Dalam banyak-banyak pakaian anda di dalam almari, kami tahu seluar jeans paling banyak digunakan. Dari Isnin sehingga jumaat jeans akan digunakan untuk tampil menarik dan casual. Tetapi adakah anda benar-benar tahu cara mencuci jeans dengan cara yang betul? Adakah anda membuat apa-apa kesilapan ketika mendobi yang mungkin menjejaskan kualiti denim kegemaran anda? Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kerap cuci jeans
Idealnya, anda hanya perlu membasuh seluar jeans anda setiap 5 hingga 10 kali memakai. Menurut penggemar jeans dan yang arif dalam denim, semakin lama anda pakai tanpa mencuci, semakin baik seluar jeans anda akan kelihatan.
Air sejuk dan Cuka
Ads
Pastinya seluar jeans akan memudar setelah sekian lama anda memakainya. Jika anda bimbang memudar denim anda, rendam seluar jeans anda dalam air sejuk dan cuka selama sejam untuk menghalang warna luntur.
Cara membasuh
Ads
Mesin basuh
Jika anda menggunakan mesin basuh, anda perlu terbalikkan seluar jeans anda ke dalam. Bukan sahaja ia mengelakkan pudar, ia juga memastikan bahawa bahagian dalamnya dibersihkan dengan teliti.
Ads
Cuci tangan
Kepada yang tiada mesin basuh tu, pasti anda akan mencuci tangan seluar jeans anda. Rendamnya dalam campuran air sejuk dan detergen. Pijak menggunakan kaki untuk mengeluarkan kesan kotoran degil selama beberapa minit, bilas dan kemudiannya sidai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan mudah untuk melupakan seseorang. Tambahan lagi apabila anda sering keluar dengan si dia dan sudah memperkenalkan dia dengan keluarga anda. Bercinta ni memang sweet, masa sayang semua nampak indah, namun segala-galanya suram setelah putus.
Fakta menunjukkan lelaki ni paling lambat terkesan apabila status kembali single. Mereka akan mula terkesan setelah tempoh beberapa bulan perpiasahan, dan pada ketika itu, anda sudah terlambat. Wanita yang anda tinggalkan atau ditinggalkan itu sudah memulakan hidup baru dan lebih bahagia tanpa anda. Pada akhirnya, lelaki akan terus tidak keruan dan akan dibayangi dengan masa lalu. Antara punca mengapa anda tidak boleh teruskan kehidupan adalah dari perkara-perkara lepas. Ini antara perkara yang boleh anda lakukan untuk melupakan si dia:
Maafkan segala kesilapan mereka
Bukan mudah untuk anda melupakan segala kata-kata kesat dan perangai pasangan anda. Lelaki ni jenis, diam-diam bahaya. Mungkin anda seorang yang tidak begitu sensitif, namun jika pasangan anda mencuit kemarahan anda dengan perkara-perkara yang anda tidak suka, pasti meletus seperti gunung berapi kan? Maafkan mereka merupa satu cara untuk anda move on.
Lihat kembali kesilapan lama anda
Adakalanya anda sudah berubah untuk lebih serius dengan pasangan anda. Dah tak nak main-main dah. She’s the one! Tapi, anda dikejutkan dengan si dia curang atau putuskan hubungan tanpa sebab. Lihat balik kesilapan lama anda, mungkin anda pernah lakukan perkara yang sama ketika anda bersama orang lain? Cari mereka dan minta maaf. Percayalah, anda akan lebih tenang.
Jangan cari pengganti dalam masa terdekat
Mungkin ada diantara anda yang tak boleh hidup single. Setiap kali putus, pasti akan cari yang baru. Beri ruang pada diri sendiri. Jangan jadikan pasangan baru anda ‘rebound’ untuk lupakan si dia. Anda pasti tidak mahu kecewakan orang lain bukan? Sayangi diri anda terlebih dahulu, baru sayang orang lain.
Sibukkan diri anda
Ini cara paling mudah. Jika selepas waktu pejabat anda akan luangkan masa dengan dia, kini anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gym, atau lepak bersama rakan-rakan anda. Cari hobi baru seperti hiking atau sertai Marathon pada hujung minggu.
Luangkan masa dengan keluarga
Mungkin ketika anda bersama dengan si dia, anda abaikan keluarga anda. kalau setahun sekali balik kampung tu, rajin-rajinlah balik jumpa keluarga anda. Inilah masanya anda meluangkan masa bersama orang tua anda. Jika kampung anda jauh, baliklah pada hujung minggu. Keluarga ni ibarat air yang dicincang tak akan putus. Pasangan anda tu bersifat sementara.
