Kolesterol memang penyakit yang membimbangkan kerana ia boleh menyumbang kepada serangan jantung dan strok. Jika anda ada tanda-tanda biji kolesterol pada wajah, jangan selamba nak membeli produk. Bukan disebabkan oleh salah produk, sebaiknya anda fahami dahulu kenapa biji kolesterol ini boleh menyerang kulit wajah.
Doktor Khairul Faizie yang berkongsi di laman Facebooknya menasihati orang ramai agar segera merujuk kepada doktor jika anda ada tanda biji kolesterol pada kulit.
Jom ikuti penjelasannya.
Aku terjumpa satu page FB yg jual produk “utk hilangkan biji kolestrol”.
“Biji kolestrol” yg korang risau ni, nama nya pun ada “kolestrol”. So, tolong jangan simply beli produk sapu2 utk di sapu di “biji kolestrol” ini. Tolong jumpa doktor terlebih dahulu.
Kenapa?
Di page yg jual produk dinyatakan sebab2 adanya biji kolestrol, antara nya “pemakanan yg berminyak”. Ok, ini boleh di anggap fakta. Tapi dinyatakan juga punca biji kolestrol ni ialah sebab “udara kotor” ?? Dan “kesan pemakaian barang kosmetik”?? Dan “tak cuci muka dengan betul” ? Ini semua bukan fakta, tidak betul.
Untuk mudah faham, biji kolestrol ni ialah pengumpulan lemak di kulit. Ia terjadi bila level kolestrol jahat dah tinggi dalam badan.
Tu sebab kena jumpa doktor, utk buat ujian darah check level kolestrol. Kena mulakan rawatan ubat kolestrol, bukan sebarangan sapu krim. High cholesterol lagi serius bermakna saluran darah anda tersumbat ➡️ penyakit jantung/ heart attack/ stroke.
Dan terkeluarnya “biji kolestrol” ni ada jenis nya yg ada kaitan dengan penyakit diabetes. Ada yg ada kaitan dengan penyakit keturunan kolestrol tinggi, Familial Hypercholestrolemia, ada yg berkait dengan penyakit hati seperti Primary Biliary Cirrhosis.
Ads
Nampak? Tu sebab tolong JUMPA DOKTOR, bukan selamba beli produk. Penyakit2 yg ada kaitan tu, kalau tak dikesan dan dirawat cepat, memang berisiko cepat masuk kubur.
Dan, produk yg dijual guna bahan kimia (ubat) apa? Berapa dosnya? Kekuatannya? Aku tak tuduh produk ini guna bahan terlarang ya, cuma, kalau korang nak tepek sapu ubat cream kat kulit, tolong lah ambil cakna apa benda yg korang sapu. Ubat krim utk biji kolestrol ni kalau doktor pakar kulit guna, dia tahu dos yg sesuai, kekuatan yg sesuai, berapa lama perlu sapu, dan expected side effect yg ada, jika berlaku. Korang beli produk ni, penjual ada nasihatkan tak benda2 ni? Kalau ada, mana dia dapat info nasihat tu? Adakah yg jual krim biji kolestrol ni seorang doktor pakar kulit? Ini isu isu yg korang perlu cakna.
Penyakit terkumpulnya lemak pada kulit sampai kita nampak, dipanggil XANTHOMATA. Ia berasal dari bahasa Greek, xanthos yg bermaksud kuning. Sebab warna lemak / biji kolestrol tu kekuningan atau kuning keorenan.
Ada banyak jenis Xanthomata. Xanthomata lebih byk terjadi pada perempuan.
1) Xanthelasma.
Ini ialah jenis xanthomata yg paling biasa. Plak kolestrol tu banyak di kawasan kelopak mata, atas bawah.
Ads
2) Tendon xanthoma.
Selalu jadi di kawasan yg ada tendon atau ligamen. Di jari, di kaki atau tangan.
3) Tuberous xanthoma.
Selalu terjadi di pressure area macam lutut, siku, tumit dan punggung.
4) Eruptive xanthoma.
Jenis yg ni biasanya gatal, dan mungkin sakit jika di tekan. Biasa di kawasan punggung, bahu, lengan.
Ads
5) Plane xanthoma.
Boleh berlaku dimana mana bahagian badan.
6) Palmar xanthoma.
Macam jenis plane xanthoma, tapi di kawasan tapak tangan.
