Jangan stres jika jodoh lambat dan tengok kawan-kawan sudah kahwin serta kendong anak. Percayalah jodoh cepat atau lambat semuanya atas ketentuan Tuhan. Siapalah kita untuk menolaknya jika ditakdirkan jodoh lambat.
Percayalah, lagi meningkat usia anda, makin matang untuk anda hadapi cabaran dalam hidup. Sebenarnya berkahwin di usia 30-an pun banyak kelebihannya. Ini 5 antaranya.
BACA: Buat 13 Tip Ini Kalau Nak Kahwin Tapi Duit Masih Tak Nampak ‘Bayang’. No 3 Sah Lelaki Suka!
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an bakal menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka untuk mencurahkan kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Individu pada usia sebegini pasti sudah mempunyai kerjaya yang tetap, malah tak mustahil sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan bukan menjadi antara masalah utama.
BACA: Senarai 15 Nilai Mas Kahwin Ikut Negeri Yang Lelaki Wajib Ambil Tahu!
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat hidup yang kuat. Kebiasaanya, mereka dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puas berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai dan sudah tentu apabila berkahwin, akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
Menurut kajian, setiap individu akan menjadi lebih tenang dan matang dalam menghadapi pelbagai situasi untuk menghargai cinta, malah akan lebih fokus untuk satu matlamat hidup.