Tinggal kurang seminggu lagi kejohanan bola sepak terunggul Piala Dunia 2022 akan dilangsungkan buat pertama kalinya di bumi Arab, Qatar!

Kehangatannya semakin dirasakan dengan setiap pasukan yang bertanding kini menyenaraikan pemain-pemain mereka yang bakal beraksi di pentas global tersebut.

Ketibaan Piala Dunia 2022 diraikan dengan pelbagai cara bukan sahaja oleh peminat tetapi jenama-jenama korporat yang terlibat dalam industri sukan ini secara langsung.

Di negara kita nama Al-Ikhsan dan juga Football Republic pastinya sudah tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Jelajah Seluruh Negara, Al-Ikhsan Bawakan ‘World Football Festival 2022’ Sempena Piala Dunia!

Bagi meraikan kehangatan kejohanan terunggul ini, Al-Ikhsan Sports bersama Football Republic melancarkan kempen “World Football Festival 2022” di IOI Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Kempen ini diperkenalkan oleh Al-Ikhsan untuk meraikan musim bola sepak yang ditunggu-tunggu yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Doha, Qatar.

Ads

Menyedari pesta bertaraf dunia ini hanya diraikan empat tahun sekali, Al-Ikhsan Sports telah mengatur pelbagai acara serta barisan barangan premium khas untuk dijadikan koleksi oleh setiap pencinta bola sepak di Malaysia.

Jelajah Seluruh Negara, Al-Ikhsan Bawakan ‘World Football Festival 2022’ Sempena Piala Dunia!

Selain itu, Al-Ikhsan Sports mengumumkan kolaborasi mereka bersama Adidas untuk sebuah siri jelajah ‘Adidas Official Match Ball Roadshow’ di lima lokasi pilihan di seluruh semenanjung Malaysia. Selain itu, sebanyak 14 lokasi tambahan turut dibuka bagi memenuhi permintaan pengguna barangan sukan khususnya bola sepak.

Di antara lokasi yang bakal emnyaksikan kemunculan “pop up booth” mereka ialah di Melaka, Penang, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lagi.

Ads

Jelajah Seluruh Negara, Al-Ikhsan Bawakan ‘World Football Festival 2022’ Sempena Piala Dunia!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, “Sebagai peneraju barangan sukan nombor 1 di Malaysia sejak 1993 yang mempunyai koleksi Piala Dunia terbesar melalui 167 kedai kami di seluruh Malaysia, kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan kempen ‘World Football Festival 2022’ yang dilancarkan buat 15 juta peminat tegar bola sepak negara ini.

“Objektif kami adalah untuk membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami”.

Al-Ikhsan Sports juga dilaporkan bekerjasama dengan Media Prima Audio yang merupakan rakan radio strategik bagi kempen ini.

Ads

Jelajah Seluruh Negara, Al-Ikhsan Bawakan ‘World Football Festival 2022’ Sempena Piala Dunia!

Beberapa siri jelajah bersama rangkaian radio popular negara itu bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian tersebut dan barisan permainan santai telah diaturkan khas oleh dua nama gergasi dalam bidang masing-masing.

Penyokong bola sepak boleh memenangi jersi eksklusif secara ‘on air’ melalui Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM.

“Dengan itu, kami ingin mengajak semua peminat setia kami untuk hadir ke cawangan dan lokasi jelajah untuk sebuah pengalaman #footballmadness yang unik bersama-sama Al-Ikhsan Sports dan Football Republic.

“Kami juga ingin menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai destinasi nombor satu untuk musim bola sepak melalui kempen ini dengan produk berlesen rasmi “World Cup Exclusive 2022” kami.” tambah Vach Pillutla lagi.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI