Jangan Panik, Ini 4 Langkah Ketika Tayar Pecah!

Share

Kata orang malang tidak berbau. Kadang-kadang tengah sedap elok memandu tiba-tiba anda dikejutkan dengan satu bunyi letupan dan pemanduan anda secara tiba-tiba menjadi huru-hara. Rupanya tayar pecah anda meletup! Wuuuu cukup bahaya. Namun jangan panik atau menggelabah. Tenangkan fikiran anda. Ini ada beberapa cara untuk anda tangani masalah itu.

1) Jangan Terus Tekan Brake Pedal
Jangan terus menghentam pedal brek. Kebanyakan orang akan cenderung untuk menekan brek sepenuhnya (brek kecemasan) dalam keadaan kecemasan. Brek kecemasan adalah perkara yang paling teruk anda boleh lakukan dalam kejadian sebegini kerana ini akan menggangu arah kenderaan dan menjadikannya berada di luar kawalan. Anda boleh menggunakan ‘brek enjin’ dengan menurunkan gear kepada yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara ringan apabila kenderaan anda telah perlahan.

2) Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak
Jangan terus angkat kaki dari pedal minyak secara tiba-tiba. Tenangkan diri dan kekalkan pedal minyak untuk seketika, sebelum melepaskan ia beransur-ansur. Pergerakan kenderaan akan segera perlahan dan berhenti dengan lebih cepat selepas tayar meletop. Jika anda dalam kawalan pelayaran (auto-cruise), pastikan anda memadamkan fungsi ini.

3) Membelok stereng dengan banyak ia akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan
Saat kejadian kereta anda akan berasa ditarik ke arah tayar yang pecah. Cuba untuk memastikan arah kenderaan anda adalah lurus. Membelok stereng dengan banyak semasa kenderaan masih laju dan tayar pecah akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.

4) Hidupkan Lampu Kecemasan
Hidupkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada kenderaan sekeliling. Program kawalan kestabilan Kenderaan (contohnya ESP) dalam sistem sesebuah kenderaan juga adalah penyelamat dalam keadaan tayar yang pecah. Pertimbangkan ciri-ciri ini apabila merancang untuk membeli kereta anda yang seterusnya demi lebih ciri keselamatan.

BACA: Tukar Tayar Sebelum Terlambat, Ini 5 Cara Paling Mudah Pastikan Tayar Anda Selamat!

Tip Tambahan
Selain daripada perkara diatas jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kawan-kawan, saudara dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna iaitu tidak pancit.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang amat penting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan.

Ingat, keselamatan anda adalah yang utama. Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama.

Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.

Published by
L.A