Sebentar tadi penulis telah menerima panggilan telefon yang mencurigakan dari nombor yang tak dikenali. Dan melihatkan cara pemanggil bercakap ia jelas daripada scammer yang cuba menipu.
Menrusi perbualan itu pemanggil mendakwa bahawa dia merupakan kakitangan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dan menerusi penggilan itu juga dia mendakwa bahawa penulis mempunyai baki cukai yang tertunggak. Perlu dijelaskan di sini bahawa panggilan tersebut datang daripada nombor yang meragukan dan cukup tak munasabah.
Menyedari perkara ini merupakan satu modus operandi biasa mereka, penulis tahu ini adalah satu scam. Selang beberapa minit penulis meletakkan panggilan dan tiada lagi panggilan semula dilakukan. Jelas ini adalah scam!
Taktik licik scammer seperti ini telah banyak menyebabkan ramai orang tertipu dan mengalami kerugian yang besar. Paling malang apabila mereka menyasarkan golongan veteran yang kadangkala cukup naif tentang penipuan begini.
Taktik dengan mengatakan bahawa mangsa akan didakwa dan waran tangkap bakal dikeluarkan menjadi antara faktor utama mengapa ramai orang tertipu dengan scam seperti ini. Kebiasaannya penipuan begini bukan dilakukan oleh seorang individu sahaja. Mereka bergerak secara berkumpulan dan menyusun rapi perancangan mereka.
Berikut merupakan antara modus operandi yang dilakukan oleh scammer dengan ‘taktik penipuan LHDN’.
Scammer menghubungi mangsa dengan mengatakan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mengatakan sejumlah amaun baki cukai tertungggak yang perlu dibayar.
Suspek akan memindahkan telefon kepada beberapa orang lain dalam kumpulan mereka bagi meyakinkan mangsa tentang keadaan sebenar dan mewujudkan situasi cemas serta memerlukan tindakan segera oleh mangsa.
Contoh situasi cemas yang diwujudkan kepada mangsa seperti surat saman dari mahkamah, nama mangsa disenaraihitamkan, dibekukan akaun bank atau penahanan reman jika gagal melakukan pembayaran dengan segera.
Mangsa akan diarahkan membayar sejumlah wang ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan atau lebih dasyat lagi suspek akan meminta butiran akaun-akaun bank mangsa untuk diperiksa.
Mangsa hanya akan menyedari tertipu apabila wang sudah dipindahkan melalui transaksi atas talian ataupun dilesapkan.
BACA: 6 Tip Elak Ditipu Ketika Urus Niaga Secara Online
——————————————————
Selain modus operandi di atas penipuan di atas talian juga semakin menjadi-jadi. Malah sebanyak 60 peratus daripada 1,302 kes penipuan dicatatkan antara Januari sehingga April 2018 merupakan aduan melibatkan penipuan atas talian.
Ini merupakan angka yang dikongsi oleh Cybersecurity Malaysia, agensi pakar sekuriti dan teknikal siber kebangsaan.
Berikut meurpakan 6 teknik penipuan siber umum yang sering digunakan scammer untuk menipu rakyat Malaysia;
Serangan menggunakan e-mel. Scammer menghantar e-mel, penggilan telefon dan teks berpura-pura menjadi orang lain untuk mendapatkan maklumat peribadi, kewangan dan sensitif. Periksa nama penghantar apabila menerima sebarang bentuk komunikasi dari sumber diragui.
Scammer melakukan kaji selidik tentang mangsa kemudian meluangkan masa untuk memahami karakter serta tindak-tanduknya. Kemudian digunakan untuk eksploitasi mendapatkan apa jua maklumat mereka perlukan.
Ini antara teknik popular yang telah wujud lama. Scammer mengaku mereka merupakan pekerja sokongan daripada mana-mana organisasi. Kemduian menipu mangsa untuk dapatkan maklumat penting seperti perbankan peribadi.
Teknik ini pula lebih kepada mengumpan mangsa dan memperdayakan mangsa untuk uat turun virus atau apa-apa software. Penipuan seperti ini ada banyak jenis tapi matlamatnya ialah memikat pengguna untuk memasang sesuatu dengan niat jahat.
Pengguna Android terutamanya harus berhati-hati. Scammer mencipta apps palsu menyerupai aplikasi sebenar. Ia kemudian mengekstrak segala data peribadi anda di dalam telefon pintar.