Ramai pasangan suami isteri hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal amat diperlukan dalam sesuatu hubungan. Kesibukan, keletihan dan kekangan masa bukanlah satu alasan untuk tidak memberi sokongan emosi kepada pasangan kita iaitu dengan cara berpeluk.Pelukan akan dapat merembeskan ‘Hug Hormones’ yang bernama Oxytocin. Bila hormon oxytocin ni tinggi, mood kita akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.
Satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, apa kata anda amalkan 4 jenis teknik pelukan untuk suami isteri berdasarkan perkongsian ini. Tak payah nak segan depan anak-anak. Jika ibubapa pancarkan kasih sayang dihadapan anak-anak, mereka pun akan membesar dengan sifat kasih sayang yang kuat.
CUBA AMAL TEKNIK 4 PELUKAN NI UNTUK HIDUP LEBIH BAHAGIA
Pagi adalah permulaan bagi hari yang baharu. Jadi bila bangun tidur tu, apa kata anda peluk dahulu pasangan atau pergi ke bilik anak-anak untuk memberikan pelukan. Macam apa yang kita tengok dalam filem tu kan? Dengan cara ini, aura positif sudah berada di sekeliling sebelum anda memulakan hari yang panjang.
Salah satu amalan yang perlu diterapkan adalah bersalaman dan juga memeluk pasangan sebelum berangkat ke tempat kerja. Pasangan pun rasa bersemangat nak bekerja kan? Bukan itu sahaja, sebelum anak-anak berangkat ke sekolah pun, ibubapa disarankan untuk memberi pelukan kepada mereka supaya sentiasa bersemangat.
Setelah penat seharian bekerja, antara apa yang diperlukan oleh pasangan kita adalah pelukan dan masa bersama keluarga. Jangan lah bila pasangan balik dari kerja tu, anda mula membebel. Makin bertambah penat dibuatnya dan mulalah masalah dalam hubungan berlaku.
Sebagai mengakhiri hari, pelukan sebelum tidur amat penting untuk memastikan hubungan antara suami isteri berada dalam keadaan yang stabil. Dengan pelukan sebegini, barulah pasangan masing-masing tahu bahawa mereka menyayangi antara satu sama lain walaupun usia perkahwinan sudah lama. Peluk anak-anak sebelum mereka tidur juga perlu dijadikan amalan supaya hubungan kekeluargaan makin erat!
*Ini la hikmah diciptakan berpasangan supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan. Bukan terhadap suami isteri sahaja, teknik pelukan ini juga boleh diterapkan terhadap anak-anak supaya mereka pun rasa disayangi oleh ibubapa.
Sumber: Taufiq Razif