Kalau anda perasan kaum lelaki lebih cenderung untuk tumbuh uban pada peringkat usia lebih awal. Adakah ia disebabkan oleh peningkatan usia atau hormon semata?
Bercakap mengenai uban, terdapat hadis dari Rasullah S.A.W tentang rambut beruban. Memetik hadis dari Abdullah bin Umar, Rasulullah S.A.W bersabda, “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin.
Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman . Sheilkh Al Albani dalam Al Jami ‘ Ash Shogir mengatakan bahawa hadis ini hasan).
Bagi MASKULIN, uban itu mewakili satu boleh menjadi anjakan pemangkin perubahan identiti seorang lelaki untuk lebih matang. Malah tak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa uban juga adalah simbol maskuliniti.
Jadi apakah yang menyebabkan uban tumbuh di atas kepada anda? Ini 10 sebab berbeza mengala ia boleh berlaku.
Pernah tak dengar orang kata “Banyak uban ni sebab banyak berfikir”. Ya… terbuktilah bahawa tekanan jiwa sedikit sebanyak menyumbang pada masalah rambut beruban. Selain uban, stres juga boleh menyebabkan rambut rosak dan gugur.
Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga boleh berlaku jika anda mewarisi genetik yang cepat beruban. Kalau kedua ibu bapa jenis orang yang cepat tumbuh uban, maka anda pun turut berdepan risiko sama.
Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menyumbang masalah rambut beruban awal. Jika anda selalu menggunakannya rambut boleh jadi lemah dan rapuh,. Suhu panas turut menganggu penghasilan melanin lalu cepat tumbuh uban.
BACA: 10 Personaliti Lelaki Di Sebalik 10 Gaya Rambut Berbeza
Rambut berwarna memang nampak cantik tetapi hakikatnya, pewarna boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih.
Sebuah kajian yang pernah diterbit hasil J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati, perokok akan berdepan empat kali ganda masalah rambut dan cepat beruban.
Selalu makan makanan segera dan tak berzat juga boleh menyumbang berlakunya rambut rosak dan uban yang tumbuh lebih cepat. Ia akan memberi efek negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut. Sebab itulah rambut menjadi putih.
Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjejaskan pertumbuhan rambut baru yang sihat.
Serius ke? Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu. Justeru pilihlah syampu yang bebas bahan kimia kerana bahan kimialah yang boleh menyebabkan rambut beruban cepat.
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.