Pakai tanpa dicuci
Euwww gelinya, pengotor. Jangan gelak jika kami katakana bahawa memang ada lelaki yang memakai seluar dalam berulang kali tanpa dicuci. Pelik tapi benar. Ada hal yang lebih tragis perlu korang tahu. Pernah tak dengar soal side A dan side B seluar dalam? Ya, bagi lelaki yang pemalas, mereka akan memakai seluar dalam yang sama dengan hanya menterbalikkan bahagian seluar dalam tersebut tanpa dicuci.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh Philip Tierno, director mikrobiologi di New York University dan merupakan seorang penulis bagi buku The Secret Life of Germs, rata-rata daripada seluar dalam yang sudah dipakai mengandungi sisa kotoran yang dikeluarkan oleh penis sehingga 1/10 gram. Ini kerana kadang kala berlaku pada mereka yang tidak bersih mencuci setelah membuang air.
Oleh sebab itu, WAJIB bagi korang untuk menukar seluar dalam selepas setiap kali dipakai dan lebih baik jika dicuci seluar dalam tersebut dengan air panas agar lebih bersih.
Kesalahan Mengering
Nak sangat cepat kering, ada yang mengambil langkah mudah dengan mengeringkan seluar dalam dengan suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering. Guys, cara ini tidak salah tapi ia akan membuatkan bahagian getah seluar dalam tersebut menjadi longgar sehingga senang untuk melorot. Oleh itu, better korang keringkannya dengan suhu yang lebih rendah atau lebih baik lagi jika dikeringkan secara alami, iaitu di bawah sinaran matahari.
Pilihan warna yang salah
Pakaian putih mudah terkena kotoran, begitu juga dengan seluar dalam. Jika tidak mahu seluar dalam korang tu bercop-cop dengan kotoran degil, maka janganlah gatal-gatal nak pilih warna putih. Tak seksi la kan kalau seluar dalam penuh dengan kotoran. Geli wey. Jadi untuk tip selamat, pilih warna-warna gelap seperti hitam, biru tua atau pun kelabu. Confirm tampak lebih jantan. Hiks!
Terlalu ketat
Kalau korang rasa dengan memakai seluar dalam ketat buat korang lebih seksi kerana ‘barang baik’ lebih menonjol, korang memang silap besar. Memakai seluar dalam ketat hanya akan ‘melemaskan’ penis dan tidak baik untuk kitaran darah korang. Apa kata pilih ukuran yang sesuai seperti jenis boxer kerana ia lebih ia lebih selesa untuk dipakai.
Material yang tidak sesuai
Sebelum membeli, check terlebih dahulu material yang digunakan. Ingat, seluar dalam berfungsi untuk melindungi daerah sensitif korang, so pilih material yang sesuai seperti kain cotton kerana ia lebih ringan dan sejuk. Apabila kawasan sensitif korang tu mula berpeluh, lembap dan mengeluarkan bau, pasti tidak menyenangkan bukan? Jadi, kerana itulah bahan cotton dilihat sangat sesuai untuk material seluar dalam kerana ia dapat membantu menyerap peluh dengan baik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI