Seorang jejaka dari Kota Bharu, Kelantan, Nik Ahmad Kashfi, lebih dikenali sebagai Kay, telah mencuri perhatian ramai dengan cara uniknya dalam menyampaikan mesej kepedulian terhadap kebersihan alam sekitar.
Apa yang menarik, Kay mengutip sampah di kawasan awam dengan memakai kimono, pakaian tradisional Jepun yang dikenali dengan elegan dan simbolisme budaya yang mendalam.
Inisiatif ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai tetapi juga mengajak masyarakat untuk lebih peka dengan kebersihan di sekeliling mereka.
Perjalanan Bermula dengan TikTok
Segalanya bermula kira-kira tiga tahun lalu ketika Kay mula membuka akaun TikTok dan menghasilkan kandungan berkaitan kebersihan.
Pada mulanya, dia hanya merakamkan video dengan pakaian biasa dan mengutip sampah secara rawak, dengan harapan video tersebut dapat menyebarkan mesej kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan di tempat awam.
Namun, apa yang membezakan Kay daripada orang lain adalah keberaniannya untuk menggunakan imej Jepun, dengan memakai kimono, dalam setiap kandungan video yang dihasilkannya.
Ads
Foto : SAYS Seismik
Mencuba Imej Jepun untuk Tarik Perhatian
Menurut Kay, idea untuk memakai kimono timbul selepas mendengar cerita mengenai rakyat Jepun yang terkenal dengan disiplin penjagaan kebersihan mereka.
Dari situlah dia mendapat ilham untuk menggabungkan imej Jepun dalam kandungan video yang dihasilkannya.
“Saya memilih untuk memakai kimono kerana ia bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga memberi elemen unik dan kelainan, mungkin membuatkan orang akan lebih tertanya-tanya,” ujar Kay.
Pakaian tersebut ternyata berhasil menarik perhatian orang ramai, dan memberi peluang kepada Kay untuk menerangkan lebih lanjut mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
Ads
Foto : SAYS Seismik
Menghadapi Cabaran Awal
Pada awalnya, Kay mengaku dia berasa malu dan ragu-ragu dengan pendekatannya.
Risau dipandang sinis oleh masyarakat sekeliling, Kay pernah terfikir untuk berhenti seketika. “Ada juga timbul persoalan dalam diri adakah betul apa yang saya buat ini? Mungkin ada yang terkejut dan salah faham,” katanya.
Namun, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan telah memberikan semangat baru untuknya teruskan perjuangan ini.
Ads
Kay yang merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik, meluangkan masa kira-kira dua hingga tiga jam sehari untuk mengutip sampah di sekitar Kota Bharu.
Tindakan Kay ini bukan sahaja memberi contoh kepada orang lain tetapi turut memberi inspirasi kepada golongan muda untuk lebih peka terhadap kebersihan.
Dengan semangat yang tidak pernah luntur, Kay berharap bahawa lebih ramai orang akan menyedari betapa pentingnya menjaga kebersihan bukan hanya di rumah, tetapi juga di ruang awam.
Sumber : SAYS Seismik
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Tip simple, tetapi kena tahan nafsu dan mental kene kuat”. Itulah kata-kata tip kurus yang dipegang oleh Caden Harriss, seorang mangsa buli akibat miliki badan gempal.
“Kena jadikan ejekan dan perlian sebagai pembakar semangat kerana apabila anda down ketika diet atau exercise, ingat balik muka orang-orang yang membuatkan anda ingin kurus,” ujar jejaka berusia 22 tahun ini.
Ini antara perkongsian diet dan kata-kata semangat Caden Harriss buat anda yang ingin menurunkan berat badan.
Tips pemakanan:
1. Makan ya jangan berlapar. Makan ikut kuanitit yang patut korang ikut jangan bedal semua.
2.banyakkan minum air. Setiap 25kg minum sehari selitir contoh korang berat 75g korang minum la 3 liter
3. Makan nasi boleh tapi hanya segengam dan makan lunch atau pagi
Katanya lagi, jangan tinggalkan senaman. Lakukan 100-400 jumping jack, namun harus berhati-hati terutamanya jika anda berbadan besar kerana senaman ini mungkin boleh mendatangkan kecederaan pada kaki.
Oh lupa plak exersice you guys boleh buat jumping jack 100-400 a day but be careful org yang badan besar mungkin boleh cedera di kaki. And other workout korang just search kat youtube “home workout” then pilih la mana korang rasa sesuai. Tu je😉
Malah dia turut memberitahu rahsia dia mempunyai kulit cerah iaitu hanya mengamalkan air kosong secukupnya dan mengambil suplemen Vitamin C Dissolves dalam air yang boleh dibeli di Watson (dapatkan supplement kulit di sini).
Oh lupa plak exersice you guys boleh buat jumping jack 100-400 a day but be careful org yang badan besar mungkin boleh cedera di kaki. And other workout korang just search kat youtube “home workout” then pilih la mana korang rasa sesuai. Tu je😉
Selain Jumping Jack, anda juga boleh bakar kalori dengan melakukan senaman Tabata hanya 4 minit ini. Subscribe dan tonton video Tabata ini di Youtube MASKULIN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada sesetengah orang makan banyak macam mana pun, badan tetap maintain kurus. Jenuh nak tambah berat badan dan makan macam-macam tapi berat badan tetap tak naik. Masalah ini pastinya merunsingkan jika anda kategori orang yang sukar nak tambahkan berat badan dan miliki badan terlalu kurus.
