JDT Lebarkan Status Prestij Dengan Kerjasama Bersama HUBLOT

454

Menjadi sebuah kelab bola sepak yang terhebat di Malaysia sejak beberapa tahun ini menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa berada dalam kelasnya tersenduri.

Umum sudah mengetahui bahawa JDT kini menjadi kelab yang mempunyai kelengkapan, stadoum serta pengurusan terbaik di Malaysia. Malah, kejayaan mereka yang melakukan revolusi bola sepak dalam tempoh tidak sampai 10 tahun telah berjaya menampa nama di luar negara.

Jadi tidak hairlah jika jenama mewah luar negara berlumba-umba untuk menjadi rakan penaja atau membuat kerjasama bersama mereka.

Dan yang terbaru jenama jam mewah dari Swiss, HUBLOT mengumumkan kerjasama mereka bersama JDT dengan menjadi jenama jam rasmi dan official timekeepr untuk juara 6 kali berturut-turut Liga Super.

Dua bintang JDT, Corbin Ong & Harris Harun menggayakan jam tangan HUBLOT.

BACA: COACH Spring/Summer Collection 2020, Joe Flizzow & Fazura Antara Bintang Yang Hadir

Bagi meraikan kerjasama pertama mereka, HUBLIOT dan The Hour Glass telah mengeluarkan foto-foto kempen ini menampilkan bintang-bintang pemain JDT menggayakan koleksi mewah terbaru dari HUBLOT.

HUBLOT kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar kelab berprestij, JDT.

Menurut Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, “Kami gembira dan mengalu-alukan kerjasama bersama jenama berprestij seperti Hublot yang kini menjadi sebahagian daripada keluarga besar.

“HUBLOT bukan sahaja membawa namanya sebagai sebuah jenama jam yang berprestij tetapi reputasi keunggulan serta inovasinya menjadikan ia sangat bertepatan untuk menjadi bahagian daripada penaja JDT. Kerjasama ini juga bakal mempromosikan bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi”.

Diharapkan lebih banyak kelab bola sepak profesional di negara kita terus mengikut jejak langkah JDT. Dengan kerjasama bersama jenama mewah seperti ini secara tidak langsung mengangkat martabat dan juga nilai komersial kelab bola sepak tempatan.