Lelaki kurus pun boleh bergaya!
Ya, memang tak salah lagi. Walaupun mempunyai pinggang yang ramping, kaki yag halus serta leher yang panjang namun itu tidak bermakna anda sebagai jejaka kurus tak boleh bergaya sakan.
Tengok sahaja gaya rockstar yang kebanyakannya memiliki fizikal kurus. Gaya mereka memang sentiasa menjadi ikutan ramai bukan dari orang kurus sahaja.
Ikuti beberapa tip di bawah!
Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang.
Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi.
Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab boleh menampakkan susuk tubuh keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat tau, bukan ‘skinny fit’ sebab boleh jelas nampak yang korang kurus.
Pakaian longgar memang rasa selesa kan. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar. Sebab menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang kata pakaian longgar sikit dapat sorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan ni salah.
Aksesori macam tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya korang elakkan. Korang mesti akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau korang pakai jam tangan besar kat tangan, mesti orang akan nampak jam tu dulu baru nampak betapa halusnya tangan korang. For sure korang boleh goncang-goncang jam kat tangan korang tu hahaha.
Memakai baju yang ada corak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi korang dah tahu korang kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang ada corak melintang. Lagi pun corak melintang kan memang tengah trending sekarang. Let’s join the club!
Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai lebih berisi dan sesuai sangat untuk korang yang berbadan kurus. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Tapi kalau dah minat sangat, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.
Mungkin ada sesetengah korang yang tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus macam korang tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot a.k.a sado. Jadi pilihlah jenama dan fashion designer tu tentu dah arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus macam korang. Topman, Uniqlo atau H&M.