Masalah ketiak berdaki dan basah tentu sahaja mengganggu penampilan diri. Nak pakai singlet pun tak adalah rasa malu kalau ketiak dan leher berdaki. Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau disebabkan penggunaan krim yang kurang sesuai.
Sebelum rasa malu akibat ditegur orang, baik atasi segala masalah ini. Sebelum nak tahu cara-cara untuk menghilangkan kesan hitam di ketiak, celah paha dan juga leher, anda harus ketahui dahulu mengapakah kawasan-kawasan ini menjadi hitam.
Ini merupakan 5 punca-punca berlakunya ketiak berdaki.
Deodoran yang tidak sesuai dan penggunaan tidak tepat boleh menjadi antara punca berlakunya masalah ketiak hitam sehingga tona kulitnya menjadi tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan yang ada di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit kerengsaan dan sebagainya. Sisa-sisa deodoran yang tidak dibersihkan sepenuhnya akan bercampur dengan peluh. Akibatnya boleh mengundang bakteria sehingga menyebabkan ketiak korang menjadi hitam.
Masalah ketiak dan leher ini juga boleh disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik terutamanya bagi orang hamil.
Mencukur dengan kaedah yang tidak salah boleh menyebabkan kulit terluka lalu meninggalkan parut dan lama-kelamaan akan menjadi hitam.
Elak menggunakan alat pencukur yang tidak bersih kerana ia dikatakan menjadi faktor penggalak pembiakan bakteria sehingga menyebabkan ketiak menjadi gelap.
Memakai pakaian yang ketat dikenalpasti menjadi antara penyebab ketiak dan celah paha menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dengan baju, begitu juga di celah kaki membuatkan bahagian-bahagian ini tidak selesa.
Ini antara 3 petua tradisional yang boleh anda amalkan untuk atasi ketiak berdaki.
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi. Amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Lakukan tiga kali seminggu. Jika dilakukan secara konsisten, ia bukan setakat mengurangkan kesan hitam malah boleh mengatasi masalah ketiak berbau. Sapukan sedikit di kawasan leher dan celah paha. Jangan pakai terlalu banyak kerana ia mungkin meninggalkan rasa panas tetapi tidaklah sampai melukakan kulit korang.
Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga menjadi halus. Letakkan ramuan ini di bawah lengan selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Lakukan secara kerap sehingga korang berpuas hati dengan hasilnya.
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, anda lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutamanya di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosokkan dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumurkan itu tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.