Jangan Risau, Lelaki Juga Boleh Harungi Menopaus Seperti Wanita

Share

Menopaus seringkali berlaku terhadap wanita ketika mereka capai pada umur 50 tahun ke atas, dimana pada peringkat ini, proses haid pada wanita akan terhenti dan mereka akan mula berpenyakit dan pada peringkat ini penyakit akan mula membongkar dalam badan mereka. Dalam tidak sedar, sebenarnya lelaki juga akan melalui detik memopaus cuma cenderung mereka sedikit berbeza daripada wanita.

 

Apa itu Menopaus Lelaki?

Secara teknikalnya, lelaki tidak pernah menghadapi menopaus, tetapi ada perubahan khusus yang berlaku pada usia 50 tahun ke atas. Untuk wanita, kawalan utama berasal dari tahap estrogen, yang menurun secara berterusan selepas umur 45 tahun, yang akan cenderung kepada tahap terendah pada usia 55 tahun. Antara perkara yang dilalui adalah tidak betah dalam keadaan panas, keradangan pada tubuh badan, cepat berpeluh, kualiti kulit yang buruk, vagina kekeringan, dan penurunan libido. Simptom ini juga akan terjadi dalam kalangan lelaki, namun anda bernasib baik kerana, ia tidaklah seteruk wanita.

 

Apakah Simtom Lelaki Menopaus?

Sesetengah menggelarkan ia sebagai mati pucuk dimana alat kemaluan lelaki tidak lagi berfungsi pada sesetengah masa. Ini akan mengalami kesulitan pada anda ketika di atas katil. Dalam pada masa yang sana, rambut lelaki yang menghadpi pengalihan hormon inn akan mula keguguran rambut, masalah pada perlawasan kencing, mempunyai risiko kanser prostat yang lebih tinggi, kualiti kulit berkurangan, dan lelaki lebih cenderung ‘penat, dimana mereka juga mengalami penurunan kekuatan fizikal dan prestasi seksual.

 

Berhati-hati dengan tumbesaran prostat

Apabila lelaki masuk ke pertengahan 50-an, prostat akan membesar, yang boleh membawa kepada beberapa gejala menopaus lelaki. Saiz prostat dikawal oleh androgen, khususnya produk penukaran testosteron yang dipanggil 5-DHT. Melalui mekanisme yang kurang dikenali, turun naik dalam tahap DHT menyebabkan prostat mula berkembang sekitar 45 tahun.

Ini boleh membuatkan anda sukar untuk mengawal kencing anda. Jika anda sering melihat lelaki yang berusia tidak boleh mengawal kencing mereka dalam tempoh masa yang lama bermakna perubahan dalam saiz prostat sedang berlaku.

 

Perubahan pada tabiat sex anda

Prestasi seksual juga berkurangan, lelaki akan menghadapi cabaran untuk mendapatkan dan mengekalkan ereksi. Terdapat penurunan kekuatan fizikal dan menyerang sistem saraf yang bertanggungjawab untuk mengekalkan ereksi.

Hati turut memainkan peranan dalam hal ini dimana ia tidak boleh berfungsi dengan berkesan atas faktor usia. Hati diibaratkan seperti pam yang sama seperti mana-mana enjin kereta, ia akan menjadi kurang berkesan selaras dengan umur kereta tersebut. Ketika mekanisme degupan jantung lemah, ia akan menyukarkan proses peralihan darah pada zakar anda. Ini akan menyukarkan zakar anda mencapai tahap lebih keras pada ketika itu. Semua ini boleh menyumbang kepada sesi seks yang lebih pendek, dan masalah yang berpotensi dengan ejakulasi.

 

Cara merawat menopaus lelaki

 

Anda biasanya boleh merawat atau meminimumkan gejala menopaus lelaki. Rawatan yang paling biasa adalah untuk mengurangkan saiz prostat melalui penggunaan ubat-ubatan seperti inhibitor 5-alpha-reductase, yang membolehkan otot prostat berkurang. Sesetengah lelaki yang mengalami kesukaran dalam bilik tidur boleh mengambil makanan tambahan seperti Viagra, tetapi pastikan anda berunding dengan profesional perubatan sebelum anda makan.

Anda juga boleh mempertingkatkan aktiviti fizikal anda. Latihan fizikal menjadi saranan utama untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan stamina, supaya prestasi seksual anda dapat dikekalkan. Ini menunjukkan bahawa anda perlu berjalan dengan lebih banyak, pergi berjoging, atau cuba masuk mana-mana aktiviti larian yang dianjurkan.

Published by
Maiya Deen