Foto: JOHOR Southern Tiger

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengukuhkan status sebagai kuasa besar bola sepak Asia apabila tersenarai dalam kelompok lima kelab terbaik benua tersebut.

Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Opta Power Ranking semalam. Laman analisis bola sepak ini telah menyenaraikan hampir 13,500 kelab bola sepak seluruh dunia – menjadikan pencapaian JDT semakin menonjol di pentas antarabangsa.

JDT Terus Mendunia, Tersenarai Dalam 5 Kelab Terbaik Asia
Foto: JOHOR Southern Tiger

Di peringkat dunia pula, JDT berada di kedudukan ke-231 daripada 13,500 pasukan bola sepak seluruh dunia.

JDT, di bawah pimpinan Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, berjaya memintas kelab Ulsan Hyundai dari Korea Selatan, yang diketuai bekas jurulatih kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon.

Ulsan Hyundai kini turun satu tangga selepas beberapa prestasi kurang memberangsangkan kebelakangan ini. Prestasi JDT, sebaliknya, terus meningkat dengan konsisten, membolehkan mereka menduduki tempat kelima dalam senarai tersebut.

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN

Mendominasi kedudukan teratas, kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal dan Al-Nassr, menduduki tempat pertama dan kedua dalam ranking tersebut.

Diikuti oleh dua kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima, yang masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Namun, pencapaian JDT sebagai kelab terbaik Asia Tenggara adalah sesuatu yang membanggakan, terutama setelah mereka melakar keputusan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

Dalam saingan ACLE, JDT berada di kedudukan kedua dalam kumpulan B selepas mencatat keputusan seri dan satu kemenangan.

Ini memperlihatkan keupayaan kelab Harimau Selatan untuk bersaing dengan gergasi bola sepak Asia yang lain, sekaligus mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.

Sebelum ini, JDT hanya berada di kedudukan ketujuh dalam ranking yang sama, namun prestasi cemerlang mereka dalam kejohanan peringkat Asia membolehkan mereka melonjak ke posisi yang lebih tinggi.

BACA: 10 Pemain Bola Sepak Pilih Selebriti Popular Sebagai Pasangan & Kekal Bahagia!

Dengan pencapaian ini, JDT terus ‘mendunia’, mengukuhkan reputasi mereka bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia. Prestasi luar biasa ini pastinya menjadi motivasi tambahan untuk terus mengekalkan momentum kemenangan dan memperbaiki ranking mereka di masa hadapan.

JDT kini menjadi simbol kebanggaan bola sepak Malaysia dan bukti bahawa kelab tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI