Kalau anda jenis yang liat untuk membersihkan muka. Anda perlu ubah tabiat buruk anda itu.
Kajian menunjukkan cara terbaik untuk mengawal minyak berlebihan adalah dengan membersih dan memastikan wajah bersih pada setiap masa. Penting untuk membersihkan muka 2-3 kali sehari untuk mencegah liang tersumbat, jerawat dan sebagainya.
Carilah pembersih muka yang bebas minyak. Sabun berubat juga berguna untuk membersihkan kulit berminyak. Bagaimanapun, jangan membersihkan muka dengan kasar kerana ini akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak.
Carilah produk yang mengandungi satu atau lebih bahan-bahan ini:
Salicylic Acid, Tea tree oil, Neem, Turmeric dan madu.
Adalah penting untuk memastikan kulit berminyak mengelupas sebanyak satu atau dua kali seminggu. Ini merupakan salah satu tips penting. Sebum berlebihan mengakibatkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit sekaligus menyebabkannya berjerawat, bintik hitam atau putih dan kulit menjadi kusam.
Untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati ini dan dalam masa yang sama memperbaharui permukaan kulit anda, menyental muka dengan skrub perlu dijadikan sebahagian rutin dalam penjagaan kulit. Sekali lagi diingatkan, kita perlu menyental wajah dengan lembut dan bukan dengan cara yang keras.
Selepas menggunakan skrub, ia perlu disusuli pula dengan penggunaan topeng muka (face mask). Topeng muka ini perlu dibuat secara mingguan bagi kesan yang optimum.
Kita boleh mendapatkan topeng muka yang mengandungi tanah liat seperti kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.
Kita juga boleh buat sendiri topeng muka menggunakan bahan semulajadi berikut seperti:
Seterusnya adalah amat mudah iaitu menggunakan toner tanpa alkohol untuk membersihkan kulit muka secara konsisten pada tiap-tiap hari.
Ia dapat membantu dalam menghilangkan minyak yang berlebihan sekaligus membuang kotoran degil dari kulit kita. Pastikan jenama toner yang digunakan adalah bebas alkohol untuk kesan yang terbaik mengawal sebum dan tidak merosakkan kulit.
Kepercayaan yang popular di luar sana bahawa kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Namun begitu, ia sebenarnya adalah sebaliknya.
Kulit berminyak memerlukan pelembap dan hidrasi kerana pengelupasan kulit akan menyebabkan kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengganti minyak yang telah dibuang.
Namun, kita mesti pastikan pelembap muka yang digunakan mestilah berasaskan air dan bebas minyak.
Ramai lelaki yang mempunyai masalah kulit berminyak tidak mahu atau takut untuk memakai krim pelindung matahari kerana berasa bimbang wajah kelihatan berminyak dan tidak menarik.
Akhirnya, timbul masalah lain seperti berjeragat, berjerawat, pigmentasi dan lain-lain akibat daripada kesan pancaran matahari ke atas kulit. Pilihlah krim pelindung sinaran matahari yang berasaskan gel agar kulit muka anda dapat dilindungi dari sinar ultra ungu.
Tinggalkan makanan manis dan makanan ringan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membuang toksin.
Jangan lupa untuk makan sekurang-kurangnya sebiji buah-buahan setiap hari dan sayur-sayuran hijau dalam diet kita. Semua ini akan membantu untuk mengawal pengeluaran minyak oleh kulit supaya tidak berlebihan.