Apa yang penting ialah mewujudkan tabiat merancang kewangan sejak mula mendapat pendapatan.
Anda boleh mulakan dengan meyimpan sedikit wang mengikut status kewangan anda.
Walaupun anda berjaya menyimpan hanya sedikit, yakinlah jika anda istiqomah, anda akan merasai hasilnya nanti. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Persoalannya, bagaimana untuk kita mengelakan situasi tiada wang, hutang yang banyak atau diistiharkan muflis? Ikuti 10 tips mudah atasi masalah tiada duit
#1: Berbelanja kurang daripada pendapatan
Walaupun teorinya nampak mudah, namun ramai yang terperangkap dengan hutang akibat terlebih berbelanja. Dengan mengurangkan perbelanjaan, anda akan lihat status kewangan anda menjadi lebih baik dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kehidupan anda. Amalkan beberapa tips berikut:
#3: Berbincang soal kewangan
Adakah anda termasuk di kalangan meraka yang membeli sesuatu kerana nak “impress” orang lain? Dek kerana tidak sanggup menerima sindiran akibat kita tidak mengikut trend atau tidak diterima di kalangan rakan-rakan kita. Jangan sampai kita terperangkap dalam hutang kerana berbelanja melebihi kemampuan kita semata-mata ingin dilihat “cool” di mata orang lain.
#5: “Do it yourself”
Di dalam islam, kita diterapkan dengan konsep hari esok lebih baik daripda hari ini. Konsep “continuos improvement” ini penting untuk survival kita di kemudian hari. Laburkan sebahagian masa dan wang anda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, kesihatan serta hubungan dengan Allah dan Manusia
#7: Sentiasa pantau perkembangan anda
#8: Bina “networking”
Antara kata-kata Robert Kiyosaki yang menarik perhatian saya ialah “The richest people in the world look for and build NETWORK. Everyone else looks for work”. Jadi, “networking” atau jaringan adalah penting dalam perjalanan kita menuju kebebasan kewangan.
#9: Mulakan bisnes sampingan
Cuba memulakan projek bisnes secara “part-time” atau pendapatan pasif untuk menambahkan pendapatan anda. Lihat diri anda dan cari kemahiran, pengetahuan atau sumber yang anda miliki yang boleh menjana pendapatan.
#10: Sedekah membawa berkah
Bila anda bersedekah secara ikhlas, insyaAllah pulangan lumayan menanti anda samada di dunia atau di akhirat. Pastikan anda peruntukkan minimum 5% daripada pendapatan anda untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan.