar Square. Kami sangat bangga dengan jenama ini kerana mampu pergi sejauh ini dan sesungguhnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kolaborasi dan juga supporters dari dulu hingga kini”. – Karin Gustafsson, Pengarah Kreatif COS.
Ads
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut WebMD, 80 peratus lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut. Mungkin mereka akan malu dengan masalah tersebut, namun kajian menunjukkan isteri sebenarnya tidak kisah jika pasangannya botak.
Anda tak percaya? Kajian sudah membuktikan. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science mendedahkan wanita lebih tertarik dengan lelaki botak.
Berdasarkan laporan ABC News pula, kajian yang dilakukan mendapati golongan isteri menganggap suami botak jauh lebih menarik dan lebih kuat kerana nampak lebih maskulin.
Bahkan lelaki botak juga sering dikaitkan dengan pekerjaan beruniform seperti polis atau tentera, selain bidang kerja yang menunjukkan kelakian seseorang.
Menariknya juga, lelaki botak dianggap tinggi keyakinan diri. Maksudnya mereka berani membawa imej sebegitu di khalayak ramai dan membuktikan mereka selesa dengan gaya lelaki botak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah kaki berbau ini memang boleh buat orang hilang keyakinan diri. Mana tidaknya, kalau tidak diatasi segera alamatnya selalulah kena bahan dengan member.
Masalah kaki berbau ini berpunca daripada banyak faktor. Salah satunya, daripada cara pemakanan anda yang terlalu banyak mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
Kadang-kala faktor keturunan keluarga juga boleh menjadi punca berlakunya badan berbau sekali gus menyebabkan kaki juga berbau. Namun tiada kesahihan saintifik yang mengatakan bahawa keturunan punca utama badan berbau.
Bagi mengelakkan member rasa loya sampai kena tutup hidung, ada baiknya anda atasi segera dengan 5 cara mudah ini.
1. Air garam
Apa yang anda harus lakukan, campurkan beberapa sudu garam ke dalam baldi berisi air suam dan rendamkan kaki anda. Air garam ini berfungsi sebagai penyerapan lebihan kelembapan kaki yang boleh mengurangkan bakteria pada kaki.
2. Baking soda
Beli saja baking soda di kedai runcit atau pasar raya. Letakkan sedikit di dalam kasut atau rendamkan kasut anda semalaman di dalam baldi air yang berisi campuran baking soda. Anda juga boleh gunakan baking soda untuk merendamkan kaki anda yang berbau itu. Hanya memerlukan masa 10 minit saja.
3. Kerap basuh kasut
Kalau boleh, basuh kasut anda seminggu sekali. Jika anda memakai kasut anda setiap hari, bakteria akan mudah melekat dan merebak dalam kasut. Bagi mengelakkan member tutup hidung ketika anda menanggalkan kasut di ruangan terbuka seperti ketika masuk ke masjid, pejebat atau rumah member, pastikan anda atasi masalah kaki berbau segera.
4. Pakai stoking
Stoking tidaklah berfungsi seperti air garam, ia hanya boleh melambatkan proses kaki atau kasut berbau yang melampau itu. Terjadinya kaki berbau disebabkan oleh kaki selalu terperap di dalam kasut seharian. Jadi stoking bertindak untuk menyerap peluh pada kaki. Oleh itu, rajin-rajinlah memakai stoking ye.
5. Beli penyembur kaki
Tak macho lah kalau keluar dengan pasangan tapi kaki berbau. Silap hari bulan boleh jatuh saham anda. Kalau anda boleh keluarkanduit demi insan tercinta, apa kata kalau anda laburkan duit sedikit dengn membeli penyembur kaki. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri anda juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan hanya memilih jenama dan harga semata-mata, ciri-ciri penting lain juga anda perlu titikberatkan sebelum merancang membeli kasut sukan.
Pemilihan kasut yang menepati saiz dan bentuk kaki amatlah penting agar anda kaki rasa lebih selesa saat melakukan senaman.
