Pada wktu malam kadangkala kita akan berasa lapar walaupun sudah makan, mulalah pergi ke dapur untuk mencari makanan, macam mana la nak diet. Bila badan naik mula pening kepala, macam mana nak kurus balik.
1) KOPI : Kopi akan menyebabkan kamu sukar tidur ini kerana kopi mengandungi kafein yang tinggi,. Bukan itu sahaja, ianya juga bersifat diuretic, yang akan mendorong kamu untuk kerap ke tandas. bila susah hendak tidur dan asyik ke tandas sahaja sudah tentu kamu mudah cepat terasa lapar. Pastinya kamu akan makan apa sahaja yang ada termasuklah junk food. Jika tiba-tiba berat badan kamu naik mendadak jangan terkejut nanti.
2) COKLAT : makan coklat boleh membuat hati terasa tenang dan gembira memang betul. Tetapi, coklat juga tidak sesuai di makan sewaktu sebelum tidur kerana ianya juga mengandungi kafein dan gula yang tinggi. Apabila kandungan gula sudah tinggi di dalam badan, ianya akan membuat kamu mudah terasa lapar. Akhirnya, banyak lagi yang kamu akan makan.
Ads
3) BURGER : Semua orang tahu burger mempunyai kandungan lemak dan kalori yang amat tinggi. sudah tentulah jika kamu makan pada waktu sebelum tidur ianya akan memberi kesan dan masalah pada perut anda nanti. Malahan gabungan daging dan burger juga boleh mengakibatkan heartburn. Elakkan mengambil burger sebelum kamu tidur , ianya untuk memperolehi tidur yang nenyak dan segar pada keesokan harinya.
4) MAKANAN PEDAS : Makanan pesas memang amat sedap. Akan tetapi, memang salahlah jika kamu makan sebelum tidur ini kerana kandungan cili dan rempah ratus yang akan menyebabkan perut kamu akan meragam dan besar kemungkinanya akan menyebabkan kamu mengalami heartburn (rasa pedas di dalam dada). malahan bukan itu sahaja, ianya juga turut meningkatkan tenaga dalam badan kamu.
Ads
5) KACANG & BIJIRIN : Memang betul, kacang dan bijirin memang kaya dengan protein dan serat. Akan tetapi makanan seperti kacang buncis, kacang hijau dan sebagainya adalah tidak bagus makan sebelum tidur. Ini kerana makanan seperti ini mengandungi gas atau dengan kata lain yang akan menyebabkan angin dalam badan hingga boleh menganggu keselesaan perut. Jikalau nak makan, makanlah di waktu makan tengah hari ataupun waktu makan malam.
6) SODA : Tidak nafikan bahwa minuman ni memanglah sedap! Tetapi harus di ingat, air bersoda mempunyai kandungan gas dan gula yang terlalu tinggi. Ianya boleh menyebabkan kandungan gula naik secara mendadak dan akhirnya akan menyebabkan kamu merana seluruh hidup kamu. Oleh itu, kawallah pengambilan minuman seperti ini sebelum tidur. Gantikanlah ia dengan air mineral atau susu.
Ads
7) KEJU : Jika kamu seorang yang alah kepada laktosa dalam susu, maka keju adalah makanan yang wajib di elak sebelum waktu tidur. Jika tidak pun, Ia masih tetap di larang! Ini kerana ia akan menyebabkan perut kamu akan terasa sesak dan mual. Ini kerana keju mempunyai kandungan kalori dan lemak paling tinggi, jadi jika kamu kerap ambil nanti badan kamu akan bertambah bulat!
8) FRENCH FRIES : French fries memanglah teramat sedap kan, Lagi-lagi makan waktu melepak dengan kawan-kawan. Memang sedap gilew, Akan tetapi, perlu di ingat juga . Ianya adalah salah satu makanan yang berbahaya, ini kerana kandungan minyak akan menyebabkan lemak akan terkumpul dalam badan dan jangan terkejut jika kandungan kolestrol kamu akan bertambah juga.
9) AISKRIM, BISKUT, KEK & GULA-GULA : Sila Pastikan sebelum tidur kamu tidak akan di ganggu dengan nafsu memakan kesemua benda manisan seperti aiskrim, biskut, kek dan gual-gula. Kandungan gula yang ada dalam kedua-dua makanan ini akan menyebabkan kamu sukar untuk tidur tambah-tambah lagi dengan kadar tenaga yang meningkat. sebaliknya, gantikanlah dengan makanan buah-buahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baru-baru ini Maskulin ada mengeluarkan isu berkenaan seorang netizen yang mencadangkan agar golongan LGBT ditempatkan di sebuah pulau yang jauh dari masyarakat. Ramai yang bersetuju dengan cadangan tersebut, dan mencadangkan beberapa pulau terpencil untuk didiami oleh golongan ini. Ketika berjumpa dengan PU Azman di Majlis Pelancaran Produk Ubat Gigi Aurawhite, Maskulin sempat menemubual PU Azman berkenaan isu ini.
“Ketika kita buat satu tindakan dakwah, pendakwah mempunyai pelbagai cara. Kita kena fikir adakah dengan boikot dan menjauhkan mereka dari masyarakat itu wajar dilakukan? Islam itu mempunyai rahmat yang mulia, tapi cara sesorang itu menyebabkan Islam itu tak ada rahmat. Sebagai contoh penagih dadah, dari segi kemanusiaannya, jika mereka lalu dihadapan kita dan memberi salam, adakah kita tidak akan menjawabnya? Sama juga seperti mereka yang berpakaian seperti wanita walhal mereka ini lelaki, jika mereka ingin solat di saf lelaki, adakah kita akan menghalau mereka? Sedangkan Nabi sendiri pun melayan dengan rahmat seorang lelaki yang minum arak, Nabi tak marah ketika berinteraksi dengan dia atas dasar dia manusia. Jadi adakah tindakan mengasingkan golongan ini di Pulau menampakkan rahmat kita? Dan adakah ia dapat memulihkan mereka atau mereka akan terus hanyut di pulau itu? Kita kena berbalik pada pihak berkuasa, cara tutur untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan. Perkara seperti ini perlu diberi pertimbangan.”
“Islam tidak pernah menutup peluang dan dakwah itu ada banyak cara bila kita nak tegur orang tu dengan cara yang lembut tapi bijak. Ada waktu kita tegas, ada waktu kita lembut. Namun jika seseorang itu tiada harapan untuk berubah, sebagai pendakwah kita tidak boleh putus asa. Malah kita sebagai pendakwah tidak boleh menganggap lebih bersih dari dia, kita cuba untuk memperbaiki keadaan dia sebagai sedara kita.
Pandangan ustaz bila penguasaha Kosmetik berbalas di laman sosial media
“Apabila saya di tag dalam page media oleh netizen, saya hanya akan jawab disitu jelah. Tak sampai nak masuk rumah individu itu sendiri kerana itu dianggap menceroboh. Kalau hukum itu saya boleh jawab, berkaitan dengan apa yang saya belajar, saya akan kongsikan. Tapi kalau cerita tentang peribadi orang, saya tak setuju untuk mengulas tentang mereka di khalayak ramai. Perkara-perkara seperti ini kena personal DM mereka sendiri. Ketika saya membuat IG Live pun saya menyeru agar orang ramai tidak menyebut mana-mana individu. Bagi saya ia seperti membuka aib orang, dan membuka aib itu satu dosa besar.
Jujur saya katakan saya ada DM salah seorang pengusaha kosmetik dengan bahasa yang baik, dan sopan. Tegur dengan nada yang baik dan berlapik. Tapi terpulang padanya sama ada dia nak dengar ataupun tidak. Saya memberitahu benda yang positif,d an dia akan berfikir kesan ke atasnya. Bila dia mengambil pendekatan untuk tidak mendengar nasihat saya, maka tidak wajar untuk saya mengutuk dan mencaci. Pendekatan pendakwah ini berbeza-beza, ada yang menegur dengan tegas, ada yang menegur dengan cara lembut, namun jika ia masih tidak memudaratkan saya tak nak masuk campur.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak kira lelaki ataupun wanita, pasti anda akan mengalami masalah kulit berjerawat kan? Ini terjadi kerana keradangan pada wajah dan kekotoran udara sepanjang hari. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila jerawat anda sudah hilang, namun kesannya masih di situ. Pasti anda telah habiskan duit anda ke pusat kecantikan di luar sana kan? Dan keputusannya? Masih sama. Anda mungkin menggunakan alat solek untuk menutup tompok-tompok hitam pada wajah anda (wanita), namun ia tidaklah tahan lama. Dalam masa yang sama, memakai alat solek juga boleh mengakibatkan wajah anda rosak. Kami akan berikan tips untuk anda buang kesan jerawat yang mencacatkan wajah anda tu.
1) Lidah buaya
Lidah buaya sememangnya baik untuk dijadikan makanan harian ataupun untuk wajah. Khasiat lidah buaya dari dulu sehingga sekarang tidak boleh disangkal oleh mana-mana saintis di dalam dunia ini. Ia boleh melambatkan penuaan, melembabkan kulit dan hapuskan parut di muka menjadikan wajah anda bersinar dan sihat. Apa yang anda perlu buat adalah campurkan lidah buaya dengan air buah lemon, sapukan dibahagian wajah anda dan biarkan selama 30 minit. Anda bakal mendapatkan kesan setelah seminggu.
Minyak Zaitun
Jika anda ingin mempercepatkan proses penyembuhan wajah anda tu, anda bolehlah cuba campurkan gula dan juga minyak zaitun. Satu sudu kecil minyak zaitun dan satu sudu besar gula dan gosokkan kepada wajah anda. Lakukan 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan bebas parut. Salah satu cara lagi dengan menggunakan garam laut. Untuk yang ini anda perlu mengambil satu sudu kecil rata garam dan campurkan sukatan yang sama untuk minyak zaitun. Gosokkan pada wajah anda, dan bilas.
Baking soda
Baking soda ni bukan saja digunakan untuk masakan, membersihkan periuk. Malah ia juga berguna untuk kecantikkan wajah. Baking soda bertindak untuk membuang sel mati pada kulit dan menjadikan kulit lebih segar. Anda hanya perlu gaulkan dengan sedikit air sampai ia likat dan sapukan pada bahagian yang bertompok, lalu bilas. Ulang rutin ini 2-3 kali minggu dan lihat hasilnya. Selain itu ia juga menghalang dari pertumbuhan jarawat baru.
Buah Lemon
Banyak produk kecantikan yang berasaskan jus lemon kerana ia punya khasiat tersendiri. Anda masih boleh menggunakan buah lemon tanpa perlu membeli produk kecantikkan. Cuma perlu perah buah lemon dan sapukan pada bahagian yang bermasalah. Anda juga boleh menggunakan kaedah campuran bahan-bahan sebelumnya iaitu dengan mencampurkan 1 sudu jus lemon, 2 sudu madu, 1/2 sudu gula dan 1 sudu minyak zaitun. Sapukan dibahagian wajah anda 2 kali seminggu dan lihat hasilnya. Ingat! Jangan sapu terlalu kuat, kerana ia boleh merosakkan kulit anda lebih teruk.
Telur putih
Telur putih boleh dijadikan mask sebelum anda tidur. Ia boleh menghapuskan cela di bahagian muka dan membuatkan kulit anda lebih anjal. Lagipun, ia mempunyai protein yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit anda. Anda hanya perlu pukul putih telur dan letakkan di wajah anda yang bermasalah. Lalukan 2 kali seminggu. Perlu ingat jika anda alah dengan telur, dinasihatkan supaya anda tidak menggunakan telur untuk rawatan kulit muka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki dan video games memang susah nak dipisahkan. Rasanya, seperti tidak sah jika seorang lelaki itu tidak bermain video games. Terdapat bermacam-macam jenis video games yang suka dimainkan oleh lelaki. Antara yang popular adalah seperti FIFA, Need For Speed, Counter Strike, DOTA dan lain-lain lagi.
Agak-agaknya, mengapa kaum adam ini suka sangat bermain video games? Apakah yang telah menyebabkan mereka begitu seronok bermain video games ini berjam-jam lamanya? Mari kami kongsikan 5 sebab mengapa lelaki suka bermain video games.
1. Menghilangkan tekanan
Antara sebab yang popular mengapa lelaki bermain video games, ialah untuk menghilangkan tekanan atau release tension. Setelah seharian penat bekerja, dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan, maka tekanan kerja dapat dilepaskan apabila bermain video games. Hiburan-hiburan yang wujud dalam setiap video games dapat mengembalikan keceriaan dan keseronokan kepada kaum lelaki yang akhirnya membantu menghilangkan tekanan.
2. Meningkatkan keyakinan diri
Video games turut membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Terutama sekali games yang berunsurkan strategi ataupun penyelesaian masalah. Apabila sesuatu masalah di dalam games dapat diselesaikan menggunakan kepintaran pemain, di situ ia mampu menambah keyakinan dalam diri pemain. Selain itu, keyakinan juga boleh bertambah apabila bermain video games secara multiplayer di mana kita mampu mengalahkan pemain-pemain video games yang lain.
3. Sebagai hobi
Bermain video games juga sebenarnya adalah hobi bagi sesetengah lelaki. Ini adalah cara mereka meluangkan masa yang terluang, ia hobi yang sama seperti memasak, membaca buku, mengumpul setem, cuma bermain video games ini adalah hobi yang lebih cool dan menarik untuk dilakukan.
4. Mengeratkan silaturrahim
Yup, memang benar. Bermain video games dapat mengeratkan silaturrahim terutama sesama lelaki. Antara game yang sesuai untuk menjalin hubungan yang lebih rapat ialah game yang dapat dimainkan secara berdua seperti FIFA dan Need For Speed. Game seperti FIFA dapat dimainkan lebih daripada dua orang apabila bermain mod pertandingan. Di sini kita akan dapat lihat kaum lelaki berkumpul dan bersosial seperti sedang mengadakan Party Tuppaware padahal sedang main game FIFA.
5. Merasakan diri ‘HERO’
Hanya dalam video games sahaja kita dapat merasa menjadi hero. Setiap video games ada objektifnya terutama game kategori aksi di mana kita akan bertindak menjadi hero. Mungkin perlu menyelamatkan dunia, ataupun banda yang kita cintai ataupun si puteri yang telah diculik makhluk asing. Suasana fantasi yang diwujudkan dalam video games juga telah menyebabkan kita tertarik untuk menjadi hero lalu menghabiskan masa yang lama untuk menamatkan game tersebut.
Walaubagaimanpun, beringat-ingatlah juga semasa bermain game, jangan terlalu lama sehingga boleh mengabaikan aktiviti seharian kita, terutama sekali bagi kaum lelaki yang sudah bergelar suami atau bapa. Jangan sampai isteri atau anak-anak terasa dipinggirkan sebab selalu sangat bermain video games.
Sumber : mensive
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.