Buang segala kenangan lama anda dengan si dia
Tak semua lelaki tabah bila berhadapan dengan cinta. Jika anda seorang yang setia dan cinta mati pada jodoh tak jadi anda tu, sudah tiba masanya anda delete semua kenangan dengan si dia. Kalau perlu, block dan unfollow si dia. Bukan niat untuk putuskan Silaturahim, tapi ini salah satu cara. Ala, nanti bila dah moved on, anda boleh unblock dan follow kembali bekas pasangan anda. Ingat, jangan sebab cinta anda tak kesampaian, anda bermusuh sampai ke sudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak semua hospital kerajaan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan urologi sepenuhnya. Jika sakit anda makin teruk dan tiada pakar di hospital atau klinik terbabit, doktor anda mungkin akan rujuk kepada Pakar Urologi. Anda perlu berjumpa dengan Pakar Urologi jika mempunyai gejala-gejala yang menunjukkan anda mempunyai masalah dalam saluran kencing:
Air kencing mempunyai darah
Kerap membuang air kencing
Sakit di bahagian bawah belakang, panggul, atau sisi
Sakit atau pedih ketika buang air kecil
Masalah untuk membuang air kencing
Kebocoran air kencing
Aliran air kencing yang lemah atau dribbling
Anda ada masalah dengan zakar atau apa saja penyakit yang berkaitan lelaki? Ramai lelaki di luar sana tidak tahu kemana arah untuk mereka pergi, atau hospital mana yang patut mereka kunjungi jika mereka berasa sakit. Terdapat beberapa doktor pakar sakit tuan yang boleh anda jumpa jika anda punyai masalah berkaitan dengan lelaki. Ini antara pakar
Dr Ismail Tambi
Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi mempunyai kepakaran dalam bidang Andrologi. Mempunyai kelayakan kedoktoran MBBS (S.India) di University of Madura, DRM (M’Sia) dan WHO Fellow In Clinical Andrology (Monash). Dr Mohd Ismail merupakan salah seorang daripada pakar andrologi di Malaysia. Beliau merupakan ketua jabatan lama di Pusat Penyelidikan Kemanusiaan Reproduktif Khas LPPKN. Beliau berkhidmat di Damai Service Hospital di Kuala Lumpur.
Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin
Prof Dr Zulkifli menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau yang juga merupakan Perunding Urologi di Unit Urologi, Jabatan Surgeri di pusat perubatan itu, mengambil inisiatif dengan menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki dan mula beroperasi sejak tahun 2005. Klinik ini mendapat sambutan menggalakkan dari kaum lelaki seluruh negara dan ada juga kaum perempuan yang berkunjung ke klink berkenaan.
Dr Dr. Ambikai Balan Sothinathan
Beliau seorang ahli Perunding Urologi di Pantai Hospital di Kuala Lumpur. Menerajui Jabatan Urologi di Hospital Alor Setar dan menyediakan khidmat rawatan tertiari kepada pesakit di Kedah, Perlis dan Langkawi. Mempunyai kepakaran khusus penyakit batu, gangguan fungsi prostat dan kelamin, hilang pengawalan urin, dan keganasan urologi. Beliau adalah pakar urologi yang pertama di dunia ini yang menyediakan prosedur Holmium Laser Enucleating of Prostate (HoLEP) untuk rawatan pembedahan penyakit prostat jinak di Hospital Umum Kuala Lumpur.
Dr. Ooi Chong Chien
Beliau berkhidmat di Gleneagles Penang Medical Center di Georgetown. Dr. Ooi berkelulusan dari Royal College of Surgeons of Edinburgh dan Urologi FRCS dari Royal College of Surgeons Glasgow. Kepakaran utamanya adalah penyakit batu, kesihatan lelaki (termasuk hiperplasia prostat jinak) dan uro-onkologi, yang termasuk kanser urologi seperti kanser prostat, kanser pundi kencing, kanser buah pinggang dan kanser testis. Beliau juga Perunding Urologi dan melakukan pembedahan terbuka atau pembedahan laparoskopi untuk gangguan pembedahan umum dan urologi.
Lihat beberapa lagi pakar sakit tuan di seluruh Malaysia di
Yeezy effect! Menjadikan figura terkenal Kanye West sebagai inspirasi utama dalam rekaan bomber jacket ini sememangnya kena dengan penggayaan yang lebih santai, urban dan hipster. Penggunaan tekstur yang berbeza memberi kepelbagaian dalam rekaan bomber jacket ini.
CHECKED MATES!
Bosan dengan rekaan yang serba kosong? Barangkali pereka antarabangsa seperti Raf Simmons, Bottega Veneta dan Junya Watanabe menghasilkan corak petak yang lebih moden serba kreatif menghilangkan rasa bosan untuk pentas fesyen lelaki. Lebih berinovasi dan unik dalam gaya fesyen lelaki hari ini. Meskipun dilihat sedikit klasik dan retro, namun ia masih memberi impak mewah dengan penggunaan corak checks, woolly tartans and crisp windowpane patterns. Sekali gus menghidupkan pentas fesyen lelaki kali ini.
REAL GENTLEMAN
Mengapa masih mahu berada dalam kelompok yang sama? Penggunaan warna merah jambu dalam penggayaan lelaki semasa bukan dilihat sebagai mematahkan aura maskulinnya, malah ia lebih menyerlah dan memberi satu daya tarikan pada orang ramai. Dusty pink, mahupun dark pink mencetus fenomena dalam trend rangkaian koleksi lelaki untuk masa kini.
ROYAL PALACE
Perincian gold serta silver, penggunaan fabrik berstruktur berat seperti velvet mampu menghasilkan ciptaan rekaan yang serba mewah dan lebih agung. Mana tidaknya, padanan rekaan kot berlabuh panjang serta tambahan aksesori ala brocade menaikkan unsur Victoria pada era 60-an. Namun, dari segi silhouette masiih tampak moden dan eksklusif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.