INI 5 KELEBIHAN JIKA ANDA KURANG MANDI DENGAN AIR PANAS, CUBA AMALKAN MANDI DENGAN AIR SEJUK SETIAP PAGI UNTUK LEBIH CERGAS DAN SIHAT
MEMBAKAR LEMAK DALAM TUBUH
Lemak putih adalah lemak jahat dan lemak coklat adalah sebaliknya. Fungsi lemak coklat adalah untuk menyebarkan panas dalam tubuh agar tubuh sentiasa hangat. Jika anda mandi dengan air sejuk, lemak ini akan aktif (lemak coklat aktif bila terkena suhu yang sejuk), akhirnya lemak ini akan membakar kalori untuk membuatkan tubuh anda tetap hangat. Dengan kata lain, ianya membantu anda untuk menurunkan berat badan tanpa sebarang pil diet.
MENGEMBALIKAN STAMINA TUBUH SETELAH BERSENAM
Para Atlit akan mandi dengan air air untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh. Untuk anda yang baru melakukan senaman, mandi dengan air sejuk mampu mengembalikan stamina tubuh anda
Ads
MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI
Mandi dengan air sejuk di waktu pagi mampu mengelakkan anda berasa ngantuk sepanjang hari. Ketika tubuh anda terkena air sejuk di waktu pagi, anda akan bernafas lebih dalam. Kesan dari tindakan itu, degupan jantung anda akan meningkat dan membuatkan aliran darah anda lancar dan anda akan berasa bertenaga sepanjang hari.
Ads
MENINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH DAN MELANCARKAN ALIRAN DARAH
Mandi dengan air sejuk mampu meningkatkan metabolisme tubuh anda dan mampu mengaktifkan sistem kekebalan tubuh anda. Mandi dengan air sejuk juga mampu melancarkan aliran darah anda sekali gus mengelakkan anda terkena penyakit saluran darah tersumbat.
Ads
MEMILIKI RAMBUT DAN KULIT YANG LEBIH CANTIK
Jika anda ingin memiliki kulit cantik dan bebas jerawat, mandilah dengan air sejuk. Air panas membuatkan kulit anda kering manakala air sejuk mampu mengecilkan liang kulit hingga dapat mencegah terjadinya jerawat. Jika anda membasuh kepala dengan air sejuk, kulit kepala akan menutup dan menghalang sebarang kotoran untuk berkumpul di kulit kepala anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti korang fikir kalu nak kurus kena berdiet kan. Bila berdiet mesti kurus.Ini salah besar okay! Berdiet bukan sesuatu yang mudah dan kadang-kala ia berakhir di tengah jalan begitu saja belum sempat korang nak kurus pun.
Percaya tak jika kami katakan bahawa bersukan lebih efektif dan berkesan berbanding diet? Ini antara sebab kenapa bersukan lebih baik dan berkesan dari berdiet!
1.Anda menjadi lebih sihat
Pakar kesihatan mendedahkan, diet boleh menyebabkan perkara bahaya seperti anoreksia atau bulimia. Bersukan memang memenatkan tapi, kesan positifnya bukan sahaja boleh menurunkan berat badan, malah jantung juga lebih sihat.
2. Membakar kalori lebih banyak
Berlapar bukannya jalan terbaik untuk mengurangkan kalori. Hanya bersukan sahaja yang mampu membakar kalori dan buatkan tubuh tetap sihat.
3. Anda boleh makan apa saja
Kalau berdiet, itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Jika anda bersukan dengan rutin, anda boleh makan banyak mana pun asalkan ianya makanan yang sihat.
4. Memenuhi semua nutrisi yang anda perlukan
Bila berdiet, anda perlu pantang macam-macam jenis makanan. Jika anda teruskan, anda boleh makan apa saja untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.
5. Hasil diet & bersukan jauh berbeza
Diet memang buatkan anda kurus, tapi dengan bersukan, badan anda bukan sahaja langsing, malah terbentuk cantik dan tak menggeleber.
6. Bersukan buatkan anda lebih yakin
Walaupun berdiet boleh buatkan anda kurus, tapi anda tetap rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Berbeza dengan bersukan, ia buatkan anda otak lebih cergas dan anda lebih yakin dengan tubuh badan anda.
Sumber : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan mudah untuk mengawal pemakanan agar perut kekal langsing dan sihat, namun di sebalik itu terdapat pelbagai halangan yang harus ditempuh. Ini adalah di antara 5 situasi dan perkara yang harus anda elakkan. Perut buncit adalah sarang penyakit.
1. Kerap minum air bikarbonat
Ramai orang yang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat. Ia sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam minuman berkenaan, cuma hanya menambah air kosong, tidak akan memberi kesan kepada kandungan gula yang diambil. Kita juga akan terdedah kepada diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.
Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.
Satu tin air berkarbonat, mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan. Islam menegah kita daripada berlebih-lebihan dalam sebarang perbuatan, termasuk makan dan minum.
