Masalah ketiak berdaki dan basah tentu sahaja mengganggu penampilan diri. Nak pakai singlet pun tak adalah rasa malu kalau ketiak dan leher berdaki. Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau disebabkan penggunaan krim yang kurang sesuai.
Sebelum rasa malu akibat ditegur orang, baik atasi segala masalah ini. Sebelum nak tahu cara-cara untuk menghilangkan kesan hitam di ketiak, celah paha dan juga leher, anda harus ketahui dahulu mengapakah kawasan-kawasan ini menjadi hitam.
Ini merupakan 5 punca-punca berlakunya ketiak berdaki.
1. Guna bahan yang tak sesuai
Deodoran yang tidak sesuai dan penggunaan tidak tepat boleh menjadi antara punca berlakunya masalah ketiak hitam sehingga tona kulitnya menjadi tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan yang ada di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit kerengsaan dan sebagainya. Sisa-sisa deodoran yang tidak dibersihkan sepenuhnya akan bercampur dengan peluh. Akibatnya boleh mengundang bakteria sehingga menyebabkan ketiak korang menjadi hitam.
Ads
2. Perubahan hormon
Masalah ketiak dan leher ini juga boleh disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik terutamanya bagi orang hamil.
3. Kaedah bercukur yang tidak betul
Mencukur dengan kaedah yang tidak salah boleh menyebabkan kulit terluka lalu meninggalkan parut dan lama-kelamaan akan menjadi hitam.
Ads
4. Guna alat pencukur yang kotor
Elak menggunakan alat pencukur yang tidak bersih kerana ia dikatakan menjadi faktor penggalak pembiakan bakteria sehingga menyebabkan ketiak menjadi gelap.
5. Guna pakaian yang ketat
Memakai pakaian yang ketat dikenalpasti menjadi antara penyebab ketiak dan celah paha menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dengan baju, begitu juga di celah kaki membuatkan bahagian-bahagian ini tidak selesa.
Ads
Ini antara 3 petua tradisional yang boleh anda amalkan untuk atasi ketiak berdaki.
1. Kapur sireh dan limau nipis
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi. Amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Lakukan tiga kali seminggu. Jika dilakukan secara konsisten, ia bukan setakat mengurangkan kesan hitam malah boleh mengatasi masalah ketiak berbau. Sapukan sedikit di kawasan leher dan celah paha. Jangan pakai terlalu banyak kerana ia mungkin meninggalkan rasa panas tetapi tidaklah sampai melukakan kulit korang.
2. Buah betik
Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga menjadi halus. Letakkan ramuan ini di bawah lengan selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air. Lakukan secara kerap sehingga korang berpuas hati dengan hasilnya.
3. Sirih dan beras
Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, anda lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutamanya di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosokkan dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumurkan itu tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selain wajah, tangan dan kaki juga sama pentingnya untuk dijaga agar sentiasa bersih, tak berkerak dan cerah. Jangan hanya wajah sahaja yang nampak cerah tapi kulit tangan kusam.
Tidak perlu produk mahal, seorang wanita bernama Eina Shukry berkongsi rahsianya miliki kulit tangan dan kaki cerah dalam masa singkat hanya menggunakan dua bahan iaitu Krim Safi dan Vaseline. Ingin cuba? jom ikuti perkongsiannya.
Boleh guna pada seluruh badan
Ini dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana. Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.
Amalkan dalam masa sebulan
Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti. Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.
Polish setiap malam & inilah hasilnya
Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan. Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.
Cara pakai
Calit-calit dulu Krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.
Nota tambahan
1. Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/Nivea.
2. Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
3. Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.
Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Scrub + mask. Mengandungi skrub di dalam campuran, sangat menjimatkan juga mudah digunakan. Basahkan dahulu wajah kemudian sapukan pada muka dan biarkan 3 hingga 5 minit baru bilas. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit
GOLDEN GRAIN BRIGHTENING MASK
This one if skin sunburn, ada dark spot, boleh gunakan produk ini. Dihasilkan dalam bentuk gel. Bersihkan wajah yerlebih dahulu, keringkan muka dan sapukan pada wajah. or lepas. Gunakan dan biarkan sehingga 5 – 10 minit baru bilas. Mengandungi vitamin C dan boleh firmkn kulit anda.
GREEN TEA + ORANGE BLOSSOM PEEL OFF MASK.
This one for normal and combination skin. Produk ini boleh refines pores juga membantu menambah baik serta menghilangkan kesan dark spot. Paling bagus ia mencerahkan kulit anda.
CUCUMBER + PINK SALT CLAY MASK
Ini dihasilkan dalam bentuk clay mask untuk semua jenis kulit. Sesuai untuk detoks kulit dan bersihkan liang pores dan jadikan kulit lebih segar.
DEAD SEA MINERALS CLAY MASK Sesuai untuk seimbangkan kelembapan kulit dan mengandungi Lavender juga Bergamot untuk melembutkan kulit.
AVOCADO + OATMEAL CLAY MASK.
Khas untuk mencuci ke ruang pores yang tersumbat. Gabungan Avocado, Oatmeal dan Vitamin E boleh buat kulit lembap dan lebih lembut
SUMBER : FB HERRY ROZULAR
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki mungkin tak sedar cara yang salah menyikat rambut boleh menyebabkan ia gugur dengan mudah. Paling menakutkan ia juga boleh mempercepatkan rambut menjadi botak tengah!
Untuk mengelak terjadinya perkara tersebut di sini MASKULIN kongsikan kepada anda cara menyikat rambut dengan betul.
SENTIASA BERSIH
Pertama sekali dalam hal penjagaan rambut adalah mengutamakan kebersihan perlatan yang ingin kita gunakan. Anda harus pastikan sikat yang anda guna sentiasa bersih.
Cucilah sikat sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk pastikan ia bebas bakteria yang boleh melekat pada celah gigi sikat. Dan elakkan berkongsi sikat dengan orang lain!
Perkara kedua yang cukup penting ialah pastikan rambut benar-benar kering sebelum menyikatnya. Jika anda lakukannya ketika basah ia boleh menyebabkan rambut gugur dan bercabang kerana liang rambut terbuka ketika basah.
HANYA BILA PERLU
Ya, anda tidak perlu terlalu obses dengan rambut sehingga menyikatnya setiap masa. Menyikat dengan kerap boleh menyebabkan rambut menjadi halus. Ini kemudian mengakibatkan kerosakan serta keguguran rambut. Jadi sebaik-baiknya guna hujung jari sahaja untuk merapikan rambut.
Jangan hairan kerana ada orang yang suka sikat rambut sebelum tidur. Sebenarnya ini perbuatan yang boleh mendatangkan keburukan.
Menyikat rambut sebelum tidur hanya akan menimbulkan stimulasi terhadap pengeluaran sebum dan boleh merosakan rambut serta membuatkan rambut anda menjadi rapuh.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video tip menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.