Kasut menjadi pelengkap dalam penampilan lelaki. Terdapat banyak jenis kasut lelaki yang direka untuk pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tempat dan gaya. Oleh itu, pastikan anda jangan tersalah pakai.

Mari kita lihat dan sama-sama tambah ilmu 8 jenis kasut lelaki perlu tahu.

BACA: 4 Trik Beli Kasut Sukan Elak Kaki Mudah Cedera, Barulah Lari Pun Best!

1. Oxford

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

Kasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.

2. Derby

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.

IKLAN

BACA: Tak Perlu Lagi Gigit Kasut, Ini 10 Trik Mudah Nak Elak Kaki Melecet!

3. Chukkas

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.

4. Monk Strap

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.

IKLAN

5. Loafers

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan. Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.

BACA: Beli Kasut Kulit Mahal, Tapi Tidak Tahan Lama & Cepat Lusuh, Ini 6 Tip Untuk Kekalkan Kualitinya

6. Sneaker

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

IKLAN

Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman. Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.

7. Moccasins

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.

8. Sport Shoes

Jangan Main Sarung Je, Ini 8 Jenis Kasut Yang Lelaki Kena Kenal Sebelum Nak Pakai!

Kasut sukan kebiasaannya digunakan oleh ahli sukan. Ia juga menjadi antara kasut yang terpenting untuk lelaki. Ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada tercedera semasa melakukan aktiviti kesihatan dan kecergasan. Ciri cirinya adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus dan direka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.

BACA: Selain Boleh Naik Kematu, Pakai Kasut Salah Saiz Boleh Sebabkan Simptom Bunion

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI