Kisah tular jejaka berambut panjang yang suaranya begitu merdu ketika melontarkan ayat-ayat al-Quran sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat terhadap individu yang sengaja memilih untuk berimej selekeh. Siapa sangka dengan gayanya ala Bob Marley dan penampilan selekeh, ternyata miliki suara yang cukup merdu ketika mengimamkan jemaah ketika bersolat sehingga membuatkan warga internet terpukau.
Satu video yang diambil di sebuah musalla di Hotel Bidakara, Jakarta Selatan, lelaki yang dikenali sebagai Cupink Topan itu dirakam membacakan ayat suci Al-Quran ketika mengimamkan solat.Cupink Topan atau nama asalnya Sofyan Alop, merupakan pemuda berusia 32 tahun kelahiran Tidore, Maluku Utara.
Cupink Topan bukanlah nama asing lagi di dunia hiburan. Dia merupakan seorang pelakon aksi yang popular dengan filem ‘The Raid: Redemption (2011)”. Di dalam filem berkenaan, Cupink melakonkan sebagai salah seorang anggota Machete Gang. Watak itu dilihat sesuai dengan penampilan Cupink yang dilihat agak selekeh dan gaya rambutnya itu. Tetapi siapa sangka walau penampilan sebegini, dia mampu membacakan ayat Al-Quran dengan begitu indah sekali.
Sumber : Wanista