Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Rozita Rohaizad kepada Astro AWANI.
“Saya diberitahu oleh isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami serangan strok akut. Ini menyebabkan bahagian kanan badannya termasuk tangan dan kaki tidak dapat bergerak dan diangkat seperti biasa.”
Untuk info, Jay Jay telah lebih seminggu dirawat di IJN akibat masalah jantung tersumbat dan menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu. Penyanyi nasyid Cheb Ali Masrawi berkongsi berita ini di TikTok. Antara lagu popular Jay Jay adalah “Rindu Bayangan” dan “Joget Angan Tak Sudah”.
Penyakit Jantung Dan Lelaki
Tahukah anda, penyakit jantung atau kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Bukan satu berita yang luar biasa dan mengejutkan lagi apabila laporan mengenai mangsa yang meninggal dunia secara mengejut ketika melakukan sesuatu aktiviti.
Itu semua disebabkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik.
Lebih merisaukan, trend di negara ini menyaksikan penyakit berkenaan dideritai oleh golongan lelaki pada usia muda.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Effarezan Abdul Rahman turut mengesahkan fakta bahawa penyakit jantung lebih ramai dikuasai golongan lelaki
Dr Effarezan dari berkongsi tip mengelak daripada serangan jantung.
Berikut ialah saranannya:
- Makan secara sihat:Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.
- Sentiasa aktif: Aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
- Tidak merokok atau vaping: Ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.
- Menangani stres: Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.