Apabila anda melihat seseorang rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung, amat penting untuk segera memberikan bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) segera tanpa mengira anda mahir melakukannya atau tidak.
Menurut perkongsian seorang doktor dan pempengaruh Dr Malar Santhi, anda tidak perlu risau disaman atau didakwa kerana salah melakukan CPR kerana ada perlindungan undang-undang bagi mereka yang bertindak ketika keadaan yang mengancam nyawa seseorang.
“Anda tidak boleh disaman ataupun didakwa sebab kononnya salah bagi CPR lah, ataupun bagi CPR sampai tulang rusuk dia patah lah.
“Tak perlu takut perkara-perkara sebegitu. Hanya takut pada pencipta yang akan soal anda satu hari nanti “kenapa tak buat apa-apa?”, “kenapa tengok sahaja?”, “kenapa tak jalankan tanggungjawab?”,” jelas Dr Malar menerusi sebuah hantaran video di laman media sosial nya.
Bagi Dr Malar, menjadi suatu tanggungjawab bagi seseorang yang hadir di sebelah mangsa untuk segera tampil memberikan bantuan.
“Ingat ya, mangsa itu bila tiba ajal dia, dia akan pergi jua tidak awal ataupun tidak lewat sesaat pun.
“Ya kita semua memang diingatkan untuk berdamai dengan takdir dan menerima takdir. Tapi janganlah berserah kepada takdir sebelum berusaha,” tegasnya yang mengulas video tular pemain badminton China yang rebah di gelanggang dan meninggal dunia ketika perlawanan.
“Sebelum buat apa-apa pun terus dah melopong berserah kepada takdir. Bagi saya, itu salah”.
Fokus Untuk Kembalikan Fungsi Jantung Mangsa
Walaupun anda tidak mahir atau takut melakukan tatacara CPR, Dr Malar menasihatkan agar anda mengabaikan perasaan itu.
Sebaliknya, anda hanya perlu menumpukan untuk memberikan tekanan CPR dengan harapan agar jantung mangsa boleh kembali berfungsi mengepam darah.
Ads
Apabila melihat seseorang rebah dan menggelepar, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa tindak balas mangsa.
Laungkan Dua Ayat Ini
Jika tiada sebarang tindak balas, Dr Malar menjelaskan ada dua ayat yang perlu anda laungkan segera iaitu “dapatkan bantuan” dan “bawa AED (Defibrilator Luaran Automatik)”.
Selepas melaungkan kedua ayat tersebut, anda sendiri perlu memulakan CPR segera walaupun anda sendiri tidak mahir melakukan tatacara keselamatan itu.
Anda hanya perlu meletakkan kedua tapak tangan anda yang saling bertindihan ke bahagian tengan dada mangsa dan terus menekan dada mangsa menggunakan tenaga dari bahu anda.
Penting untuk anda memastikan siku anda berada dalam kedudukan yang lurus agar tekanan dapat diberikan sekuat mungkin.
Jangan bimbang tindakan anda itu boleh menyakitkan mangsa atau mengakibatkan tulang rusuk mangsa patah.
Hal ini disebabkan mangsa sudah keadaan tidak sedar tanpa denyutan nadi maka mangsa tidak boleh merasakan sakit, jelas Dr Malar lagi.
Ads
Lakukan CPR Secara Bergilir
Selain itu, tatacara CPR juga perlu dilakukan secara bergilir-gilir kerana ia biasanya akan memenatkan anda selepas dua hingga tiga minit melakukan tatacara itu.
Maka sangat penting untuk memastikan ada orang lain disekeliling anda yang mampu untuk mengambil alih peranan anda agar CPR dapat dilakukan secara berterusan sehingga bantuan pihak profesional tiba.
Merujuk video tular saat pemain badminton China, Zhang Zhijie, 17, yang rebah di gelanggang, Dr Malar menjelaskan fasa serangan jantung yang dialami pemain badminton remaja itu.
