Terdapat sebuah artikel yang telah berjaya menarik perhatian kami. Sebuah artikel yang pernah tersiar di brobible.com, mengatakan terdapat kajian mengatakan bahawa lelaki lebih tinggi terutamanya bergelar suami yang memiliki pasangan lebih rendah akan lebih bahagia.

Biar betul! Mungkin itu soalan yang terus terpacul di minda anda semua. Namun kajian tersebut dikatakan mengambil kira beberapa faktor.

BAHAGIA SUAMI TINGGI

Menurut tinjauan yang dilakukan ke atas lebih lapan ribu orang wanita bergelar isteri mendapati kebanyakan daripada mereka yang mempunyai suami tinggi lebih bahagia. Namun tidak semuanya indah dan mudah begitu sahaja. Majoriti daripada mereka mengatakan apabila sudah lama berkahwin mereka sudah tidak ambil kisah akan faktor ketinggian suami.

Jejaka Tinggi Lebih Bijak & Jujur Dalam Hubungan, Fakta Atau Auta?

Jadi apa yang para responden tersebut komen tentang suami mereka yang memiliki ketinggian lebih tinggi daripada mereka?

Rata-rata mengatakan bahawa kebahagian di atas faktor suami lebih tinggi hanyalah ilusi sementara. Apa yang membahagiakan mereka ialah faktor asas seperti kestabilan kewangan, menjaga maruah mereka dan diberikan kepercayaan untuk bersama-sama berfungsi sebagai pasangan suami isteri.

IKLAN

BACA: 7 Sebab Utama Lelaki Anak Bongsu Boleh Jadi Pasangan Hebat!

POTENSI LEBIH TINGGI

Kajian itu juga mendedahkan bagaimana suami yang lebih tinggi mungkin mempunyai potensi pendapatan yang lebih baik lalu memberikan kestabilan kepada si isteri. Lelaki yang lebih tinggi mungkin kelihatan lebih dipercayai dan bijak di pandangan majikan. Oleh itu, mereka mungkin terlebih dahulu dinaikkan pangkat.

Walau bagaimanapun, dalam skema keseluruhan perkara, kepintaran seorang lelaki hanyalah faktor kecil berbanding ketinggiannya dan kebahagiaannya.

IKLAN

Jejaka Tinggi Lebih Bijak & Jujur Dalam Hubungan, Fakta Atau Auta?

Tidak sukar juga untuk membuat kesimpulan apabila mengkaji subjek ketinggian, bagaimana kajian itu juga menemui bahawa lelaki tinggi, kurus dan tegap dianggap lebih menarik daripada lelaki yang lebih pendek.

Seharusnya, lelaki yang lebih tinggi mengalami kepuasan hidup yang lebih besar. Dengan rasa harga diri dan kepercayaan diri, ia mungkin akan menunjukkan bahawa lelaki bertubuh mantap ini lebih menarik.

IKLAN

JANGAN TERLALU PERCAYA

Mungkin faktor ketinggian menjadi antara faktor daya penarik disebabkan sosio budaya masyarakat kita sejak zaman-berzaman. Disebabkan itu ramai wanita lebih tertarik kepada lelaki yang lebih tinggi daripada mereka. Naluri manusia sememangnya sangat misteri!

Namun janganlah terlalu memberikan fokus kepada faktor ketinggian. Ia bukan penentu segala-galanya. Anggaplah ini sebagai satu kajian yang mungkin berlaku hanya kebetulan sahaja.

Anda sebagai lelaki boleh berjaya tanpa mengira ketinggian, bentuk badan, rupa mahupun keupayaan fizikal. Di mana ada kehendak di situ akan ada jalan. Hubungan bahagia suami isteri juga terbina di atas pelbagai faktir yang jauh lebih penting iaitu kesetiaan.

Malah kajian ini juga tidak mengatakan yang ketinggian boleh memberikan jaminan kebahagian sepenuhnya. Oleh itu hargailah pasangan anda tanpa mengira sama ada dia tinggi atau pun tidak.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI