Kita semua harus akui kehidupan harian kini sudah berbeza daripada dahulu. Berbeza sebelum meletusnya pandemik yang telah meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia sejak tahun lalu.
Jadi tidak hairanlah pelbagai cara diambil oleh pelbagai pihak untuk mengubati wabak yang disebabkan oleh virus merbahaya ini. Jika sekadar mengambil bahan semula jadi yang tidak merbahaya tidak mengapa, tetapi ada juga yang menggunakan cara bahaya.
Beberapa hari lalu telah tular satu video seorang warga emas meminum minuman yang dicampur dengan cecair peluntur! Melihat sendiri aksi yang tidak masuk akal itu cukup mengejutkan ramai pihak termasuk kami di MASKULIN.
Kaedah meminum cecair peluntur ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana sebelum ini ia telah tersebar di beberapa negara. Malah kontroversi turut melanda bekas Presiden AS, Donald Trump yang tersilap menyarankan meminum cecair peluntur kerana kononnya mampu membunuh virus tersebut.
Sedangkan ia boleh membawa kesan sangat buruk kepada sesiapa sahaja yang melakukan perkara demikian. Tahun lalu perkara ini juga telah dibangkitkan oleh Public Health Malaysia (PHM) akan bahaya meminum cecair peluntur yang disahkan hanyalah mitos untuk mencegah wabak tersebut.
Jelas PHM, erdapat kes keracunan melibatkan cecair mengandungi HIDROGEN HYPOCHLORITE yang sengaja diminum akibat kepercayaan bahawa ia dapat mencegah beliau daripada dijangkiti COVID19.
Ads
Dalam kes tersebut, Hidrogen Hypochlorite yang dicairkan diminum selama 5 hari berturut-turut. Akibatnya, beliau mengalami kerengsaan pada tekak.
.
Hidrogen Hypochlorite adalah salah satu disinfektan yang digunakan untuk membasmi kuman dan virus di permukaan terutamanya permukaan barang atau kawasan yang sering disentuh pada kadar pencairan dan kaedah yang ditetapkan.
TETAPI ia TIDAK BOLEH digunakan dengan cara MEMINUM atau MENYEMBUR secara terus kepada manusia!
Ads
KESAN BAHAYA BAHAN INI
Kesan terbakar yang teruk pada saluran pemakanan serta pendarahan dalam perut
Di dalam salur darah, Hidrogen Hypochlorite boleh membentuk gelembung gas dan menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti sawan, serangan jantung dan boleh mengakibatkan kematian.
Sekiranya dihidu pada kepekatan yang tinggi, Hidrogen Peroksida boleh mengakibatkan kerengsaan yang teruk pada saluran pernafasan.
Pendedahan kepada mata atau kulit boleh menyebabkan kesan terbakar bergantung pada kepekatan dan jumlah pendedahan.
Kredit: Public Health Malaysia
Jadi MASKULIN nasihatkan anda jangan percaya akan kaedah yang tidak disarankan oleh mana-mana pakar perubatan. Apatah lagi kaedah meminum bahan beracun seperti ini!
Kredit:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tiada siapa yang ingin mendengar tentang hakikat ini, namun pada hakikatnya apabila semakin umur kita bertambah, begitu juga dengan berat badan kita.
Walaupun begitu, terdapat beberapa nutrisi mikro dalam beberapa buah-buahan yang tertentu boleh membantu menghalang peningkatan berat badan anda dengan begitu berkesan.
Perubahan kecil seperti menambahkan beberapa biji buah beri ke dalam menu harian anda boleh memberikan kesan yang besar untuk jangkamasa yang panjang.
Flavonoid yang digelar anthocyanin merupakan antioksidan yang cukup berkuasa untuk membasmi kanser, sakit jantung dan keradangan.
Percaya atau tidak beri biru yang sejuk beku memiliki lebih dari dua kali ganda kadar anthocyanin dan ia boleh membantu anda mendapat berat yang seimbang.
Flavonoid polimer yang terkandung di dalam epal merah memiliki enzim yang boleh memecahkan gula ringkas di mana daripada menyimpannya di dalam badan sebagai lemak, ia dibuang terus dari sistem.
Pectin – salah satu bentuk fiber yang terkandung di dalam epal juga boleh membantu menurunkan tahap lemak yang berada di dalam darah.
Seperti uga epal merah, buah pir juga mengandungi sumber pectin yang cukup baik. Malah ia juga kaya dengan flavonol dan flavan-3-ols yang membantu mengawal peningkatan berat badan dan diabetes tahap 2.
Salah satu sebab adalah kerana buah pir memberikan anda suku daripada keperluan fiber harian anda. Ini boleh menolong anda menurunkan berat badan anda dengan berkesan.
Buah strawberi memiliki lebih dari satu sumber antioksidan, ia menawarkan khasiat dari anthocyanin dan juga flavonol.
Pengambilan strawberi mengikut kajian membuktikan bahawa ia boleh mengurangkan keradangan dan kenaikan gula dalam darah yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Budaya ‘tak kisah’ ini bukan suatu perkara yang luar biasa. Kata-kata “Ada aku kisah?” sudah menjadi suatu yang sangat biasa dalam kalangan orang muda sekarang. Pada yang lebih dewasa pula, mereka mungkin cenderung kepada sikap ‘tidak ambil kisah’ kerana pelbagai punca dan tekanan sekitar.
Namun sebenarnya tanpa kita sedar, disebabkan sikap “Why should I care what other people think of me?” itulah yang menyuburkan sikap keakuan dan mementingkan diri sendiri. Ramai orang tidak kisah lagi dengan pendapat orang lain kerana merasakan itu semua tidak penting. Malah ada yang ambil sikap tak mahu kisah dengan orang lain hatta apabila melihat maksiat berlaku depan mata.
Kata ‘kisah’ ini merujuk pada peduli, prihatin dan ambil tahu. Secara tidak langsung, mengajak kita supaya mengasihi saudara seIslam yang lain. Salah satu syarat bagi mendapat keredaan Allah adalah dengan mengasihi saudara seagamanya seperti ditegaskan hadis, Daripada Abu Hamzah, Anas Ibn Malik, Nabi bersabda, “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terdapat budaya ‘tak kisah’ yang positif dan ada budaya ‘tak kisah’ yang negatif. Terpulanglah bagaimana kita memberikan tanggapan kepada sesuatu isu berdasarkan prinsip, etika, kebiasaan dan amalan masyarakat. Berikut beberapa perkara mengenai budaya ‘tak kisah’ yang boleh kita fikirkan bersama-sama:
Positifnya budaya tak kisah, apabila kita mengambil pendekatan bersederhana dalam hidup dan tidak mendesak diri untuk mencapai sesuatu yang di luar jangkaan. Kita mungkin ketua dalam organisasi besar tetapi tak kisah untuk sama-sama berada bersama orang bawahan mendengar masalah dan luahan hati mereka. Kita barangkali orang yang dikategorikan berjaya dalam kelas tersendiri tetapi tak kisah berkongsi tip kejayaan kita dengan orang lain.
Kita juga mungkin orang yang murah rezeki tetapi tak kisah untuk berbahagi rezeki dengan orang yang memerlukan. Kita juga mungkin individu yang dihormati dan ada kedudukan dalam masyarakat, tetapi tak kisah dengan segala kekurangan dan protokol, tak kisah jika tiada hamparan karpet merah atau juadah ikut selera sendiri.
Sikap ‘tak kisah’ dalam konteks ini bermakna kita tak cerewet, tak mengada-ada dan boleh bertolak ansur. Tentunya ini akan memberikan kesan yang positif pada kita juga. Kita akan lebih dihormati dan dikagumi dalam kalangan masyarakat. Kepimpinan, kredibiliti dan usaha kita akan lebih diyakini dan diterima ramai kerana kita menunjukkan sikap merendah diri dan ikhlas secara tidak langsung.
Ada yang bersikap tak kisah kononnya kerana tidak mahu ambil tahu hal orang. Lalu dia tak kisah apa yang berlaku sekitarnya; kematian jiran tetangga, kenduri-kendara atau kerja kemasyarakatan. Malah dia tak kisah apabila melihat kemungkaran berlaku depan mata, tidak ada inisiatif untuk menegur atau membetulkan keadaan. Prinsip ‘tak kisah’nya kerana (kononnya) tidak mahu menjaga tepi kain orang, kerana sibuk uruskan hal sendiri dan tiada masa untuk ambil tahu hal orang.
