Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu Permohonan i-Sinar KWSP

Share

Pada perbentangan belanjawan lalu, Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi skim pengeluaran wang dari KWSP bagi sesiapa yang terkesan akibat penularan Covid-19. Mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan layak untuk momohon. Namun anda juga harus waspada dan jangan percaya kepada pihak selain KWSP untuk urusan tersebut.

Program yang dikenali sebagai i-Sinar membolehkan pencarum mengeluarkan wang sehingga RM60,000 menerusi Akauan 1. Terbaru, KWSP telah memberi peringatan kepada pencarum tentang kewujudan indvidu yang tidak bertanggungjawan mengambil kesempatan cuba untuk menipu dengan mewujudkan aplikasi palsu.

BACA: Sebelum Memohon i-SINAR KWSP, Ini Beberapa Perkara Perlu Anda Tahu

Seperti yang dinyatakan oleh KWSP menerusi siaran media dan juga di laman media sosial terdapat beberapa aplikasi mobil yang palsu cuba untuk mengelirukan dan berkemungkinan besar menipu orang ramai. Antara aplikasi yang dinyatakan menggunakan nama ‘i-Sinar Online” dan juga MyFund.

Jelas KWSP, aplikasi-aplikasi mobil ini dibangunkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan ke atas ahli KWSP yang ingin mengetahui tentang pengeluaran i-Sinar.

TIADA PIHAK KETIGA

Mereka juga menegaskan bahawa KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP ahli yang ingin melakukannya. Paling penting, buat masa sekarang tiada sebarang aplikasi dibangunkan secara khusus untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.

Jangan terpedaya dan ikutilah cara-cara betul yang telah dinyatakan oleh KWSP. Buat ahli yang ingin memohon pengeluaran i-Sinar, muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP. Di sana ahli boleh melakukan semakan serta transaksi secara online.

Ahli KWSP juga diingatkan untuk hanya merujuk info yang sahih dari media sosial dan laman sesawang rasmi KWSP.

Jangan kerana terlalu teruja ingin membuat pengeluaran anda pula menjadi mangsa penipuan atu scam. Panjangkanlah pesanan ini kepada ahli keluarga terutamanya yang sudah berusia dan tidak berapa arif tentang transaksi secara online.

Sumber: KWSP

Published by
Farizul Izwany Ibrahim