Di zaman sekarang, rambut bukan lagi hanya mahkota untuk wanita, tetapi juga untuk lelaki. Tanpa rambut yang sihat, jangan terkejut jika masalah kulit kepala, keguguran rambut, dan kebotakan datang tanpa diundang!
Bayangkan, anda masih belum mencecah usia 35 tahun, namun garis hadapan rambut sudah semakin menurun. Atau lebih teruk lagi, ada ‘tompokan’ botak yang makin jelas di tengah kepala. Fikirkan sejenak, betapa ia boleh memberi kesan besar terhadap penampilan anda!
Jangan risau, bro! Sebelum anda terpaksa hadapi masalah yang MASKULIN sebutkan tadi, ada beberapa langkah dan tip yang boleh anda amalkan.
Untuk anda yang mahu kekal bergaya tanpa risau tentang kebotakan atau rambut gugur, berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh membantu anda mengelakkan masalah tersebut.
SYAMPU YANG TEPAT
Jaga kebersihan rambut dengan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Jangan tergoda dengan produk yang mengandungi bahan kimia keras, kerana ia boleh merosakkan rambut dan kulit kepala. Pilih syampu yang lembut dan menyegarkan!
ELAK GAYA IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Jauhkan diri daripada gaya rambut yang menarik rambut dengan terlalu kuat, seperti man bun atau sanggul ketat. Tarikan berlebihan boleh merosakkan akar rambut dan menyebabkan masalah kebotakan yang tidak diingini.
Ads
PEMAKANAN SIHAT UNTUK RAMBUT CANTIK
Apa yang anda makan memainkan peranan penting dalam kesihatan rambut. Pastikan diet anda kaya dengan nutrien penting seperti protein, zink, vitamin B, dan zat besi. Ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan rambut yang sihat, tetapi juga membantu rambut kelihatan lebih kuat dan bersinar.
Cara terbaik untuk menjaga kesihatan keseluruhan badan adalah dengan bersenam secara teratur dan mendapatkan tidur yang cukup. Apabila tubuh badan sihat, ia akan membantu mengurangkan risiko kehilangan rambut yang disebabkan oleh tekanan atau kurang tidur.
JAUHI PEWARNA KIMIA
Elakkan penggunaan bahan kimia keras seperti pewarna rambut yang berlebihan, perapi yang mengandungi alkohol, atau produk rambut yang berisiko merosakkan rambut. Pilih produk yang lebih lembut dan selamat untuk rambut anda.
Merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merosakkan sistem peredaran darah, yang akhirnya mempengaruhi kesihatan rambut. Dengan menghentikan tabiat ini, anda memberi peluang terbaik untuk rambut anda terus sihat.
KAWAL TEKANAN DENGAN BAIK
Tekanan yang berterusan adalah salah satu punca utama keguguran rambut. Amalkan teknik pengurusan stres seperti meditasi, yoga, atau senaman pernafasan untuk menenangkan minda dan tubuh. Kurangkan tekanan, kurangkan risiko rambut gugur!
Ads
JUMPA PAKAR
Jika masalah kebotakan semakin serius, jangan ragu untuk berjumpa dengan doktor kulit atau pakar rambut. Mereka dapat memberikan penilaian yang tepat dan rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah anda.
Ingat, faktor genetik juga memainkan peranan dalam kehilangan rambut. Walaupun kebotakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, langkah-langkah di atas dapat membantu mengurangkan risiko dan menjaga rambut tetap sihat dan kuat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mempunyai leher yang jenjang memang menjadi idaman setiap individu, tidak terkecuali lelaki.
Leher adalah bahagian yang paling sukar untuk dikecilkan kerana ia adalah bahagian kulit yang paling nipis dan degil.
Untuk memastikan anda mendapat bentuk leher mengikut apa yang anda inginkan, ia memerlukan penjagaan dan senaman ekstra.
Untuk mendapatkan jawline yang anda inginkan, anda boleh ikuti beberapa pergerakan ini.
1. Gerakan rahang
Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang selama beberapa saat.
2. Gerakan mulut vowel O & E
Gerakkan mulut seperti menyebut “O” selama lima saat dan kemudian, senyum lebar dan sebut “E”. Lakukan pergerakan ini selama beberapa saat.
3. Tekan dahi
Duduk secara menegak dan tekan dahi sekuat yang mungkin selama tiga saat. Tetapi kepala anda jangan ke belakang, tolak tangan menggunakan kepala ke depan dan kembali ke posisi sebelum. Lakukan gerakan ini untuk beberapa saat.
4. Tekan belakang kepala
Sekarang, letakkan tangan anda di belakang kepala atau belakang leher dan tekan ia ke hadapan. Pastikan kepala tidak ke belakang dan kembali ke posisi tadi. Ulangi beberapa kali untuk beberapa saat.
5. Cantumkan hingga nampak jawline
Akhir sekali, kebelakangkan kepala anda dan buka mulut. Kemudian, cuba selarikan jawline anda dengan gerakkan bibir atas dan bawah anda. Lakukan untuk beberapa saat.
Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk anda mendapatkan result yang terbaik. Anda boleh melakukan di pejabat ataupun di mana sahaja anda berada. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penampilan pada wajah sama ada berjambang, berjanggut, bermisai atau ‘clean’ merupakan pilihan masing-masing. Setiap lelaki ada keselesaan sendiri dalam menentukan gaya penampilan wajah mereka. Namun tidak semua orang boleh ‘carry’ dengan setiap penampilan berbeza.
Sejak dari dahulu lagi lelaki yang mempunyai karakteristik ada rambut di wajah dianggap sebagai satu simbol kelelakian. Maka tidak hairanlah mengapa ramai wanita menganggap lelaki berpenampilan seperti ini sangat menarik di mata mereka.
Kali ini MASKULIN ingin perkatakan tentang penampilan lelaki bermisai. Sebut sahaja misai pasti ramai yang terbayang penampilan A.Galak dalam siri TV dan filem aksi ‘Gerak Khas.
Tidak ramai lelaki berani menyimpan misai dan bereksperimen dengan gayanya. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat ramai wanita yang suka kepada lelaki bermisai?
Berikut MASKULIN kongsi beberapa sebab mengapa dalam dia wanita sebenarnya suka lelaki bermisai.
ELEGAN
Lelaki bermisai boleh tampil lebih elegan dengan gaya pakaiannya yang tampak stailo. Misai mampu menjadikan lelaki nampak lebih sofistikated serta berkeyakinan tinggi. Ini salah satu karakteristik lelaki yang diidamkan oleh wanita.
LEBIH MATANG
Wanita mahu berdampingan dengan lelaki yang matang bukannya lelaki berlagak anak muda remaja yang nampak keanak-anakan. Dalam kebanyakan budaya misai dianggap sebagai simbol kematangan seorang lelaki.
Lihat sahajalah karakter-karakter lelaki macho di dalam filem. Ramai di antaranya bermisai dengan lagak sangat macho. Lelaki bermisai tidak perlu bekerja keras untuk tampak segak dan macho di hadapan wanita. Cukup sekadar mengukirkan satu senyuman manis. Pasti ramai hati yang berdebar kencang.
Seorang lelaki yang menjaga penampilan bermisai dengan baik secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang kemas. Biar nampak macam selekeh tapi sebenarnya lebih kemas berbanding orang lain.
DEFINISI KACAK
Bagi ramai wanita, lelaki bermisai membawa simbol kesuburan dan ketampanan. Misai juga menjadi indikasi bahawa seorang lelaki sudah berubah daripada remaja kepada lelaki dewasa. Jadi tidak hairanlah ramai yang mendifinisaikan lelaki bermisai sebagai kacak.
Buat anda yang ingin menyimpan misai, lakukanlah dengan baik. Penjagaan rapi boleh membawa imej yang sangat baik kepada anda. Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik gaya hidup lelaki terkini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dan mesin pencukur memang tidak boleh dipisahkan.