Sikap ini sudah tentulah bertentangan pesanan Rasulullah yang menyuruh kita agar membetulkan kesumbangan yang berlaku dengan apa cara sekali pun, yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri. Rasulullah berpesan, “Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim)
Sikap ambil kisah tidak semestinya dengan memberi nasihat orang yang berkenaan tetapi juga melalui perbuatan yang baik, yang dapat menunjukkan seseorang jalan yang lurus. Nasihat yang baik adalah nasihat yang diberikan secara tidak langsung, yang tidak menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang yang dinasihati.
Kita perlu tahu keutamaan, tahu yang mana perlu ambil kisah dan yang mana tak perlu kisah. Ada orang yang terlalu tak kisah akan pandangan orang terhadapnya, sedangkan dia pun tahu bahawa sikapnya sendiri tidaklah sebaik mana dan langsung tidak boleh dicontohi. Namun kerana sikap tak kisahnya itu, dia abaikan teguran dan pandangan orang lain.
Ada orang pula yang terlalu ambil kisah akan pandangan orang terhadapnya sehingga pendapat yang remeh-temeh juga dipandang serius, seterusnya membebankan dirinya sendiri. Pandang dahulu yang bercakap itu, adakah dia ikhlas hendak membetulkan, atau sekadar mahu mempermainkan atau dia memang cemburu?
Sikap terlalu sensitive kepada kata-kata orang juga boleh memakan dan menyusahkan diri sendiri. Oleh itu, kita sendiri perlu tahu mana yang harus diutamakan kerana tidak semuanya perlu kita ambil tahu. Ambil yang baik sahaja, yang boleh membantu memperbaiki kekurangan diri kita. Yang tidak baik dan tidak sesuai, elok sisihkan sahaja daripada hati dan tak perlu ambil kisah.
Walaupun kita sendiri mungkin mengamalkan sikap ‘tak kisah’, namun tidak wajar kita membuat andaian orang lain juga tak kisah. Katakan, kita sudah terbiasa bergurau cara kasar dan orang yang biasa dengan kita tak kisah dengan cara kita, namun cara itu tidak wajar kita teruskan apabila berada dengan orang yang baru kita kenali atau jarang-jarang kita jumpa.
Begitu juga dalam pergaulan, kita selalu menganggap kawan kita tak kisah dengan apa yang kita tuturkan kepadanya. Kita tak kisah perasaannya yang barangkali tersinggung atau terluka dengan kata-kata kita. Dalam keluarga, kadangkala kita mengabaikan perasaan ibu bapa, pasangan, dan anak-anak, kerana kita menganggap mereka tak kisah. Mereka mungkin tidak merungut atau tidak menegur tetapi itu tidak bermakna mereka tak kisah.
Oleh itu, kita jangan lupa, bahawa orang lain mungkin dapat melupakan apa yang kita cakap, orang mungkin dapat lupakan apa yang kita sudah buat tetapi mereka tidak mungkin lupa perasaan mereka yang tercalar akibat cakap dan perbuatan kita.
Budaya peduli dan prihatin sewajarnya bermula dari rumah dan keluarga sendiri. Orang yang lebih tua sepatutnya mengambil tugas berkenaan. Agak malanglah jika orang yang lebih tua sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik. Contohnya, orang yang lebih tua pun tidak bercakap sopan dengan anak-anak, tidak berpakaian sempurna, malah ada ibu bapa tidak kisah anak-anak balik lewat malam dan ke sana ke mari dengan teman wanita atau teman lelaki masing-masing.
Alangkah eloknya jika ibu bapa atau orang lebih tua dapat menunjukkan contoh teladan melalui interaksi yang baik, aktiviti berjemaah dan bertolak ansur. Bermula dari rumah, dengan didikan ibu bapa serta orang yang lebih tua, nilai ‘ambil kisah’ dapat dipupuk dalam diri dan sekali gus dapat menangkis sikap ‘tak kisah’ yang jadi sebahagian mentaliti kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
12 Idea makanan sihat Yang tidka buat badan anda gemuk!
Sudah larut malam, tapi perut terasa berkeroncong? Atau ketika berada di pejabat, tapi jam untuk makan tengah hari masih lama, lalu lapar mendera? Ingin makan makanan ringan, tapi takut gemuk. Jangan panik atau bingung, Anda boleh mengatasinya dengan membuat makanan ringan sendiri. Makanan ringan pada ketika waktu kerja atau larut malam boleh menjadi penahan lapar sebelum waktu makan utama atau sebelum tidur. Tetapi hati-hati, jika tidak bijak memilih bahan-bahannya, bakal menggagalkan diet anda.