So nampak tak? Banyak jenis dan rupa “biji kolestrol” ni.
Dan sebab banyak jenis dan lokasi, maka rawatannya pelbagai. Tapi satu rawatan yg pasti kena buat, ialah ubat utk kurangkan kolesterol jahat (LDL, Triglyceride). Rawatan lain, yg mana ikut kesesuaian:
➡️ Teknik freezing (cryosurgery)
➡️ Laser
➡️ Surgery
➡️ Guna bahan kimia, sapu eg Trichloroacetic acid.
Rawatan2 ini pun mungkin ada side effect, contohnya parut. Ataupun perubahan warna kulit. So doktor pakar akan pantau betul betul masa sesi rawatan. Korang beli produk, kalau jadi side effect, macam mana?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bulan Ramadan atau bulan puasa bukan alasan untuk meninggalkan rutin kecergasan. Benar, kita harus lebih memperbayakkan ibadah namun tahukah anda mempunyai tahap kecergasan yang baik mampu membantu ibadah jadi lebih sempurna?
Pada bulan puasa waktu terbaik untuk bersenam adalah selepas solat terawih apabila badan sudah mendapat tenaga daripada makanan berbuka dan tidak lagi berasa lesu.
Tidak perlu ambil masa yang lama pun untuk lakukan senaman di bulan puasa ini. Cukup hanya mengambil kira-kira 20 hingga 30 minit sahaja.
Berikut MASKULIN kongsikan lima jenis senaman yang anda boleh dilakukan pada waktu malam di bulan puasa!
1. Joging atau Brisk Walk
Cara Melakukan:
Lakukan joging ringan atau berjalan santai sekitar 20-30 minit.
Pilih kawasan yang selamat seperti taman atau trek larian.
Gunakan kasut yang selesa untuk mengelakkan kecederaan.
Kebaikan:
Membantu membakar kalori secara perlahan tanpa membebankan badan.
Meningkatkan kesihatan jantung dan daya tahan tubuh.
Membantu penghadaman selepas berbuka puasa.
2. Bodyweight Exercise
Cara Melakukan:
Lakukan senaman seperti push-up, squat, lunges, dan plank dalam 3 set dengan 10-15 ulangan setiap senaman.
Rehat 30-45 saat antara set untuk memastikan pernafasan stabil.
Boleh dilakukan di rumah tanpa peralatan tambahan.
Kebaikan:
Menguatkan otot utama seperti dada, kaki, dan perut.
Meningkatkan metabolisme tanpa memerlukan tenaga berlebihan.
Tidak membebankan sendi jika dilakukan dengan teknik yang betul.
3. Senaman Yoga atau Regangan
Cara Melakukan:
Pilih posisi yoga yang menenangkan seperti child’s pose, cat-cow stretch, dan seated forward bend.
Setiap posisi tahan selama 20-30 saat.
Fokus pada pernafasan dalam untuk membantu relaksasi badan.
Kebaikan:
Membantu mengurangkan ketegangan otot selepas seharian berpuasa.
Meningkatkan fleksibiliti dan postur badan.
Mengurangkan stres dan membantu tidur lebih lena.
4. Latihan Rintangan Ringan
Cara Melakukan:
Gunakan dumbbell ringan atau resistance band untuk latihan otot tangan, bahu, dan kaki.
Lakukan bicep curls, shoulder press, dan leg raises dalam 3 set dengan 12-15 ulangan.
Jangan terlalu memaksa badan, pastikan rehat mencukupi antara set.
Kebaikan:
Membantu mengekalkan kekuatan otot sepanjang Ramadan.
Meningkatkan daya tahan tubuh tanpa terlalu membebankan sistem tenaga.
Mengurangkan risiko kehilangan jisim otot akibat kurang aktiviti fizikal.
5. Berbasikal Santai
Cara Melakukan:
Kayuh basikal dengan kelajuan sederhana selama 30-45 minit.
Pastikan postur badan betul untuk mengelakkan ketegangan belakang.
Gunakan laluan yang selamat dan elakkan kawasan berbukit tinggi jika baru bermula.
Kebaikan:
Meningkatkan stamina dan daya tahan kardiovaskular.
Menguatkan otot kaki dan memperbaiki keseimbangan badan.
Membantu membakar kalori secara perlahan dan berterusan.
Melakukan senaman pada waktu malam selepas solat terawih adalah pilihan yang baik untuk mengekalkan kecergasan tanpa memberi tekanan kepada tubuh.
Tapi anda harus pastikan agar minum air dan mendapatkan rehat yang mencukupi agar tubuh dapat pulih dengan baik. Dengan senaman yang sesuai, Ramadan boleh menjadi bulan yang sihat dan produktif.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ayuh bangkit dan persetankan saja butan snooze di pagi hari! Kalau nak sihat kenalah usaha sikit, betul tak?
Apa sangat nak dibandingkan 10 minit masa extra untuk tidur berbanding gunakan masa itu untuk melakukan senaman yang bukan sahaja baik untuk fizikal tetapi mental anda!
Senaman di waktu pagi boleh memberikan banyak sekali manfaat. Selain membuatkan diri anda lebih segar ia juga menyediakan fizikal anda dengan lebih baik untuk mengharungi hari yang panjang.
Tahukah anda jiak melakukan 10 minit senaman pada waktu pagi anda boleh hilangkan 100 kalori. Dan jika dilakukan selama seminggu sebanyak 700 kalori mampu anda bakar!
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 jenis senaman yang anda boleh lakukan selama 10 minit pada setiap pagi.
HIGH KNESS
Lakukan larian setempat. Kemudian angkat lutut anda ke paras pinggag dan mulakan untuk pump tangan. Lakukan sebanyak 50 rep!
MOUNTAIN CLIMBER WITH PUSH UP
Mulakan plank fengan meletakkan tangan di bawah bahu. Angkat lutut kanan ke arah siku sebelah kiri dab begitu juga sebaliknya. Ulang sebanyak 15 kali.
Rapatkan kedua belah kaki dan angkat tangan seolah anda memegang tali jump rope. Lompat dari sisi ke sisi seolah anda bermain ski. Untuk senaman ini anda boleh ulang sebanyak 50 rep.
SQUATS
Senaman biasa yang memberikanimpak besar di bahagian abdomen, kaki dan punggung. Lakukan sebanyak 25 kali sepanjang 10 minit.
LUNGE WITH FRONT KICK
Capai kaki kiri dengan melakukan lompatan. Tendang keluar kaki kiri ke bahagian depan dan lakukan perkara sama untuk kaki kanan. Ulang sebanyak 15 kali.
PLANK SUPERMAN REACH
Baring secara terlentang dengan bahagian depan berada di bawah. Tanpa menggerakkan pinggul, angkat tangan kanan dan kaki kiri seretak. Lakukan sebanyak 25 kali untuk setiap bahagian tangan.
TOE TOUCHES
Baring dengan belakang di lantai kemudia angkat kedua belah kaki ke udara. Angkat bahagian atas bada dan cuba capai hujung jari kaki dengan tangan. Lakukan sebanyak 25 kali untuk setiap bahagian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada bermacam-macam jenis sayur yang kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk tubuh. Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza. Sayur taugeh, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Ini 6 kebaikan sayur taugeh yang ramai tidak tahu!
1. Sumber enzim
Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim berbanding sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak. Enzim ini adalah protein istimewa untuk meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
2. Sumber protein
Taugeh boleh menggantikan sumber proteing baik yang lain seperti daging atau ayam. Taugeh mengandungi 35 peratus protein untuk tubuh.
3. Mudah dihadam
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak di dalamnya, taugeh mudah dihadam. Taugeh membantu mereka yang ada masalah perut kembung dan penghadaman.
4. Menurunkan berat badan
Sayur taugeh kaya dengan zat dan rendah kalori membantu menurunkan berat badan. Disamping itu, ia boleh buatkan rasa lebih kenyang.
5. Meningkatkan kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein sangat tinggi. Ia dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormon lelaki dapat dihasilkan dengan ransangan ketika menikmati sayur ini.
6. Mencegah Anemia
Sayur ini mengandungi asid folik yang sangat bagus untuk sel darah merah. Pengeluaran darah merah yang stabil membantu mencegah terjadi anemia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara berkesan hilangkan bau hapak dalam kereta. Bau hapak dalam kereta boleh mengganggu keselesaan pemanduan dan menjejaskan pengalaman penumpang. Bau ini biasanya berpunca daripada kelembapan, tumpahan makanan, asap rokok, atau barangan yang dibiarkan terlalu lama dalam kereta.