Tidak ada sesiapa pun yang mampu merubah hidup kita melainkan diri kita sendiri bertindak merubahnya. Ramai orang hidup bertahun-tahun dengan strategi dan tindakan yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza dan menjadi lelaki berjaya!
Albert Einstien memanggilnya sebagai gila apabila seseorang itu melakukan cara yang sama untuk mengharapkan hasil yang berbeza.
Jadi sebagai lelaki, anda seharusnya sentiasa ada ilmu dan mahu berubah demi mencapai yang anda impikan, jangan lalai bercinta sahaja, lihat dahulu poket anda terlebih dahulu.
Ubah diri dan ikuti 6 tip ini agar tidak leka untuk terus kaya dan berjaya.
Tetapi ramai yang akan rasa “ok” dan terima yang mereka memang ada masalah kewangan tetapi mereka tidak faham sebenarnya apa kesannya kepada hidup mereka dan mereka tidak pernah dengar apa itu “Perancangan Kewangan”.
Mereka akan berkata, “kita hidup tidak lama, kita belanja sahaja apa yang ada!”. Tidak ramai yang berani jujur dengan diri sendiri untuk menilai tahap kewangan sebenar. Adakah anda boleh hidup selesa seperti sekarang sekiranya tidak perlu bekerja? Jika tidak, bermakna anda dalam zon “bahaya kewangan” atau berisiko di dalam kewangan.
Baca: Pekerja Syif Malam Lebih Berisiko Mengalami Strok Jika Kerja Lebih Dari 10 Tahun!
Begitu juga tentang tahap kewangan kita. Kita perlukan pakar kewangan yang berpengalaman untuk menilai, adakah kita mempunyai perancangan kewangan yang boleh membuatkan kita “pencen muda” jika kita mengaturnya dengan bagus?. Ramai orang tidak tahu bahawa hari ini semakin ramai bersara dengan bebas kewangan pada umur lebih muda, bukan perlu tunggu sehingga berumur 55 tahun ke atas.
Bagaimana? Di sinilah anda perlukan perundingan pakar kewangan bertauliah atau anda perlu membaca buku-buku tentang kebebasan kewangan seperti “Rich Dad Poor Dad” atau buku-buku kewangan oleh Azizi Ali.
Bagaimana kita mahu memberikan kehidupan yang lebih terjamin dari segi kewangan seandainya tidak mempunyai tahap kewangan dan pelaburan yang bagus?
Ramai orang bekerja tetapi ramai orang bekerja hanya untuk membayar hutang sedangkan apa yang kita perlu buat adalah bekerja untuk membina kekuatan kewangan dan pelaburan walaupun pendapatan kita belum banyak.
Kesannya, satu hari nanti adalah mungkin tidak mampu membayar yuran pendidikan anak-anak yang anda suruh belajar pandai-pandai dan diterima masuk ke universiti yang terbaik di dunia, tetapi anda tidak ada wang yang cukup untuk menyara mereka.
Kesannya nanti anda tidak mampu berikan rawatan kesihatan terbaik untuk ibu bapa. Kesannya nanti anda tidak mampu mengerjakan haji atau umrah. Banyak lagi kesan kritikal apabila tidak ada tahap kewangan yang bagus.
Perhatikan mereka yang berjaya, jika anda melihat kehidupan mereka atau tahap kewangan mereka lebih baik, percayalah, mereka lebih awal memahami tentang perancangan kewangan dan bagaimana untuk membina kewangan lebih awal daripada kita.
Apabila telah mengenal pasti semua aspek ini, apa yang boleh membuatkan kita komited dengan matlamat adalah dengan mengingatkan diri setiap masa tentang betapa pentingnya mencapai matlamat ini serta memilih rakan-rakan yang boleh membantu mengingatkan tentang matlamat kita. Komitmen menentukan tahap kejayaan kita. Kita berlumba dengan masa.
Jangan lupa follow Instagram dan Facebook MASKULIN untuk mengetahui update-update terkini dan tip untuk jadi lelaki berjaya.