Penat-penat buat kerja, tup-tup fail dalam pendrive kena virus. Aduh! Sapa yang tak sakit hati. Banyak benda penting pula dalam pendrive tu.

Jangan panik kerana ada cara mudah yang anda boleh buat kalau pendrive kena virus. Page Hafiz Glass Tint berkongsi cara-cara untuk anda dapat semula fail yang ada dalam pendrive tersebut.

Jom cuba 10 langkah yang dikongsikan ini.

BACA: 4 Punca Laptop Terpadam Dengan Sendiri & Cara Nak Atasi. Baca Info Yang Pakar Laptop Kongsi!

Pendrive kena virus? Habis hilang semua barang dalam pendrive? Pendrive ada isi tapi buka kosong je. Begini cara2 nya nak dapatkan balik. Ikut step2 pada gambar ni ikut turutan nombor.

1.) Mula2 dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdullillah tengok pendrive ada pada (H:) atau (G:) kalau kat (H:) kena ingt la H ye. Kalau G ingat la G.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

2.) Search taip ni C:\Windows\System32\cmd.exe lepas tu tekan Enter.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

IKLAN

3.) Gambar no.3 ni sama je dgn gambar no.2 nak bg nampak penuh je.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

4.) Lepas tekan Enter tadi pedepap benda hitam ni keluar dengan ayat sama macam tu. Jgn takut takde apa, takde rosak pc. Ini semua mainan dunia je.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Tip Apa Perlu Anda Buat Sebelum Jual Laptop @ Telefon Pintar

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

IKLAN

5.) Taip cd.. lepas pada ayat command C:\Windows\System32> tu ye. Lepas tu tekan Enter.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

6.) Pedepap lepas tekan enter tadi dia keluar lagi pendek dari ayat tadi. Ok ini sudah bagus. Memang ini yang kita mahu.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

7.) Taip lagi cd.. tekan Enter. Pedepap dia keluar tinggal C:\> je kan? Cantik memang dah betul sangat dah la tu.

IKLAN

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

8.) Tadi no.1 tadi dah pesan suruh ingat pendrive tadi kat H atau G kan? Jadi kalau dekat H maka taiplah h: dan tekan Enter.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

9.) Tu dia, dia dah bertukar dari C jadi H kan? Betul la tu.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

10.) Kemudian taip lah ayat ni lepas pada H:\> tu kasi taip ni attrib -s -h -r /s /d tekan Enter. Kemudian tunggu. Sampai dia keluar bawah tu H:\> kalau dah ada kasi padam pangkah je paparan hitam ni. Pergi My Computer buka la pendrive.

Jangan Panik! Ini 10 Cara Dapatkan Semula Fail, Kalau Pendrive Kena Virus

* Kongsikan pada rakan2 yang lain. Besar pahalanya. Kesian rakan2 punya kerja2 yang dah buat tapi hilang pula. Macam ni cara nak dapatkan balik semua nya. Mari mencuba.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI