Ramai yang tak tahu apa akan terjadi jika anda bersenam dan menjaga makan dengan baik. Selain daripada berat badan anda akan turun dengan begitu drastik, anda akan mengalami beberapa masalah yang akan menjadikan badan anda tidak sihat dan lebih teruk dari biasa. Jangan terkejut pula apabila badan anda terasa lemah dan tidak bermaya jika berat badan anda turun nanti. Ini antara perkara yang akan terjadi kepada anda jika berat badan anda turun secara drastik.
Kurang Hidrasi
Anda akan kerap haus dan sentiasa lemah ketika berat badan anda mula menurun. Sebaik sahaja anda membuat perubahan radikal pada tabiat makan anda yang melibatkan pengambilan kalori, perkara pertama yang akan hilang adalah berat air. Selagi anda kekal hidratkan badan anda itu bukan isu utama tetapi jika anda tidak menjaga keperluan penghidratan anda lebih mengutamakan berat badan anda, ini boleh menjadi masalah besar. Jangan takut untuk minum air, kerana air adalah faktor utama untuk badan anda kehilangan lemak.
Akan kehilangan otot lebih
daripada lemak
Fitness trainer mahupun doktor akan menasihatkan anda jika ingin membakar lemak, anda mesti membakar lebih banyak kalori daripada yang anda ambil. Tetapi setiap badan adalah berbeza, dan memerlukan penjagaan yang berbeza untuk bekerja pada tahap optimumnya. Bukan itu sahaja, tetapi badan anda hanya boleh membakar dalam kadar tertentu dalam masa sehari saja. Sekiranya anda mengurangkan pengambilan kalori anda terlalu banyak, badan anda tidak akan mempunyai pilihan tetapi untuk beralih kepada sumber bahan api yang lain selain lemak, jadi mereka akan membakar otot pula.
Anda akan sentiasa penat
Badan anda mungkin tidak biasa dengan perubahan drastik apabila berat badan anda mula menunjukkan perubahan. Kekurangan nutrien antara faktor yang akan membuatkan anda tak sedar apa yang berlaku saat anda rebahkan kepala pada bantal. Sesetengah kekurangan nutrien yang teruk boleh menyebabkan anda mengalami anemia. Jadi dinasihatkan untuk anda makan makanan yang seimbang dan baik untuk kesihatan.
Sukar untuk buang air
Kebanyakan kita mungkin berfikir kita menghabiskan banyak masa di bilik mandi kerana kita seorang yang obses dengan kebersihan. Walau bagaimanapun, rasa mual, cirit-birit, sembelit, dan sakit perut adalah semua perkara yang mungkin berlaku dengan penurunan berat badan yang terlalu cepat. Perubahan secara dristik ini akan menyebabkan perubahan yang tidak diingini dan tandas akan menjadi kawan baik anda.
Tak kiralah apa yang anda lakukan, sama ada secara sihat ataupun tidak, jika berat badan anda turun secara drastik, sistem dalam badan anda akan cepat rosak dan tidak terkawal. Jangan terlalu fokus dalam menurunkan berat badan secara drastik, biar lambat asalkan berat badan anda turun. Berapa tahun gemuk? Tak kan nak kurus dalam masa 30 hari je kan?