Selain digunakan untuk membuang kumis, misai, janggut atau jambang, mesin pencukur juga digunakan untuk memastikan wajah bersih daripada bulu yang tidak diingini.
Dan disebabkan itulah mesin pencukur ini menjadi antara barangan wajib ada dalam simpanan lelaki.
Untuk memudahkan kawalan dan penggunaan, sudah tentu anda ingin mencari mesin pencukur yang efisien dan dapat memberikan kepuasan berganda.
Pastinya anda rambang mata untuk memilih kerana terdapat pelbagai jenis mesin pencukur dengan macam-macam inovasi yang dijual di pasaran.
Untuk mendapatkan cukuran yang rapi, ini antara mesin pencukur yang boleh anda pilih.
PHILIPS PQ217
Anda akan tampil lebih berkeyakinan setiap hari apabila menggunakan alat pencukur elektrik ini. Ia akan memberikan anda pengalaman bercukur dengan lebih selesa dan tepat. Ketajaman pada bilah pisau alat pencukur ini akan memberikan anda prestasi yang hebat kerana boleh bertahan lama sehingga dua tahun. Sangat memudahkan penggunaan kerana boleh digunakan tanpa wayar dan anda hanya perlu mengecas semula bateri selama lapan jam untuk penggunaan selama 30 minit.
PANASONIC SHAVER CARD ES-RC20
Alat pencukur Foil Blade tunggal ini tampil dengan ukuran slim bersaiz kad nama. Ia digunakan untuk memotong rambut di bahagian dasar, bahkan pencukurannya lebih tepat dan bersih dalam waktu yang singkat. Mudah untuk disimpan kerana pencukur ini datang dalam beg kecil yang memudahkan penyimpanan. Hanya menggunakan dua bateri bersaiz AAA, anda boleh menggunakannya dalam perjalanan. Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.
FLYCO FS623
Alat pencukur elektrik ini sangat efisien untuk digunakan sama ada untuk cukuran pada janggut dan misai. Ia mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk memastikan penampilan wajah anda sentiasa kemas. Pada alat pencukur ini terdapat LED sebagai lampu indikator ketika mengecas untuk memudahkan anda mengetahui sama ada bateri sudah penuh. Mata pisaunya boleh dicuci setelah anda menggunakannya agar ia sentiasa bersih saat penyimpanan.
REMINGTON SMART EDGE XF8700
Ia menyediakan pencukur yang selesa pada tangan untuk penggunaan yang lancar dan memudahkan kawalan. Anda juga boleh menggunakan pencukur ini sama ada pada permukaan wajah yang basah ataupun kering, selain ia tidak menyebabkan kerengsaan pada wajah. Selepas penggunaan, anda boleh membersihkan pisau cukur dengan air paip tanpa sebarang masalah.
YOHOOLYO ELECTRIC SHAVER
Alat pencukur ini boleh membersihkan wajah sama ada menggunakan cukuran basah atau kering. Ia menggunakan bilah berbentuk U yang dapat mencukur secara menyeluruh dan rata.
BRAUN SERIES 9 9290CC
Alat pencukur elektrik yang tampil premium ini menawarkan pengalaman pisau cukur yang paling mewah dan efisien buat lelaki. Ia mempunyai lima alat pencukur untuk berfungsi untuk memotong rambut atau bulu-bulu pada wajah dengan fleksibel 10 arah. Cukuran akan menjadi lebih bersih dan rata dengan adanya teknologi getaran mikro khusus.
KEMEI KM-2024
Alat pencukur elektrik ini bersaiz kompak dan ringan serta mudah untuk dikendalikan. Ia mempunyai pisau berkembar yang boleh digunakan dalam keadaan basah dan kering, sesuai untuk merapikan wajah, leher, dagu serta rahang dengan lebih sempurna. Ia juga dapat menahan percikan air dari segala arah dan boleh dibersihkan selepas penggunaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.