Malah ia juga dapat mengelakkan kaki mudah cedera atau terjatuh ketika sedang beraktiviti.
Oleh itu sebelum anda ingin membelinya, perhatikan dahulu ciri-ciri ini agar anda dapat membelinya sebuah kasut yang berkualiti dan menepati cita rasa.
1. Tentukan bentuk tapak kaki
Untuk menentukan bentuk tapak kaki anda sebenarnya ada cara mudah yang anda boleh lakukan iaitu dengan melakukan ‘wet test’. Caranya, basahkan kedua-dua belah tapak kaki dan berdiri di atas kertas kosong selama 10 saat. Kemudian, alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut. Dari sini anda boleh menentukan tapak kaki anda daripada jenis Flat, Normal, High atau Very High.
2. Pilih kasut ikut saiz yang betul
Pakai kasut pada keselesaan anda! Pemilihan kasut yang cantik tidak memberi apa-apa manfaat kalau anda memakai kasut sukan yang ketat. Berkualiti macam mana pun kasut sukan anda, kalau kaki anda tidak boleh bernafas dengan baik, maka sia-sia saja anda membelinya. Terlalu ketat boleh membuatkan kaki anda tidak selesa dan jika terlalu longgar pun akan menyebabkan kaki anda mudah melecet. Jadi, berhati-hatilah apabila memilih kasut sukan ye!
3. Fahami aktiviti yang anda lakukan
Anda sendiri tahu bagaimana dan di mana anda selalu bersenam. Banyak jenama kasut sukan mengeluarkan kasut mengikut kesesuaian trek. Jika anda sering bersenam di atas jalan raya, carilah kasut yang mempunyai tapak selesa dan boleh mengawal batu-batu kecil di jalanan. Jika anda sering bersenam di gym, pilihlah kasut sukan yang bersesuaian untuk aktiviti yang anda lakukan di dalam bangunan.
4. Cuba kedua-dua belah kasut
Ada antara anda alpa dengan perkara ini. Kadang-kala anda hanya mencuba sebelah kaki saja. Tahukah anda bahawa setiap pasang kaki manusia mempunyai saiz yang berbeza-beza? Jangan pernah memakai sebelah kaki saja dan terus membeli kasut sukan tersebut. Takut nanti anda akan menyesal apabila balik ke rumah.
5. Mencuba kasut baharu bersama stoking
Ketika mencuba kasut baharu, pastikan anda mencubanya dengan stoking yang anda anda pakai sepanjang melakukan aktiviti. Tidak dinafikan stoking ada pelbagai jenis sama ada tebal atau nipis. Jika anda akan memakai stoking tebal bersama kasut tadi, maka carilah kasut yang sedikit lebar untuk memberi ruang pada kaki anda bernafas dengan sempurna.
6. Ikat tali kasut dengan sempurna
Ada yang mencuba kasut tanpa mengikat talinya. Perbuatan ini salah kerana tanpa ikatan tali kasut baharu itu mungkin tidak sepadan ketika anda mencubanya. Jadi jangan malas untuk mengikat tali pada kedua-dua belah kasut saat anda mencubanya.
7. Sediakan sedikit ruang
Ketika mencuba kasut baharu, pastikan terdapat ruang sebanyak setengah inci di antara ibu jari dengan hujung kasut. Perhatikan juga ruang di bahagian tumit anda tidak ketat atau terlalu longgar agar kaki selesa untuk bergerak.
8. Baca review orang lain
Sebelum anda ingin membeli kasut sukan, sila gunakan khidmat google untuk mengetahui maklum balas daripada pembeli lain. Jika anda ke laman sesawang produk tersebut, mereka ada menerangkan ciri-ciri sesebuah kasut sukan itu untuk anda membuat pilihan. Penat kan, kalau nak pusing satu Mall sudahnya tak kena cita rasa? Jadi, sila gunakan kuasa jari anda.