Biasanya apabila lupa nak memasang tali pinggang keledar, pasti akan terdengar bunyi bingit sebagai tanda amaran. Bunyi itu akan hilang apabila anda memasang tali pinggang.
Namun, masih ada lagi orang kita yang degil dan alpa terhadap keselamatan jalan raya ketika memandu atau menaiki kereta dengan memasang alat khas untuk menipu sistem kereta.
Lantaran itu, Dr. Ahmad Firdaus Mohd Haris berkongsi tentang keburukannya apabila alat tersebut dipasang di dalam kereta.
BACA: Selain Merugikan, Ini Sebab Kenapa Anda Tak Patut Beli Alat Ganti Sendiri & Bawa Ke Bengkel
Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan?
Bagi yang kali pertama dengar tentang “seat belt clip”, ia adalah suatu alat untuk “menipu” penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja.
Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas!
Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm.
BACA: Jika Pemilik Kereta Tidak Tahu 6 Cara Periksa Brake Pad, Nyawa Dalam Bahaya!
Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar dari kenderaan. Dalam salah satu gambar yang dikongsi, jelas kelihatan “seat belt clip” telah digunakan. Airbag berfungsi dengan baik (deployed) kerana kenderaan “tertipu” menyangka pemandu telah memakai tali pinggang keledar. Malangnya klip dan airbag tidak mampu menyelamatkan mangsa dari tercampak keluar.
Syarikat Volvo yang mencipta tali pinggang keledar 3 point (3 point seatbelt) tidak mahu meletakkan patent ke atas ciptaan mereka kerana mahukan ciptaan mereka menyelamatkan sebanyak nyawa yang mungkin. Ia ciptaan yang “low tech, high impact”. Orang putih cakap “It’s simple Physics”.
Tapi di Malaysia, tak ramai yang mampu fahami “simple physics”, malah “simple logic” pun susah. Sistem yang dibina untuk selamatkan nyawa, dianggap menyusahkan.
Dah beli kenderaan berharga puluhan ribu ringgit dengan pelbagai sistem keselamatan pasif dan aktif, ditambah pula aksesori berharga hingga RM20 untuk “tipu” sistem yang ada.
Saya mohon rakan-rakan hentikan “menipu” sistem keselamatan kenderaan. Hentikan buat perkara tak berguna macam ni.
“Aah, aku drive elok-elok. 20 tahun bawak kereta takde masalah punya. Takdenye nak accident.”
Ya, setiap kemalangan jalan raya yang berlaku semuanya berlaku tanpa disangka. Nama pun “accident”. Tapi, kita mesti la berikhtiar. Kena la usahakan supaya jika berlakunya kemalangan jalan raya, kita tidak tercampak keluar dari kenderaan.
Selamatkan nyawa.
Pakai tali pinggang keledar.
Buckle up.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia