Kemuncak drama yang melanda skuad lumba basikal trek negara seakan tiba kemuncaknya semalam apabila wira negara, Shah Firdaus Sahrom layak ke final acara keirin. Namun impian melihat sinaran pingat kembali ke tanah air terkubur selepas berlaku perlanggaran dengan pelumba dari Jepun, Shinji Nakano.
Selepas impian menyaksikan Datuk Azizulhasni Awang musah sekelip mata, tidak dinafikan emosi peminat sukan tanah air cukup membuak. Harapan yang diletakkan di bahu Shah Firdaus cukup besar sekali.
Namun pujian harus diberikan kepadanya yang telah menampilkan persembahan yang terbaik. Berbalik kepada insiden ketia perlumbaan menyaksikan kemalangan yang penuh kontroversi dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano, dan pelumba dari Great Britain, Jack Carlin.
Ketiga-tiga pelumba ini terjatuh dalam pusingan terakhir, hanya beberapa meter dari garisan penamat. Walaupun peristiwa ini mungkin kelihatan seperti sebahagian daripada dinamika sukan berisiko tinggi seperti keirin, impaknya lebih jauh daripada sekadar apa yang terjadi di trek.
Dalam era digital ini, reaksi daripada peminat sukan adalah pantas dan kadang-kadang tidak terkawal. Rakyat Malaysia membanjiri laman Instagram Nakano dengan pelbagai komen dan gambar Jalur Gemilang.
Sebahagian besar daripadanya mengkritik pelumba Jepun tersebut. Ada yang menuduh Nakano bermain kotor dan tidak menunjukkan semangat kesukanan, sementara yang lain meluahkan kekecewaan kerana Malaysia kehilangan peluang untuk meraih pingat gangsa.
FAHAMI SITUASI SEBENAR
Namun begitu, Ridwan Sahrom, adik kepada Shah Firdaus yang juga seorang pelumba basikal trek, tampil memberi kenyataan yang lebih rasional.
Ads
Dalam satu hantaran di Instagram, Ridwan menyeru agar rakyat Malaysia tidak menyerang pelumba dari negara lain. Beliau menekankan bahawa dalam sukan keirin, apa-apa sahaja boleh berlaku, dan tuduhan tidak boleh dibuat tanpa memahami situasi sebenar.
“Saya merayu kepada semua peminat sukan Malaysia agar tidak menyerang negara lain yang terlibat dalam kemalangan ini. Tolong kekal tenang dan elakkan daripada meninggalkan komen negatif di media sosial pelumba Jepun tersebut,” katanya.
Meskipun seruan Ridwan ini menggambarkan sikap matang dan bijaksana, terdapat beberapa peminat yang tetap tidak berpuas hati.
Mereka percaya bahawa Shah Firdaus sepatutnya diberi keadilan kerana insiden tersebut menafikan peluangnya untuk membawa pulang pingat gangsa.
Ads
Walau bagaimanapun, ulasan daripada pakar sukan menunjukkan bahawa keputusan untuk menurunkan kedudukan Shah Firdaus ke tempat keenam adalah tepat.
BUKAN PERKARA DISENGAJAKAN
Ulangan video menunjukkan pelumba negara itu telah memasuki laluan Nakano, yang menyebabkan pelumba Jepun itu terpaksa membuat tindak balas yang akhirnya mengakibatkan kemalangan.
Dalam suasana yang penuh emosi ini, Shah Firdaus sendiri tampil meminta agar semua pihak tidak mengkritik Nakano di media sosial.
Baginya, kemalangan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan, dan beliau sendiri memerlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa impiannya meraih pingat di Olimpik terpaksa ditunda.
Ads
“Sejak pagi tadi, saya sudah menetapkan fikiran bahawa saya boleh memenangi pingat. Jika saya tidak mencabar untuk memenangi pingat, saya boleh menerimanya, tetapi ini sukar untuk ditelan,” kata Shah Firdaus.
MASKULIN berharap kita semua lebih tenang dan tidak menunding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sedangkan atlet sesama sendiri pun faham dan tahu perkara seperti ini ada risiko dan boleh berlaku.
Buat Shah Firdaus Sahrom, teruskan berjuang demi negara tercinta. Kita cuba lagi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Siapa tak kenal dengan lagenda dan bintang aksi Kung Fu yang hebat ni. Namun, pasti setiap orang pasti tak lari dari masalah dan tekanan. . Tekanan hidup tidak boleh dielakkan tapi jika diurus dengan baik pasti tidak memudaratkan.
Sama seperti orang biasa, lagenda Jackie Chan tidak terkecuali menghadapi tekanan hidup lebih-lebih lagi kisah kehidupan peribadinya yang penuh dengan ranjau melibatkan kes anak lelaki sebelum ini. Walaubagaimanapun, beliau masih dapat meneruskan kehidupan dengan baik. Terima kasih pada Instagram, kita dapat melihat segalanya.
Di sana, bintang Hong Kong bukan sahaja berkongsi kehidupan hariannya malah setiap kapsyen disertai dengan kata-kata indah yang cukup menenangkan, sekaligus membuatkan peminat makin sayang dan mengaguminya.
Sama ada beliau berkongsi foto aksi ngeri yang hebat atau ‘gila-gila’, ekspresi dan kata-kata Jackie membuatkan hari-hari kita menjadi lebih baik!
Sekarang juga korang kena follow Jackie Chan…Dan ini antara pilihan penulis..
Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, Majalah RASA yang berada di bawah kelolaan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, telah mengambil inisiatif untuk mengadakan acara RASA Bubur Lambuk Warisan 2024.
Acara ini telah berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, dari jam 10:00 pagi sehingga 5:00 petang.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan, yang kini memasuki tahun keenamnya, telah melihat kerjasama antara Majalah RASA dan BABA’S dalam usaha memasak dan menyediakan 1,500 mangkuk bubur lambuk secara percuma.
Penerima manfaat utama adalah penduduk Shah Alam dan kawasan sekitarnya, termasuk para petugas hospital, anggota badan beruniform, dan lain-lain.
Tujuan utama program ini bukan sekadar menyediakan makanan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memperkukuhkan perpaduan dan rasa syukur di kalangan masyarakat.
Ini merupakan manifestasi dari komitmen RASA dan para penaja dalam memenuhi tanggungjawab sosial, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh berkah ini.
Perasmian program pada 16 Mac di AEON Shah Alam diperhebatkan lagi dengan kehadiran Sissy Iman dan Chef Qayyum, dua nama besar dalam industri hiburan dan kuliner negara.
Chef Qayyum, khususnya, telah menawarkan bakat memasaknya untuk memastikan bubur lambuk yang disediakan memenuhi selera autentik Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim menyatakan rasa bangga dan terima kasih atas sokongan penuh dari semua pihak yang terlibat.
Beliau menggariskan pentingnya kerjasama dan keikhlasan dalam membantu masyarakat, seraya mengajak lebih banyak entiti korporat untuk turut serta dalam inisiatif sosial serupa.
Emma Masri, pemimpin unit bisnes, menekankan keistimewaan Ramadan sebagai bulan untuk berkongsi dan menunjukkan kepedulian.
Program seperti RASA Bubur Lambuk Warisan dilihat sebagai platform ideal untuk mewujudkan ikatan dan kebahagiaan bersama.
Dari pihak BABA’S, Tuan Haji Azrain Mohamad menegaskan kegembiraan mereka dalam berpartisipasi untuk kali kedua, dengan menggunakan produk-produk BABA’S sebagai bahan utama dalam bubur lambuk.
Ini mencerminkan nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dijunjung tinggi oleh BABA’S.
Pengedaran bubur lambuk tidak hanya terbatas pada satu lokasi, tetapi juga mencakupi petugas beruniform dari pelbagai sektor, menunjukkan luasnya jangkauan dan impak positif program ini.
Majalah RASA dan BABA’S mengundang seluruh masyarakat untuk menjadi sebahagian dari inisiatif bermakna ini. Untuk informasi lebih lanjut, boleh kunjungi laman web www.rasa.my atau hubungi Majalah RASA di talian 0196328758.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada anda seorang peminat bola sepak atau tidaj, nama Lionel Messi pastinya sudah tidak asing lagi. Messi merupakan pemain legenda yang mencipta deretan kejuaraan bersama pasukan kelab Barcelona serta kapten pasukan kebangsaan Argentina.
Nama Messi seakan tidak dapat dipisahkan daripada betapa sinonimnya dia bersama Barcelona. Pemain yang dianggap sebagai terbaik dalam era bola sepak moden tersebut bagaimanapun mengejutkan ramai peminat bola sepak selepas mengumumkan dia sudah tidak lagi bersama Barcelona.
Berdepan dengan pelbagai kecelaruan yang tidak dapat dielakkan di antara kelabnya menyaskikan Messi terpaksa membawa diri berhijrah ke kelab yang tidak kurang hebatnya berpangkalan di Perancis, Paris Saint Germain (PSG).
Pengaruh Messi cukup besar impaknya kepada liga utama Sepanyol, La Liga. Disebabkan itu jugalah ramai pengamal media menjangkakan penurunan dari jumlah tontonan perlawnaan liga tersebut. Dengan pengaruh Messi itu jugalah telah menyaksikan bagaimana tisu yang digunakan olehnya untuk mengesat air mata pada majlis sidang media perpisahannya bersama Barcelona telah dijual pada harga cukup lumayan!
Memetik laporan Gulf Today, seseorang yang berada di sidang media tersebut telah mengambil tisu yang digunakan oleh Messi. Individu tersebut kemudian memuat naik foto tisu tersebut di sebuah halaman jual beli dalam talian dan menjualnya pada harga RM4.2 juta!
Individu tersebut juga mendakwa Dia mendakwa tisu tersebut turut mengandungi genetik Messi yang membolehkan seseorang menghasilkan pemain sehebat legenda Barca itu.
Ketika sidang media selamat tinggal sebelum berpindah ke kelab Paris St Germain, Messi berkata Barcelona sudah menjadi sebahagian dalam kehidupannya.
Dia menyertai kelab itu sejak berusia 13 tahun dan sangat sedih untuk meninggalkan kelab yang disayanginya itu.
Kalau sudah terkenal, orang jual tisu dengan air mata pun boleh jadi duit. Apa-apa sajalah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.