Jangan Kunjung-Mengunjung  & Ziarah Kubur Pada Aidilfitri Tahun Ini

Share

Hujung minggi ini umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun cara kita meraikan Hari Lebaran tahun ini jauh berbeza dengan penularan wabak COVID-19 yang masih menghantui kita semua.

Pastinya kita semua berasa sedih terutamanya kepada anak perantau yang tidak dapat pulang beraya bersama ibu bapa dan keluarga tercinta di kampung. Tapi inilah pengorbanan kita semua demi masa depan yang lebih baik.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mungkin memberi sedikit kelonggaran dengan pembukaan banyak sektor ekonomi dengan syarat mematuhi SOP.

Pada Hari Raya nanti, kerajaan memberi kelonggaran untuk melawat ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam sehari. Dan ia juga perlu patuh dengan penjarakan sosial.

Namun bagi memastikan sebarang kebarangkalian jangkitan itu berlaku Kementerian Keishtan Malaysia menasihati orang ramai tidak melakukan akiviti kunjung-mengunjung atau ziarah kubur pada Aidilfitri tahun ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Jelasnya, KKM tidak akan mengeluarkan sebarang SOP tambahan menjelang Aidilfitri. Ini kerana orang ramai sepatutnya sudah sedia maklum bahawa sambutan Hari Raya tahun ini perlu dilakukan di luar kelaziman biasa.

“Memang ada kelaziman kunjung-mengunjung dan ziarah kubur setiap kali menjelang hari raya.

“Tetapi, kali ini di luar kelaziman dan kita kena lihat cara bagaimana kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan cara tiada kunjung-mengunjung atau menziarahi kubur.

“Apa yang penting kita kena putuskan jangkitan dan kalau boleh beraya secara tertutup iaitu sesama keluarga saja dan kurangkan aktiviti berkunjung dan kalau boleh jangan,” jelasnya di pada sidang media harian Covid-19 di KKM, Putrajaya, hari ini.

Jelas beliau lagi jika masyarakat patuh kepada nasihat KKM, rangkaian jangkitan COVID-19 boleh diputuskan dengan lebih cepat. Ini kerana virus ini masih wujud di dalam komuniti dan dikhuatiri aktiviti kunjung-mengunjung dan ziarah kubur boleh meningkatkan semula kes.

“Ini adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya di pihak kesihatan dan kerajaan, tetapi setiap individu dan keluarga perlu ambil iktibar dan jaga diri sendiri,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Published by
Farizul Izwany Ibrahim