Jantung Lebih Baik Jika Ke Gimnasium

Share

Lebih gemar ke gym berbanding berjogging? Ini berita baik untuk anda. Dikatakan dalam kajian, aktiviti  weight lifting,mampu sihatkan jantung banding berjalan atau berlari, menurut kajian.

Kajian di Universiti St.George di Grenada yang menganalisis faktor risiko kardiovaskular, antaranya tekanan darah tinggi, dengan membandingkan tabiat bersenam 4,086 individu dewasa di Amerika Syarikat. Kajian ini melihat hubungan bersenam secara umum, serta bersenam dalam dua jenis aktiviti berbeza, iaitu statik (latihan kekuatan) dan aktiviti dinamik (seperti berjalan).

Para penyelidik mendapati mereka yang melakukan salah satu aktiviti mempunyai 30 hingga 70 peratus risiko penyakit kardiovaskular lebih rendah, tetapi peratusan lebih rendah dicatatkan dalam kalangan mereka yang melakukan aktiviti statik.

Latihan kekuatan dan aktiviti aerobik berkesan untuk mendapatkan jantung sihat. Walaubagaimanapun, aktiviti statik dilihat lebih bermanfaat daripada aktiviti dinamik. Pesakit yang melakukan kedua-dua jenis aktiviti fizikal lebih baik daripada pesakit yang hanya meningkatkan tahap satu jenis aktiviti.

Kajian itu turut mendapati aktiviti statik dan dinamik mempunyai tarikan yang sama bagi golongan berusia dan muda.

Sumber: Medical News Today

Published by
Maiya Deen