Sekarang masanya mengambil langkah bijak dengan memilih dan menyiapkan sendiri makanan ringan anda. Selain tidak menggemukkan, makanan ringan pilihan ini dapat menjadi sumber gizi tubuh.
Kacang-kacangan
Kacang almond dapat menjadi makanan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana, selain kaya protein dan serat. Selain itu, edamame dapat menjadi pilihan yang menyegarkan. Setengah cangkir edamame mengandungi 4 gram serat dan 8 gram protein, serta zat besi.
Puding rendah lemak
Buat sendiri puding dengan rasa kesukaan tersendiri yang kaya akan serat tanpa tambahan susu dan gula berlebihan.
Popcorn
Pilih popcorn mentah dengan label rendah lemak dan tanpa rasa. Masak popcorn dalam microwave bersama minyak tanpa menambahkan bahan apa pun, seperti karamel ataupun mentega. Anda dapat menambahkan sedikit saja mentega tanpa lemak trans. Jika suka pedas, anda boleh menambahkan sedikit serbuk cili. Ketahuilah bahawa popcorn tanpa tambahan mentega atau gula mengandungi serat tinggi yang sangat bermanfaat bagi pencernaan.
Biskutdan keju
Pilih biskut yang mengandungi biji-bijian utuh (seperti gandum utuh) dan rendah lemak. Anda boleh tambah dengan keju parut atau krim keju rendah lemak secukupnya.
Cereal
Cereal dapat menjadi pilihan makanan ringan sihat, terutama yang kaya serat dan rendah kadar gula.
Yogurt dan buah
Pilih yogurt tanpa rasa dan konsumsi bersama potongan buah. Makanan ringan ini dapat menjadi sumber kalsium yang lazat dan kaya manfaat. Anda juga dapat mencampurkan bahan-bahan sihat lain seperti biji bunga matahari.
Sayuran
Tidak hanya menjadi makanan utama, sayuran juga dapat menjadi makanan ringan, seperti dikukus dan dipotong-potong kecil atau hirisan paprika.
Panggang dua lembar roti tawar yang terbuat dari biji-bijian (misalnya gandum ), isi dengan tomato yang dipotong-potong dadu dan keju parut rendah lemak. Boleh juga ditambahkan dengan bawang bombay yang di cincang.
Salmon gulung keju
Sediakan empat lembar salmon. Lapisi dengan krim keju rendah lemak, kemudian gulung.
Smoothies/milkshake pisang
Smoothies dan milkshake dapat dikategorikan sebagai minuman sekali gus makanan ringan kerana teksturnya yang lebih kental daripada jus dan minuman lain pada umumnya. Kisar pisang bersama dengan susu rendah lemak. Jika suka, tambahkan serbuk kayu manis. Selain mengenyangkan, milkshake penuh dengan tenaga.
Ais krim
Ais krim memang tidak tepat untuk dijadikan makanan ringan sehari-hari, tetapi memilih ais krim rendah lemak ialah pilihan yang tepat dan menyenangkan, terutama jika dinikmati di siang hari yang panas.
Jika anda tidak punya cukup waktu untuk membuat makanan ringan dan hanya ingin membelinya di pasar raya, setidaknya pilihlah produk makanan dengan kriteria sebagai berikut.
Melengkapi standard makanan yang sihat, anda boleh menyiapkan yogurt, susu dan keju rendah lemak serta biskut yang kaya serat di dapur rumah atau di laci di pejabat. Bahan-bahan ini dapat dipadukan dengan mudah dengan berbagai-bagai buah-buahan menjadi makanan ringan sihat. Akhir sekali, selalu sediakan air minum di meja pejabat kerana sering kali perut anda sebenarnya tidak selalu perlu makanan ringan, melainkan perlukan cukup air putih saja.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.