2. Makan ketika emosi tidak stabil
Anda mungkin sudah biasa dengan istilah emotional eating, suatu keadaan di mana hasrat untuk makan dikawal oleh emosi yang tidak stabil. Jarang rasanya seseorang itu melampiaskan kemarahan atau emosinya melalui makanan. Bahkan, ketika tidak merasa lapar pun, hasrat untuk makan seringkali muncul saat emosi sedang tidak stabil, termasuklah jika anda baru sahaja berselar seorang ibu. Berdasarkan laporan dari Government Equalities Office, tekanan yang diterima oleh para ibu yang baru melahirkan anak turut mampu memengaruhi pola pemakanan mereka.
Kebanyakan orang merasakan bahawa untuk melupakan stres salah satu caranya adalah dengan makan secara berlebihan. Tanpa disedari, tabiat atau kebiasaan makan seperti ini akan menjadikan seseorang itu untuk makan mengikut emosinya. Mereka merasakan bahawa makanan adalah satu-satunya jalan keluar untuk melupakan marah, sedih atau tertekan.
3. Kekurangan protein
Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh kita. Kesemua sel terbentuk hasil dari nutrien protein yang diambil. Kekurangan protein akan menyebabkan sistem badan dan sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Apa kaitannya perut buncit dengan kekurangan protein? Salah satu sebab perut menjadi buncit akibat pengumpulan bendalir tisu.
Protein juga dapat membantu tubuh mengawal hormon yang boleh meningkatkan nafsu makan. Anda boleh mendapatkan sumber protein dari daging, kerang, daging ayam (tanpa kulit), ikan salmon, dan telur. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah sumber protein yang mencukupi. Jika pengambilan yang berlebihan juga tidak elok. Jadi berpada-padalah. Lebih baik jika sumber protein itu diambil dari bahan organik yang bukan sahaja selamat, malah membantu kehidupan anda yang lebih sihat.
4. Makan larut malam
Makan larut malam menjadi salah satu penyebab perut buncit. Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana ketika kita tidur dengan perut kenyang maka akan berlakunya acid reflux atau gangguan pencernaan kerana posisi tidur tidak dapat bekerja dengan lancar atau membuatkan makanan tersebut dicerna dengan baik.
Jadi, caranya adalah dengan mengelakkan dari mengambil makanan dalam porsi atau kuantiti yang terlalu besar ketika malam. Jangan tidur setelah makan, sebaiknya tunggu antara 1 hingga 3 jam setelah makan.Sekiranya anda berasa lapar ketika lewat malam, sebaik-baiknya cukup dengan menikmati buah-buahan segar daripada mengambil makanan junk food atau makanan yang diproses (cepat saji).
5. Merokok
Amalanyang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara seorang lelaki membawa diri. Dia perlu tahu apa yang dia mahukan dalam hidup.
Bila bermula
Bermula sejak lapan tahun yang lalu. Saya melakukan aktiviti kecergasan bagi meningkatkan stamina dan prestasi sukan. Saya sangat aktif dengan sukan kayak, di mana saya selalu memasuki pertandingan yang berkaitan sukan ini seperti kayak sprint 500m dan kayak marathon. Syukur saya berhasil memenangi acara kayak 500m Double sebagai johan pada tahun 2008. Saya juga mendapat tempat ke-8 Men Physique kategori 170cm ke-atas semasa Battle of The Freak, lewat Disember, 2015.
RUTIN HARIAN
7 am – Sarapan Oatmeal + 5 biji telur
8 am – Kardio (40 minit)
9 am – Protein shake
12 noon – Ayam kukus bersama brokoli + kentang lecek
3pm – Almond/Kekacang
5pm – Weight training
6pm – Protein shake
8pm – Grill Fish bersama bayam
AWARENESS
80% peratus hasil kecergasan kamu datang dari cara pemakanan kamu. Senaman dan diet yang seimbang boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan. Kamu tidak boleh bersenam dengan corak pemakanan yang salah. Harus selalu ingat, kecergasan bukan semata-mata kamu mengeluarkan peluh ketika bersenam, makanan juga harus kamu pantau. Di sini saya tekankan sekali lagi, diet pemakanan yang seimbang sangat penting. Apa yang kamu makan, adalah hasil yang kamu lihat. Tiada jalan pintas dalam dunia kecergasan, hanya kerja keras dan dedikasi pada seluruh tubuh dan badan.
INSPIRASI DAN IDOLA
Saya lalui banyak perbezaan dari segi fizikal dan mental berkat asuhan ibu saya, Che Zaipah Bt Abdul Mutalib. She is such a strong woman. Seorang yang penyayang dan ambil berat dalam semua perkara. Sejak dari kecil saya selalu memandang tinggi keperibadian dia. Ibu saya memberi saya inspirasi. I love you mommy.
TIP DAN NASIHAT
Mengambil banyak masa dan kerja keras untuk menjadi diri saya sekarang. If u want to be a wolf, join the wolf pack. Maksud saya, berlatihlah bersama orang-orang yang punyai semangat dan sasaran keputusan yang sama dengan kamu. Pasti perjalanan kecergasan kamu jadi seperti tidak terasa dan lebih cepat kamu menggapainya.
Nasihat saya pula, jika kamu mahu atau baru-baru memasuki dunia kecergasan, kamu harus punya sifat sabar dan tabah. Set gol ikut kemampuan, kuatkan azam dan teruskan latihan tanpa putus asa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tip penjagaan wajah ala pelakon Korea, patutlah kulit glowing. Setiap selebriti pasti mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kulit mereka, termasuk para pelakon lelaki Korea.