Buat anda terutamanya yang baru sahaja memiliki kereta baru di antara modifikasi paling senang untuk dilakukan ialah menukar sport rim. Apatah lagi jika anda membeli kereta yang dibekalkan dengan rim standard dan kelihatan tidak mengancam di mata anda.
Namun dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen serta aksesori terdapat beberapa perkar perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu. Ingat ya, menggunakan sport rim sangat penting bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan tetapi juga untuk keselamatan anda.
Jika tersilap pasang padah boleh datang mengundang. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentangukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah daam atau belakang rim.
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!