Tubuh Zhijie dilihat menggelepar ketika rebah, dan ketika itu dia sedang berada dalam fasa Ventricular Fibrillation (VF) atau Pulseless Ventricular Tachycardia (pulseless VT).
“Rawatan terbaik pada ketika jantung berdegup macam ini adalah shock delivery. Tapi kalau tiada alat untuk memberikan shock pada ketika itu, kena mulakan CPR dengan segera”.
Foto: Tangkap layar video saat Zhang Zhijie rebah di gelanggang ketika perlawanan menentang pemain badminton dari Jepun.
Lakukan CPR Sebelum Mangsa Kaku
Jika mangsa tidak dirawat segera ketika keadaan jantungnya masih di fasa VF atau pulseless VT, jantung akan beralih ke fasa berikutnya iaitu fasa tanpa sebarang denyutan nadi, dikenali sebagai PEA ataupun Asystole.
“Kalau anda zoom dan tengok, lepas menggelepar itu badan dia macam kaku terus, dah masuk dalam fasa Asystole lah itu,” jelasnya.
Ads
Menurut Dr Malar, ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu rebah dan menggelepar seperti Zhijie, antaranya ialah hipokalemia (kadar potassium terlalu rendah) ataupun hiperkalemia (kadar potassium terlalu tinggi).
“Dalam keadaan ini iaitu tengah main badminton, hipokalemia sangat-sangat mungkin boleh berlaku akibat daripada berpeluh yang melampau”.
Selain itu, hipotermia (badan terlalu sejuk), hipoglisemia (gula terlalu rendah) juga boleh menjadi antara punca seseorang itu rebah.
Foto: Zhang Zhijie (kiri), dan penghormatan terakhir dari atlet China (kanan). Sumber: The Borneo Post & News.com.au
Berdasarkan pengalaman peribadi Dr Malar, punca yang paling kerap berlaku dikalangan pemain badminton ialah disebabkan oleh garam galian tidak normal (electrolyte imbalance).
Namun walau apa pun puncanya, Dr Malar menegaskan perkara yang lebih penting apabila berlakunya kejadian sebegitu ialah tindakan yang betul, tepat dan cepat.
Terdahulu, Zhang Zijie rebah di gelanggang ketika perlawanan menentang Kazuma Kawano dari Jepun di Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, demikian lapor Harian Metro.
Sejak kebelakangan ini, amalan diet dikenali sebagai intermittent fasting cukup popular sekali. Bukan sahaja di kalangan selebriti dan instafamous tetapi ia juga telah menarik ramai orang awam untuk mencubanya.
Menerusi beberapa testimoni yang dikongsi di laman media sosial memang diakui ia membawa perubahan yang cukup positif buat sesiapa sahaja yang mengamalkannya.
Tapi apakah sebenarmnya intermittent fasting?
Sebenarnya sebelum ini MASKULIN pernah membuat ulasan tentang intermittent fasting. Anda boleh bacanya di sini.
Tapi untuk recap semula, ia secara ringkasnya adalah mengambil makanan dalam tempoh yang tertentu sahaja. Sebagai contoh pengamal diet ini hanya mengambil makanan antara jam 8 pagi hingga 8 malam dalam kuantiti yang tertentu.
Sebagai orang Islam ini sebenarnya tidak ada jauh bezanya dengan berpuasa pada bulam Ramadan dan puasa sunat. Tapi dalam konteks intermittent fasting ia sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alternate day fasting (ADF), modified fasting regime dan time-restricted feeding.
KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING
Jenis-jenis intermittent fasting yang dinyatakan di atas biasanya memberi kelebihan yang lebih kurang sama. Antaranya ialah:
TURUN BERAT BADAN
Salah satu sebab mengapa orang amalkan diet ini ialah untuk menurunkan berat badan. Apabila mengambil makanan dalam tempoh terhad, badan akan menggunakan segala kalori untuk dijadikan tenaga. Dalam satu kajian, orang yang amalkan ADF telah alami penurunan berat badan sebanyak 2.5 peratus dalam tempoh 2 minggu sahaja.
KESIHATAN
Kajian juga mendapati intermittent fasting mampu memberi kesihatan yang baik dan kesannya boleh dirasai dalam jangka waktu yang panjang. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit arteri dan mengurangkan triacylgycerol.
SENANG DIIKUTI
Program intermittent fasting dapat diikuti dengan mudah kerana dengan berpuasa anda boleh mendapatkan hasil yang mempunyai impak lebih hebat dari segi jasmani dan rohani. Malah orang yang pernah ikuti intermittent fasting banyak menyatakan ia lebih senang dilakukan berbanding rejim diet yang lain.
Tidak semua orang boleh mengikuti cara interminttent dalam rutin harian mereka. Dan jika dilakukan dengan terburu-buru ia hanya membawa keburukan.
KESAN SAMPINGAN
Seperti program diet yang lain, intermittent juga boleh membawa keburukan. Ada laporan menyatakan mereka yang mengikuti alternate day fasting berdepan kesan sampingan seperti sakit kepala, kekurangan tenaga melampau dan sesak nafas.
PSIKOLOGI
Jika dtidak diamalkan dengan betul, intermittent fasting juga boleh memberi kesan psikologi terutama kepada mereka yang kurang bersedia secara mental. Malah ada juga kes menjadikan seseorang itu semakin obses dengan makanan mengamalkan diet ini.
BUKAN UNTUK SEMUA
Walaupun banyak laporan dan testimoni dikongsi namun intermittent fasting juga boleh bawa risiko kepada golongan tertentu. Sebagai contoh ia tidak sesuai kepada wanita mengandung, individu yang ada masalah pemakanan disorder.
Sumber: News Medical
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama yang tidak asing lagi di kalangan peminat aktiviti kecergasan seperti larian, berbasikal dan hiking iaitu Garmin kini memperkenalkan inisiatif yang cukup menarik buat pengguna peranti mereka.
Beberapa hari lalu, Garmin Malaysia mengumumkan kolaborasi inisiatif mereka bersama YAS Digital Malaysia, sebuah syarikat berasaskan blockchain dan berlesen bersama agensi Etiqa General Insurance Berhad.
Menerusi kerjasama ini mereka memperkenalkan ACTYVE 3, insurans sukan yang baharu buat pengguna Garmin sedia ada di seluruh Malaysia. Dan lebih menarik ia adalah percuma buat mereka.
ACTYVE 3 merangkumi 3 kali use-on-demand perlindungan kepada pengguna dan barangan mereka sehingga 24 jam setiap kali digunakan. Tambahan lagi, pelan ACTYVE 3 turut menyediakan perlindungan perubatan dan juga kesan peribadi sehingga RM2,000.
Manakala jika melibatkan kematian atau kecacatan separa untuk beberapa jenis aktiviti pula boleh membuat tuntutan sehingga RM10,000. Apa yang pengguna Garmin mungkin tertarik lagi ialah ia bukan sahaja terhad kepada aktiviti larian.
Malah ia turut memberi perlindungan ketika melakukan aktiviti seperti berbasikal, gym, yoga, aktiviti air dan banyak lagi.
Buat pengguna Garmin berikut merupakan beberapa cara untuk mengaktifkan pas ACTYVE 3 anda:
Langkah 1: Muat naik aplikasi YAS Malaysia ke telefon pintar
Langkah 2: Masukkan kod promo: GARMIN
Langkah 3: Tekan ‘GO’ untuk mulakan perlindungan anda sebelum memulakan sebarang aktiviti. Manakala tekan ‘END’ apabila sudah tamat.
Langkah 4: Terus lakukan aktiviti kecergasan tanpa sebarang kerisauan
Pengguna juga boleh mengakses menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Spotify WhatsApp dan banyak lagi selepas pengaktifan aplikasi YAS Malaysia. Jika telefon pintar kehabisan bateri, anda tidak perlu risau. Perlindungan akan terus berjalan.
Jadi jika anda merupakan pengguna Garmin jangan lupa untuk melakukan pengaktifan ini sebelum 31 Disember. Pelan perlindungan ini boleh bertahan selama 3 bulan selepas dia diaktifkan.
“Kami sangat komited untuk membantu pengguna mendapatkan perlindungan ketika melakukan aktiviti kecergasan. Inisiatif bersama YAS Digital Malaysia ini adalah sebahagian dari usaha untuk memastikan pengguna kami boleh terus fokus dengan tenang bila melakukan latihan senaman, jelas Pengurus Besar Aeco Technologies (Pengedar Garmin), Ivan Ong.
Manakala Pengasa Bersama YAS, Andy An pula berkata, “Kami cukup teruja dengan pelancaran ini bersama rakan kami di Garmin Malaysia. Secara terasnya kami dan Garmin mempunyai objektif selari untuk memberikan perlindungan kepada pengguna”.
Jandi jangan lupa miat naik aplikasi ini memerusi App Store atau Google Play.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk menjaga disiplin untuk kekal konsisten dengan rutin senaman bukanlah sesuatu yang mudah jika berlaku perubahan pada jadual harian. Aktiviti seperti melancong pastinya suatu perubahan jadual besar yang semestinya akan menjejaskan rutin senaman harian.
Namun, itu tidak bermaksud yang anda tidak boleh merancang perjalanan percutian anda untuk menyesuaikan dengan rutin senaman anda. Dengan perancangan yang bijak dan teratur, dapatlah anda mengurangkan kebarangkalian tersasar dari rutin senaman anda pada kadar minima yang mungkin.
Sebelum melancong, rancang jadual senaman anda. Tentukan jenis senaman yang anda ingin lakukan serta masa yang sesuai. Ini akan membantu anda mengenal pasti peluang terbaik untuk melakukannya semasa perjalanan di samping tidak menganggu aktiviti pelancongan anda.
Bawa peralatan mudah alih
Sekiranya anda bergantung pada peralatan senaman, pertimbangkan untuk membawa peralatan yang ringan dan mudah alih seperti resistance band atau tali skipping. Ini boleh membantu anda melaksanakan rutin senaman anda dengan lebih mudah walaupun hanya di dalam bilik penginapan.
Cuba cari penginapan yang mempunyai kemudahan senaman seperti gimnasium atau gelanggang sukan. Ini akan memudahkan anda untuk menyambung rutin senaman anda dengan lebih baik. Anda juga boleh mencari hotel yang menyediakan kemudahan seperti kolam renang atau trek berjalan kaki yang baik untuk senaman.
Terdapat banyak aplikasi senaman yang boleh membantu anda menjaga rutin senaman ketika melancong. Anda boleh memuat turun aplikasi ini dan mengikut panduan latihan mereka. Beberapa aplikasi bahkan mempunyai latihan yang boleh dilakukan tanpa peralatan.
Selain daripada senaman formal, cubalah untuk terlibat dalam aktiviti fizikal semasa melancong seperti berjalan kaki untuk meneroka tempat-tempat baru atau menyewa basikal untuk menelusuri kawasan tersebut. Ini adalah cara yang menyeronokkan untuk kekal aktif.
Sarapan pagi adalah waktu yang baik untuk melakukan senaman ringkas. Anda boleh melakukan rutin senaman ringkas di bilik hotel atau di luar, bergantung kepada keadaan cuaca dan kemudahan yang ada.
Konsisten
Yang paling penting adalah untuk tetap konsisten. Walau di mana anda berada, usahakan untuk menjalankan rutin senaman anda dengan konsisten. Ini akan membantu anda menjaga kesihatan fizikal anda sepanjang perjalanan.
Bagaimanapun, peluang untuk melancong juga tidak datang selalu. Usah terlalu bertegas pada diri anda mengenai senaman sehingga terlupa untuk menikmati pengalaman sebenar melancong.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dipukul, apa tindakan yang boleh dibuat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.