Jika anda alami masalah ini, ikuti perkongsian seorang gadis bernama Siti Shairah tentang tip berlesan tambahkan berat badan.Berhasil dalam 1 bulan. Jom ikuti perkongsiannya.
Tips: How to gain weight ?
?BEFORE START?
Berat: 48.5kg
Tinggi: 165cm
Problem with food: Taksuka susu, kekacang, & cheese. And selera kurang.
My concern: BMI underweight cause i tinggi.
?So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doc, & i decide to make timetable, easy tips with target.
Doin this just to try & lets see the result!
Target:58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)
Antara makanan yg menaikkan berat adalah yg makanan yg i senarai diatas yg i taksuka?. But i need to do somthing, cause im underweight!
So i start the next day!
1. SUSU FULLCREAM
Pagi & malam wajib minum susu atleast 1 gelas (sbb tksuka paksa juga). Full cream cause tggi protein & kibo. Berbeza dgn low fat & yg ada flavour macam choc. I minum brand dutchlady.
2. VIT C
Makan vit C 1 capsules / day atau boleh skip selang 2 hari sekali. In 1week dlam 2/3 biji je. Hari yg skip tu i makan buah je bebanyak. Sedap pon sedap hehe. Tp on the day you take vit C tu, makesure minum 2/3liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok. Hehe. Vit C is dietary supp, selain drpd utk skin & etc. Bole bg selera makan. Membuak rasa, asyik nk makan je. (i need this cause i jenis tank kecik, makan sikit kenyang, slera tk kuat sgt). So perlu vit C utk membantu slera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe bila dh slera asyik nk kunyah jela.
3. TIMETABLE MAKAN
Kene makan on time, makesure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah jee bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dh telan nasi. Japgi kunyah laa bnde lain. Kopok2 ke askem ke, coklat je. Haa gituu. Haha.
4. FOOD TAKEN
Amik kekacang, soys(not suggest for women) , dairy milk, & cheese
Makan banyak kali, hehe
5. REFER DOC
Disclaimer: Makesure chuols refer doc juga ya. Kalau dh underweight kadang sbb cacing juga. Cuba refer doc first okay.
You know what?
I’m doin this semalam genap 1month! So nak share dgan chuols the result. Dan every week mmg timbang & guna penimbang yg sama. The result mmg unexpected!
?RESULT AFTER 1 MONTH?
BEFORE START 48.5kg
1st week 50.2kg
2nd week 51.2kg
3rd week 52.3kg
4th week 54.5kg
Yeayyy!! Walaupon berat naik, i rasa lemak i tersekat diskala 2 iaitu dipipi & bahagian tidak sepatutnya??. Tapi, im happy with the result!
Alhamdulillah syukur im not underweight anymore! Yes! Goodluck chuols!
Semoga berguna ?
#SheeraShareTheTips
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas menjadi naib juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini, bola sepak negara terus dihiasi dengan berita baik pada hari ini apabila penyerang skuad bawah 19 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab Jepun, Fagiano Okayama.
Kelab yang beraksi di J2 League, liga profesional kedua negara tersebut merupakan kelab kebanggaan buat warga Okayama, Jepun.
Selepas menjalani sesi latihan sebanyak dua kali bersama kelab tersebut pada bulan September dan November yang lalu, impian Hadi untuk beraksi di negara matahari terbit kini menjadi kenyataan.
Jelas Hadi menerusi Instagram, penghijrahanya ke kelab Fagiano Okayama merupakan satu permulaan baru karier bola sepaknya. Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tahun 2018 namun ia telah membuahkan hasil.
Di kesempatan itu juga dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan Pengarah Urusan Yakult Malaysia Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yang banyak membantu merealisasikan impiannya.
Difahamkan juga Hadi turut pernah menjalani latihan bersama sebuah lagi kelab Liga J2, Roasso Kumamoto pada Ogos lalu namun mungkin rezekinya tiada bersama kelab tersebut.
Hadi yang kini berusia 18 tahun merupakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim II pada awalnya pergi ke Jepun untuk menimba pengalaman dan ia diuruskan oleh syarikat minuman Yakult (M) Sdn Bhd.
Kenyataan media dari Fagiano Okayama mengumumkan Hadi Fayyadh sebagai pemain mereka yang sah. Foto: Astro ARENA
Usaha sama seperti inilah yang sebenarnya kita sebagai peminat bola sepak negara ingin lihat agar bakat-bakat muda berpotensi mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.
Dengan menyarung jersi Fagiano Okayama, Hadi menjadi pemain Malaysia pertama dalam sejarah yang akan beraksi di Liga J2.
Beberapa tahun sebelum ini dua bekas pemain Harimau Muda negara iaitu Nazirul Naim dan Wan Zack Haikal pernah beraksi bersama FC Ryukyu, kelan divisyen 3.
Selamat berjaya di negara Jepun kami ucapkan buat Hadi. Make Malaysia proud!
Kredit foto: Yakult Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara berkesan hilangkan bau hapak dalam kereta. Bau hapak dalam kereta boleh mengganggu keselesaan pemanduan dan menjejaskan pengalaman penumpang. Bau ini biasanya berpunca daripada kelembapan, tumpahan makanan, asap rokok, atau barangan yang dibiarkan terlalu lama dalam kereta.