Jangan Terlebih Minum Kopi Kalau Tak Mahu Ketiak Cepat Melekit & Basah!

Share

Masalah ketiak cepat basah dan mudah melekit boleh mengundang rasa hilang keyakinan diri. Paling merimaskan apabila anda berada di tempat berbuka dan panas sehingga ketiak cepat basah dan jelas kelihatan pada celah baju.

Sebelum mengetahui cara untuk mengatasi ketiak basah dan melekit ini, anda perlulah tahu punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Ini penting agar anda boleh mengawal pengeluaran peluh secara berlebihan di bahagian ini.

BACA: Cara Mudah Hilangkan Kesan Gelap & Berdaki Pada Ketiak Dengan 3 Jenis Buah Ini!

Penyebab ketiak basah

1. Minum kopi berlebihan

Apa hubungannya ketiak basah dengan pengambila kopi? Di dalam kopi mengandungi kafein yang dapat merangsang saraf dan berhubungan secara langsung dengan kelenjar peluh. Bila anda minum kopi secara berlebihan, peluh yang dikeluarkan oleh tubuh menjadi semakin banyak terutamanya di bahagian ketiak.

2. Material kain yang dipakai

Jenis kain sintetis seperti poliester dan akrilik dapat membuatkan tubuh mengeluarkan peuh dengan lebih banyak. Pada umumnya, jenis kain ini tidak mampu mengatasi suhu panas tubuh sehingga membuatkan tubuh berpeluh secara berlebihan.

3. Tabiat suka merokok

Rokok mengandungi nikotin yang dapat meningkatkan denyutan jantung, tekanan darah dan suhu tubuh perokok aktif sekali gus membuatkan tubuh berpeluh.

4. Ambil minuman beralkohol

Ketika seseorang mengambil minuman beralkohol, tubuh akan mengalami vasodilatasi di mana terjadinya pelebaran pada pembuluh darah. Ini dapat meningkatkan suhu tubuh. Otak akan mengirimkan signal ke seluruh tubuh untuk mengeluarkan peluh dengan lebih banyak bagi menyejukkan suhu tubuh.

5. Makan makanan pedas dan panas

Saat anda mengambil makanan pedasa dan panas, tubuh akan mengeluarkan peluh dengan lebih banyak. Kedua-dua jenis makanan ini memang dapat meningkatkan suhu tubuh dan merangsang otak untuk mengirim signal agar mengaktifkan kelenjar peluh.

BACA: Atasi Masalah Ketiak ‘Banjir’ & Melekit Tanpa Produk Guna 7 Cara Mudah Ini!

Cara mengatasi ketiak basah

1. Teh hijau

Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan menghakis lemak dari usus. Sifat antioksidan dan nutrisi di dalamnya akan mengendalikan pengeluaran peluh. Bagi yang alami ketiak basah, anda boleh cuba minum dua hingga tiga cawan sehari.

2. Timun

Buah yang satu ini memang dikenali berkhasiat untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Anda hanya perlu potong timun sehingga nipis. Kemudian, oleskan timun di ketiak anda. Getah yang terdapat pada timun inilah dapat membantu mengatasi masalah ketiak basah.

3. Cuka putih

Jika anda tidak biasa menggunakan deodoran, cuba cuka putih untuk mengurangkan peluah pada ketiak. Caranya, oleskan sedikit cuka putih di ketiak dan biarkan beberapa saat sebelum dibilas. Cuka dapat melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau tidak menyenangkan pada ketiak. Memandangkan bau dari cuka putih ini agak masam dan kuat, anda disarankan untuk menggunakan cuka putih beberapa saat sebelum mandi.

4. Cuka epal

Sama seperti cuka putih, cuka epal juga sebaiknya digunakan sebelum mandi. Oleskan kapas yang sudah dibasahi dengan cuka epal ke ketiak anda. Biarkan selama 30 minit sebelum mandi. Cuka epal memiliki fungsi untuk mengurangkan peluh dan bau pada ketiak.

5. Jus tomato

Kaya dengan vitamin dan antioksidan, jus tomato dapat menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum jus tomato asli tanpa gula satu hingga dua gelas sehari untuk mencegah peluh berlebihan.

6. Baking soda

Ketiak basah juga dapat diatasi dengan menggunakan baking soda. Caranya, anda campurkan baking soda dengan sedikit air, lalu sapukan pada ketiak. Biarkan selama 30 minit. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Baking soda berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran peluh berlebihan di bahagian ketiak.

7. Lemon

Lemon juga berkesan untuk mengurangkan kelembapan di bahagaian ketiak yang disebabkan oleh peluh. Malah lemon juga dapat mencerahkan warna ketiak yang kehitaman. Sama seperti penggunaan cuka putih dan cuka epal, lemon ini sebaiknya digunakan 30 minit sebelum mandi.

Betulkah cara ini berkesan untuk mengurangkan peluh sekali gus mengatasi masalah ketiak basah? Kalau nak tahu, anda kenalah cuba sendiri.

Published by
Roselinda