Kisah tular jejaka berambut panjang yang suaranya begitu merdu ketika melontarkan ayat-ayat al-Quran sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat terhadap individu yang sengaja memilih untuk berimej selekeh. Siapa sangka dengan gayanya ala Bob Marley dan penampilan selekeh, ternyata miliki suara yang cukup merdu ketika mengimamkan jemaah ketika bersolat sehingga membuatkan warga internet terpukau.
Satu video yang diambil di sebuah musalla di Hotel Bidakara, Jakarta Selatan, lelaki yang dikenali sebagai Cupink Topan itu dirakam membacakan ayat suci Al-Quran ketika mengimamkan solat.Cupink Topan atau nama asalnya Sofyan Alop, merupakan pemuda berusia 32 tahun kelahiran Tidore, Maluku Utara.
Cupink Topan bukanlah nama asing lagi di dunia hiburan. Dia merupakan seorang pelakon aksi yang popular dengan filem ‘The Raid: Redemption (2011)”. Di dalam filem berkenaan, Cupink melakonkan sebagai salah seorang anggota Machete Gang. Watak itu dilihat sesuai dengan penampilan Cupink yang dilihat agak selekeh dan gaya rambutnya itu. Tetapi siapa sangka walau penampilan sebegini, dia mampu membacakan ayat Al-Quran dengan begitu indah sekali.
Sumber : Wanista
https://www.facebook.com/iqchalcedony.obi/videos/332927560483457/
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kelajuan Internet Perlahan Tidak Seperti Langganan, Ini Cara Buat Aduan SKMM
Isi Kandungan
ToggleBagi kebanyakan daripada kita semua, mempunyai akses Internet yang stabil dan laju merupakan satu keperluan yang sangat penting. Apatah lagi sekarang ramai yang harus bekerja dari rumah berikutan penularan wabak Covid-19. Kelajuan Internet untuk melakukan tugasan kerja dari rumah memang sangat penting.
Namun bila berdepan situasi kelajuan Internet tidak seperti apa yang anda langgan dengan syarikat telekomunikasi, ia pastinya sangat mengecewakan. Lebih parah apabila masalah ini berlanjutan dalam tempoh masa yang lama.
Walhal setiap bulan anda membayar sejum;ah wang untuk servis kelajuan seperti yang dijanjikan. Akan tetapi apa yang diperolehi setiap hari berlainan sama sekali.
Jika masalah ini berlaku sekali-sekala mungkin kita boleh tutup sebelah mata. Tapi bagaiamana jika ia berlarutan. Komplen sudah dilakukan menerusi panggilan telefon tetapi ia masih tidak berubah.
Usah risau sebagai pengguna hak anda sebenarnya boleh dilindungi. Anda boleh lakukan aduan secara di atas talian kepada Suruhanjaja Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ikuti caranya di bawah:
Pertama sekali kita kenali dahulu sedikit sebanyak Sistem Aduan SKMM atau MCMC.
Sistem Aduan MCMC adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor Komunikasi dan:
- Telekomunikasi
- Penyiaran
- Perkhidmatan Pos/kurier
- Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)
LAMAN SESAWANG
Untuk melakukan aduan pertama sekali anda harus layari laman sesawang https://aduan.skmm.gov.my/. Di paparan hadapan, pilih ‘Aduan Baru’ dan tekan.
PILIH JENIS ADUAN
Selepas itu anda harus isikan pilihan ikut masalah dan jenis perkhidmatan yang digunakan. Sebagai contoh anda ingin membuat aduan atau komplen.
Pilih jenis aduan ‘Complaint’. Bagi perkhidmatan pula jenis talian Internet yang anda gunakan. Dalam kes ini mungkin anda menggunakan ‘High Speed Boradband’. Pilih nama pembekal talian Internet anda sekali.
BACA: Guna Telefon Pintar Lebih Lama, Lebih Tinggi Potensi Berat Badan Naik!
MAKLUMAT PERIBADI
Kemudian isikan maklumat peribadi anda berserta nombor kad pengenalan, nombor telefon, alat dan paling penting e-mel.
Huraikan masalah anda hadapi dengan baik diruangan yang disediakan. Aduan hendaklah padat dan jelas serta tidak meleret.
BUKTI SOKONGAN
Di bahagian akhir sekali, anda boleh muat naik bukti kelajuan Internet anda tidak seperti yang dijanjikan. Muat naik printscreen speed test yang anda lakukan di ruangan attachment.
Akhir sekali anda harus sahkan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan kemudian tekan butang Hantar/Submit.
Pihak SKMM akan hubungi anda dalam masa yang terdekat. Besar kemungkinan dalam tempoh 48 jam.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda semua.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ketawa Bukan Saja Baik Untuk Kesihatan Badan , Bahkan Mampu Buat Diri Lebih Menarik & Tertarik
Isi Kandungan
ToggleKita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. Ketawa merupakan satu ekspresi dalam diri seseorang bagi meluahkan rasa bahagia, seronok dan gembira yang ingin dikongsikan.
Walau bagaimanapun, ketawa bukanlah hanya satu ekspresi yang ada dalam diri manusia malah ketawa juga boleh merangsang serta memberi kesan positiviti dalam diri seseorang.
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.
1. Ketawa memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan
Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.
Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekali gus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.
Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia. Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.
2. Ketawa dapat mengukuhkan lagi hubungan anda
Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu. Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.
Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda. Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.
3. Ketawa boleh mengubah persepsi dalam kehidupan
Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan. Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara. Ia juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.
Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.
4. Ketawa akan membuatkan anda lebih tertarik
Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah. Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi. Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.
Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Keluar Dari Kesempitan Hidup Dengan 2 Amalan Rasulullah Ini, Tetapi Tak Ramai Yang Amalkan & Tahu
Isi Kandungan
ToggleRupanya ada 2 rahsia amalan Rasulullah SAW yang membantu anda keluar dari kesempitan hidup.
Setiap rezeki ini sebenarnya atas sandaran dan keberkatan dariNya. Video yang dikongsikan oleh Penerbit, Content Creator, Vlogger, Sujimy Mohamad yang menemubual Ustaz Hasbi Hassan, Presiden Singapore Islamic Scholars & Religious Teachers Association (PERGAS) menghadiahkan amalan untuk membantu seseorang keluar dari segala kesempitan hidup malah dilapangkan rezekinya. Insya-Allah.
Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.
1. Beri Salam
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.
“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”
Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.
“Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”
2. Baca Surah Al-Ikhlas
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.
Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas,
1 kali – Dirinya akan diberkati.
2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.
3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.
“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”
Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah SAW
Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.
Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.
Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.
Perubahan Hidup Seseorang Dari Seberang Tambak
Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.
Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.
Sumber : Pen hitam.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI