Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengukuhkan status sebagai kuasa besar bola sepak Asia apabila tersenarai dalam kelompok lima kelab terbaik benua tersebut.
Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Opta Power Ranking semalam. Laman analisis bola sepak ini telah menyenaraikan hampir 13,500 kelab bola sepak seluruh dunia – menjadikan pencapaian JDT semakin menonjol di pentas antarabangsa.
Foto: JOHOR Southern Tiger
Di peringkat dunia pula, JDT berada di kedudukan ke-231 daripada 13,500 pasukan bola sepak seluruh dunia.
JDT, di bawah pimpinan Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, berjaya memintas kelab Ulsan Hyundai dari Korea Selatan, yang diketuai bekas jurulatih kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon.
Ulsan Hyundai kini turun satu tangga selepas beberapa prestasi kurang memberangsangkan kebelakangan ini. Prestasi JDT, sebaliknya, terus meningkat dengan konsisten, membolehkan mereka menduduki tempat kelima dalam senarai tersebut.
Ads
PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
Mendominasi kedudukan teratas, kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal dan Al-Nassr, menduduki tempat pertama dan kedua dalam ranking tersebut.
Diikuti oleh dua kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima, yang masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.
Namun, pencapaian JDT sebagai kelab terbaik Asia Tenggara adalah sesuatu yang membanggakan, terutama setelah mereka melakar keputusan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
Dalam saingan ACLE, JDT berada di kedudukan kedua dalam kumpulan B selepas mencatat keputusan seri dan satu kemenangan.
Ads
Ini memperlihatkan keupayaan kelab Harimau Selatan untuk bersaing dengan gergasi bola sepak Asia yang lain, sekaligus mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.
Sebelum ini, JDT hanya berada di kedudukan ketujuh dalam ranking yang sama, namun prestasi cemerlang mereka dalam kejohanan peringkat Asia membolehkan mereka melonjak ke posisi yang lebih tinggi.
Dengan pencapaian ini, JDT terus ‘mendunia’, mengukuhkan reputasi mereka bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia. Prestasi luar biasa ini pastinya menjadi motivasi tambahan untuk terus mengekalkan momentum kemenangan dan memperbaiki ranking mereka di masa hadapan.
JDT kini menjadi simbol kebanggaan bola sepak Malaysia dan bukti bahawa kelab tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sakit kepala memang sinonim dengan Panadol lagi-lagi bila tiba musim panas, sememangnya kerap sangat sakit kepala. Bila sakit kepala je, memang kita akan cari ubatnya .
Tetapi tahukah anda, , jikalau kerap sangat makan Panadol atau pil tahan sakit, ianya boleh memberi kesan buruk pada tubuh badan kita. Jadi jangan risau. Admin kongsikan 7 Tips Mudah Menghilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat;
1. Rendamkan kaki anda ke dalam air suam
Dengan cara ini, ianya dapat membuatkan tekanan darah anda turun dari kepala. Sila pastikan ianya air suam, bukan air panas. Naya melecur nanti.
2. Minum air Epal hijau
Cara kedua pula, ambil sebiji epal hijau yang telah dibelah dua dan ambil juga 2 gelas air. Rebuskan epal tersebut dan minumlah air rebusan epal hijau tersebut begitu saja tanpa sebarang gula.
3. Duduk dengan tegak
Duduk tegak adalah salah satu cara yang boleh menghilangkan rasa sakit kepala. Ketika anda duduk dalam posisi membongkok, leher anda akan menahan berat kepala sehingga otot menegang. Jadi, ubahlah posisi duduk anda menjadi tegak.
4. Makan makanan yang pedas
Cara lain pula, Makanan pedas juga boleh menyembuhkan rasa sakit kepala. Apabila rasa sakit kepala, carilah makanan pedas kegemaran anda. Sememangnya sakit kepala tu akan lega.
5. Menggunakan Bawang putih
Bukan saja bawang putih penting dalam masakan, tetapi ianya juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiris nipis-nipis bawang putih, kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.
6. Bernafas dengan lebih efisien
Bila kali terakhir anda duduk dan bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata, ada kajian menunjukkan, KURANG daripada 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara ‘betul’. Besar Kemungkinan sakit kepala adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen.
7. Mandilah dengan air panas
Cara terakhir adalah dengan mandi dengan air panas atau berendamlah dalam air panas, ini kerana ianya mampu meredakan sakit kepala.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lompat bintang atau jumping jack merupakan senaman yang MASKULIN yakin anda semua pernah lakukan terutamanya ketika berada di bangku sekolah dahulu.
Ia adalah satu senaman rutin yang mempu menggerakan hampir kesemua anggota badan dari kaki hinggalah ke tangan. Ia merupakan antara senaman yang pernah popular digunakan sebagai senaman alternatif.
Senaman ini antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan mencegah obesiti.
TINGKATKAN KEKUATAN & DAYA TAHAN
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
KUATKAN TULANG
mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping Jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
BAKAR KALORI
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisien dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutama jika ia dilakukan dengan konsisten.
LATIH OTOT
Lompat bintang bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
TINGKATKAN METABOLISME
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
Jumping Jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung anda dan ia menyebabkan proses pembakaran kalori dan lemak secara tidak langsung.
KEKALKAN BENTUK BADAN IDEAL
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Jadi tunggu apa lagi. Variasikan rutin senaman harian anda dengan turut melakukan senaman lompat bintang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minum air kosong dengar memang mudah tapi pasti susah nak buat kan. Ada setengah tu memang elergi dengan air kosong ni terutamanya lelaki. Ramai yang tak minum air kosong dengan mencukupi untuk kesihatan. Cuba tengok kesan tak cukup minum air seperti di bawah. Mesti korang pernah kena kan?
1. MULUT KERING
Antara tanda mudah nak detect bila kurang minum air ialah mulut terasa kering. Tetapi sesetengah orang bila mulut kering pergi air manis pula. Ramai tak tahu air bergula adalah penyelesaian bersifat sementara kepada masalah kesihatan lebih besar. Minum air kosong mampu melincirkan lendir pada membran dalam tekak dan mulut-menjadikan bibir anda sentiasa lembap.
2. KULIT ANDA KERING
Kulit kering adalah petanda awal masalah dehidrasi. Bila air tak cukup, peluh pun kurang-menjadikan tubuh anda kurang berupaya membuang kotoran berlebihan dan minyak sepanjang hari. Ia juga dikaitkan dengan masalah mudahnya tumbuh jerawat akibat minyak berlebihan yang tidak dibuang dari tubuh.
3. SELALU RASA DAHAGA
Selalu rasa dahaga walaupun banyak minum air dan mulut masih kering. Mana tidaknya. Bila dahaga anda terus minum air bergula. Sampai bila pun dahaga tak akan hilang kerana kandungan gula dalam air hanya menjadi penyelesaian sementara untuk rasa dahaga anda.
4. RASA SAKIT PADA SENDI
Cakera tulang belakang dan tulang rawan kita terhasil daripada 80% air. Ini bermakna air sangat perlu untuk mengelakkan ‘mengisar’ antara satu sama lain sewaktu kita bergerak. Dengan memastikan air mencukupi dalam tubuh, sendi-sendi pada tubuh akan mudah menyerap sebarang pergerakan mengejut yang anda lakukan seperti berlari, melompat atau terjatuh.
5. JISIM OTOT BERKURANGAN
Kalau korang rajin ke gim, korang kena minum sedikit air sebelum, ketika dan selepas selesai bersenam. Air yang mencukupi membolehkan aliran cecair berada pada otot-otot yang sepatutnya pada tubuh anda. Ini seterusnya mengurangkan risiko radang dan bengkak-bengkak pada bahagian tubuh sesudah anda melakukan senaman.
6. SAKIT YANG AMBIL MASA LAMA NAK BAIK
Minum air bolehkan tubuh secara berterusan membuang toksin daripada tubuh. Organ dalam badan menapis bahan buangan tertentu-sama seeprti mesin. Kalau ‘mesin’ ini tidak diberikan air secukupnya, ia akan cuba ‘menarik’ sumber air daripada darah, yang bakal menimbulkan masalah kesihatan lain pula.
7. LETIH DAN LESU (Pukul 2 petang dah ngantuk di ofis, betul?)
Bila dah tubuh anda terpaksa ‘tarik’ cecair daripada darah, ia mengakibatkan darah tersebut kekurangan oksigen secukupnya untuk diedarkan ke seluruh tubuh. Bila oksigen tak cukup, korang akan rasa ngantuk dan letih tak sudah. Bila dah ngantuk, tu yang dekat ofis pukul 2-3 muka dah tersembam di meja. Nak cover balik ada yang minum kopi! Sedangkan untuk jangkamasa panjang, kopi tidak membantu pun untuk korang staysegar!
8. TIMBUL MASALAH PENCERNAAN
Hanya kerana air tak cukup dalam tubuh, perut pun turut sama terheret. Bila air tak cukup, bendalir dalam perut berkurangan, menyebabkan asid perut merosakkan tubuh anda hingga menyebabkan rasa pedih ulu hati dan senak perut.
9. RASA LAPAR (DAN ANDA MASIH KOMPLEN BADAN TAK KURUS WALAU KURANG MAKAN?)
Bila tubuh kekurangan air, ia berasa seolah-olah yang ia perlukan makanan. Ingat tak malam-malam masa sebelum tidur rasa laparlah, nak makan sneklah. Itulah akibatnya. Sedangkan bila anda makan, tubuh anda perlu bekerja lagi sedangkan ia sepatutnya berehat. Selepas itu komplen pula kata tak makan banyak waktu siang pun badan tak kurus!
Sumber : lifehack
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.